sesamamu

Monday, May 3, 2010

Hamba Zaman Moden...

Di akhir May 2009, lebih kurang 49,000 pelarian dan yang sedang cuba mendapatlkan perlindungan dari UNHCR (United Nations High Commissioner For Refugees) di negara kita-Malaysia. Daripada jumlah tersebut,43,500 adalah pelarian perang dari Burma(Myanmar), yang terdiri daripada 3 kumpulan etnik yang utama iaitu, 16,400 etnik Chins, 15,500 Rohingya, 3,800 Muslim Burma dan yang selebihnya etnik-etnik lain. Selain itu, ada juga pelarian daripada Sri Lanka-2,600, Somalia-760, Iraq-560 dan Afghan-560. Tetapi menurut UNHCR, ada lebih kurang 45,000 lagi pelarian dan mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di negara kita dan belum didaftarkan lagi.


Siapakah sebenarnya pelarian ini?
Pelarian ini adalah mereka yang hidup di dalam ketakutan diANIAYA di negara mereka sendiri oleh kerana sebab etnik, agama, perbezaan politik yang mereka wakili di dalam negara mereka, dan mereka ini berada di luar linkungan sempadan negara mereka sendiri dan pada masa yang sama tidak mempu serta hidup didalam ketakutan serta tidak mampu untuk mendapatkan perlindungan daripada negara yang mereka diami sekarang. (-1951, Convention to the status of Refugees, Article 1(a)(2))
Apa yang membezakan PELARIAN dan PENDATANG ekonomi?
PELARIAN-mereka datang ke negara kita bukan kerana pilihan tetapi mereka terpaksa meninggalkan atau lari dari negara mereka oleh kerana berlaku satu diskiminasi di negara asal, konflik  bersenjata yang serius,  ketidakadilan yang melibatkan hak mereka hidup sebagai manusia terancam dengan adanya penindasan,  pembunuhan serta penderitaan . 
Manakala PENDATANG MIGRASI EKONOMI ialah mereka yang datang ke negara kita dengan alasan kesempitan hidup di negara asal mereka dan cuba mencari nafkah hidup di negara kita yang dianggap mempunyai keadaan ekonomi yang stabil.


Jadi, jika kita melihat statistik di atas, kita dapati pelarian Burma mendahului jumlah pelarian yang ada di negara kita. Mereka terpaksa meninggalkan negara asal mereka kerana kehidupan mereka terancam oleh kerajaan negara asal mereka yang memerintah. Penderitaan dan penganiayaan yang mereka alami di negara asal mereka amatlah tidak berperikemansuian. Mereka didera, dibunuh sesuka hati oleh kerajaan yang memerintah. Kerena tiada pilihan lain, mereka sanggup meninggalkan tanah air mereka, keluarga mereka yang tersayang demi mengimpikan kehidupan yang lebih tenteram dan tenang. Malaysia menjadi pilihan kerana apa yang kita miliki selama ini tidak mampu dimiliki oleh mereka.
Tetapi sebaliknya berlaku kepada mereka, seperti pepatah berkata "Keluar kandang harimau, masuk kandang singa". Setelah mereka berada di  negara kita, negara kita juga seakan-akan tidak mengishytiharkan atau mengesahkan mana-mana pelarian yang memegang kad UNHCR ini. Ini menyebabkan mereka hidup di dalam ketakutan yang teramat sangat. Malah, masih ramai lagi yang tinggal di hutan di khemah-khemah yang mereka dirikan untuk bersembunyi dari ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan kita.
Ada beberapa kisah benar oleh mereka yang pernah ditangkap pihak berkuasa tempatan kita dan kisah yang mereka ceritakan amatlah menyedihkan. Kebanyakan mereka yang telah "bebas" akan merasa kehidupan mereka di Malaysia amatlah sukar. Ini kerana pengelaman-pengelaman sewaktu ditangkap menjadikan mereka teramat takut. Apabila pihak berkuasa tempatan, negara kita membuat serbuan, pelarian Burma ini akan ditangkap bersama-sama pendatang tanpa izin yang lain , yang menyeludup masuk ke negara kita tanpa mempunyai dokumen yang sah. Walaupun ada yang menunjukkan kad UNHCR mereka kepada pihak berkuasa, kad tersebut selalu nya tidak guna pakai. Jadi, dari situlah mulanya kisah sedih yang berlaku kepada pelarian ini. Mereka dikategorikan sebagai tahanan PATI. Di setiap pusat-pusat tahanan ini mereka akan melalui satu pengalaman yang amat memeritkan.
Dan kebanyakan cerita daripada pelarian Burma ini, berakhir dengan mereka diserahkan kepada sendiket PEMERDAGANGAN ORANG  di sempadan Thai dan Malaysia. Dan kebanyakan kisah mereka yang "bebas" ini mengatakan orang tengah yang terlibat adalah dari kalangan "pihak berkuasa" negara kita. Sebagai orang tengah yang membawa mereka ke sempadan untuk "dijual".


Petikan cerita Phyu (Seorang Wanita Pelarian Burma yang telah dijual kepada sandiket PEMERDAGANGAN ORANG)
" Pada 24 Mac 2006, saya telah diarahkan untuk di hantar pulang ke negara asal saya. Kami berangkat dari Kem Semenyih kira-kira jam 5 petang, ada 10 orang wanita Burma pada masa itu. Setelah hampir tengah malam, bas yang membawa kami berhenti di sebuah kampung. "Pegawai" yang membawa kami mengarahkan kami turun dari bas itu dan keluar dengan senyap. Setelah itu, "pegawai" berkenaan menyerahkan kami kepada seorang lelaki Burma. Lelaki tersebut berkata, dia telah membeli kami dengan harga RM200 seorang dari "pegawai" tersebut. Setelah itu, kami pun menyeberang dengan menggunakan sebuah bot yang sederhana besar nya yang sudah menunggu kan kami di dalam kepekatan malam tersebut. Setelah sampai di seberang, kami berjalan sejauh 200 meter lagi ke dalam hutan dimana kami temui khemah sandiket ini dirikan untuk opserasi permerdarangan orang ini. Di sana, ada seramai 20 orang lelaki kumpulan sandiket ini yang masing-masingnya bersenjatakan "rafle" sedang berkawal. Tidak lama sesudah itu, dipercayai ketua mereka, menyerahkan telepon bimbit kepada kami untuk kami hubungi sesiapa yang kami kenali di Malaysia dan meminta wang tebusan sebanyak RM1,400.00 seroang. Sebagai harga kami akan di"bebaskan" atau dikembalikan kepada mereka yang membayar sejumlah wang tersebut kepada kami. Saya pun menelefon suami saya yang berada di Kuala Lumpur. Saya begitu bernasib baik ketika itu kerana suami saya berjaya mengumpul wang sebanyak RM1,400.00 dalam masa yang singkat. Saya pasti dia telah meminjam daripada rakan-rakannya. 


Dan ada seorang budak perempuan yang berumur dalam lingkungan 15 tahun pada ketika itu menelefon ayahnya dan meminta ayah untuk menyediakan wang sebanyak RM1,400.00 untuk "pembebesan"nya tetapi akhir nya, ketua sandiket tersebut menolak tawaran ayah budak perempuan itu kerana dia berpendapat budak perempuan itu boleh dijual di Thailand dengan harga RM4,000.00 kepada sandiket "pelacuran" di sana. Gadis tersebut menangis dan meraung meminta dilepaskan.Dan saya tidak tahu apa kesudahan cerita budak perempuan tersebut. Bagi kami yang berjaya mendapat wang "pembebasan" tersebut akan dihantar balik ke Kuala Lumpur tetapi bagi mereka yang tidak berjaya, kebanyakan mereka akan dijual kepada orang-orang yang tertentu. Sebagai contoh, bagi budak perempuan, mereka akan dijual kepada sandiket "pelacuran", dan bagi kebanyakan lelaki, mereka akan dijual kepada nelayan-nelayan dan menjadi buruh kasar sepanjang hidup mereka. Dan kebanyakan merek yang dijual ini tidak akan dibayar gaji, malah mereka akan berkerja secara paksa dan percuma sepanjang hidup mereka.-HAMBA zaman moden...
Bagi wanita-wanita yang berumur, mereka akan dijual untuk menjadi pembantu rumah. 
Oleh kerana kami ditebus dengan RM1,400.00 seorang, kami telah dihantar balik ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. walaupun telah "bebas" tetapi, sekarang saya masih hidup didalam ketakutan yang teramat sangat. Saya ingat apabila sudah sampai di sini-di Malaysia, saya sudah terlepas daripada penderitaan yang teramat sangat di negara asal saya, tetapi rupanya ia nya belum berakhir lagi malah menggerunkan bila berada di negara kamu Malaysia ini..." (Stop Trafficking in Persons, The Revolving Door, Modern day Slavery, REFUGEES, TENAGANITA, 2008,page83-91)


Di atas adalah salah satu kisah yang anda boleh baca di dalam buku tersebut.


Yer 22:3 
[3]  Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!


Bercakap tentang hak asasi manusia, kita semua adalah manusia yang mempunyai hak kita sendiri. hak kita untuk hidup, hak kita untuk bersuara, hak kita untuk menyatakan pendapat kita. Tetapi, adakah kerana peraturan yang manusia sendiri buat itu telah membataskan hak kita untuk mengasihi sesama kita manusia, ataupun oleh kerana peraturan yang dipanggil undang-undang ciptaan manusia ini menjadikan kita membatalkan hak setiap manusia ciptaan NYA sehingga sanggup membunuh, mendera, menindas dan MEMERDAGANGKAN orang itu?


Oleh kerana itulah, sesama mu terpanggil untuk berkongsi tentang cerita HAMBA ZAMAN MODEN INI iaitu PELARIAN. yang telah menjadi sumber sandiket PEMERDAGANGAN ORANG ini. Ini juga bagi memberi KESEDARAN  kepada kita bahwa ada perkara yang sedemikian rupa berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini. Sepanjang bulan May ini, sesamamu akan berkongsi cerita tentang mereka yang dipanggil HAMBA ZAMAN MODEN-PELARIAN ini.


info lanjut:http://www.unhcr.org/cgi-bin/texis/vtx/home

No comments:

Post a Comment