sesamamu

Monday, May 31, 2010

Gawai...merayakan hasil tuaian

Selamat hari gawai. Selamat hari Keamatan...penduduk Sarawak dan Sabah yang kebanyakannya masih bergantung kepada hasil tuian padi mereka akan merasakan perayaan ini amatlah bererti didalam kehidupan mereka sebagai seorang petani. Bayangkan jerih payah mereka yang berbanting tulang di dalam mengusahakan sawah padi mereka. Dari awal pembajakan sehingga penuian di bawah panas terik matahari dan akhirnya melihat hasil tuian yang begitu baik, pasti akan merasa kepuasan yang amat sangat.
Jadi, selayaknya lah mereka ini merayakan perayaan ini pada setiap awal Jun setiap tahun. Mereka akan merayakan dengan sukacita kerana hasil tuian ini menyatakan usaha mereka yang selama ini telah membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam masa yang sama kepayahan selama ini terbalas dengan melihat tuian yang mendatangkan hasil ini.
Tidak hairanlah, kalau pada hari-hari perayaan ini, banyak saudara mara akan balik ke kampung halaman untuk merayakan perayaan ini Ini adalah masanya mereka akan bersama-sama merayakan hari Gawai  bersama-sama dengan mereka yang menjadi "pemain sebenar" di dalam mengusahakan sawah bendang ini. Kehadiran sanak-saudara ini menambahkan lagi kemeriahan perayaan ini.  Yang merantau juah di negeri orang akan balik ke kampung halaman bersama-sama merasakan kemenengan mereka yang memberi komitmen dan kehidupan mereka di dalam mengusahakan  sawah bendang mereka.
Apa yang "sesamamu" ingin tonjolkan disini  ialah, komitmen  dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi yang diberikan oleh Mereka yang mengusahakan penanam padi ini harus kita teladani. Mereka melalui pelbagai rintangan dan kepayahan hidup untuk memastikan hasil usaha mereka kelak akan mendatangkan hasil seperti yang diimpikan. Tanpa mengenal perkataan lelah dan putus asa,  walaupun kadang-kala panggilan alam tidak menyebelahi mereka, mereka terus berusaha dan mengharap akan cahaya yang bakal menerangi kehidupan mereka.
Kita harus merenungkan erti perayaan Gawai ini dengan melihat "kehidupan sebenar" mereka ini. Merayakannya dengan penuh rasa hormat kepada hasil usaha mereka. Apa yang "sesamamu" maksudkan ini ialah, merayakannya dengan mengingati betapa pengorbanan "mereka" ini dengan tidak membazir apa berkat yang ada dianugerahkan oleh Tuhan. Merayakan nya dengan rasa percaya bahwa setiap titik peluh mereka ini adalah usaha yang tanpa mengenal putus asa dan kepayahan. 

Mazmur 126: 5-6
[5]  Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan bersorak-sorai.
[6]  Orang yang berjalan maju dengan menangis sambil menabur benih, pasti pulang dengan sorak-sorai sambil membawa berkas-berkasnya.

Dalam Alkitab juga memberi satu gambaran yang positif bagaimana mereka akan merayakan hasil tuian mereka dengan sukacita walaupun telah melalui pelbagai rintangan dan kepayahan...tetapi sukacita yang digambarkan disini disertai dengan satu perasaan yang puas hati yang teramat sangat. Dan merayakan nya dengan perasaan hormat dan takut kepada Dia yang memberkati hasil usaha mereka. Inilah perayaan Gawai yang seharusnya kita sebagai orang yang percaya dan berharap kepada Tuhan Yesus Kristus sepatutnya raikan.

SELAMAT HARI GAWAI...GAYU GURU GERAI NYAMAI

Sunday, May 23, 2010

Sejarah Polisi PELARIAN di Malaysia

Sejarah polisi Pelarian di Malaysia berakar umbi daripada pengeaaman yang berlaku terhadap pelarian Indo China pada tahun 1970an dan 1080an. Selepas kejatuhan kerajaan selatan Vietnam yang disokong oleh tentera Amerika Syarikat pada tahun 1975, beratus ribu pelarian dari Vietnam telah meninggalkan negara mereka yang bergolak itu. kebanyakan mereka lari dengan menggunakan sampan dan Malaysia menjadi perhentian utama mereka. Sesampainya mereka di malaysia pada ketika itu, mereka akan diletakkan di kem pelarian yang di bawah kendalian Persatuan Bulan Sabit Merah yang dikoordinasikan oleh UNHCR(United Nations High Commissioner for Refugees).


Diawal tahun 1990an, dengan hadirnya begitu ramai pelarian daripada Vietnam yang menggunakan sampan ini, UNHCR telah berjaya memohon supaya masyarakat antarabangsa dan negara-negara membangun untuk menerima kedatangan pelarian ini dan dalam masa yang sama menyediakan penempatan sementara untuk mereka. Walau bagaimanapun, negara kita Malaysia mengambil dasar tutup pintu mengenai kedatangan pelarian ini. Kerajaan Malaysia beralasan bahwa dengan membuka pintu menerima kebanjiran pelarian ini akan menambahkan lagi masalah sosial yang sedia ada. Oleh sebab itu lah Malaysia tidak mengikhtiraf dan menerima cadangan Konferen antarabangsa mengenai pelarian daripada UNHCR. Malaysia berpendapat, dengan mengikhtirafkan Konferen Antarabangsa mengenai pelarian itu akan membuat Malaysia terdedah dengan masalah pendatang tanpa izin yang sedia ada dan "mereka" yang lain akan mengambil kesempatan dengan PENGIKHTIRAFAN itu nanti. Malaysia berpendapat, pendatang tanpa izin dan pelarian ini telah sekian lama menyumbang kepada masalah sosial yang ada di Negara kita.
Bagi pelaraian Burma, mereka lari daripada negara mereka yang bergolak itu, lari daripada menjadi buruh kasar dan mangsa rogol akhirnya menerima hakihat ditangkap sebagai pendatang tanpa izin di Malaysia dan disimpan di khemah tahanan-tahanan pelarian sekitar negara kita yang pada dasarnya akan disebat/rotan sebagai hukuman kerana masuk ke Malaysia secara haram. Walaupun ramai pelarian Burma di negara kita ini mempunyai kad UNHCR tetapi negara kita Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Mengenai Pelarian 1951 untuk mengikhtirafkan mana-mana pemegang kad UNHCR ini. Oleh yang demikian, pelarian Burma yang mempunyai kad UNHCR ini hidup dalam serba tidak menentu. Hidup di dalam ketakutan di tangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.
Selagi kerajaan negara kita Malaysia tidak mengikhtirafkan pemegang Kad UNHCR ini, mereka terdedah dengan kegiatan pemerdagangan orang. Jika wanita dan kanak-kanak terus ditahan dan dibwa ke pusat-pusat tahanan kita, mereka menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang yang pada dasarnya telah didalangi oleh "pikah berkuasa" negara kita sendiri. 
Malaysia dengan tegasnya tidak mahu mengikhtirafkan pelarian di negara kita kerana khuatir ini akan menambah kebanjiran pelarian ini. "kalau kita mengikhtirafkan pelarian ini, ini akan mendorong mereka untuk mengelak kemiskinan yang sedia ada di negara asal mereka." Berkata didalam petikan akhbar tempatan " new Straits Times. (Syed Hamid Albar-Bekas menteri di kementerian Dalam negeri). Walaupun Malaysia tidak terlibat dengan Konvensyen mengenai pelarian dan Protokal Pelarian 1967, tetapi Malaysia adalah pihak yang terlibat dalam Konvensyen hak asasi kanak-kanak. Dan juga teribat sama dengan (CEDAW) Konvensyen Agensi  Penghapusan segala bentuk Diskriminasi terhadap Wanita. Dalam erti kata lain, mana-mana Pelarian kanak-kanak dan wanita mempunyai hak mereka di bawah konvensyen ini.


Secara kesimpulannya, sesamamu pada keluaran bulan ini ingin berkongsi tentang pelarian Burma ini dan hak mereka sebagai orang yang bersama manusia di negara kita Malaysia ini. Di harap dengan perkongsian artikal ini yang kebanyakannya diterjemah daripada " STOP Trafficking in Persons-THE REVOLVING DOOR- Modern day REFUGEEF, terbitan TENAGANITA" akan dapat menyedarkan kita bahwa di dalam kesenagan dan kedamaian hidupk kita, ada sekumpulan manusia yang menumpang dan memerlukan belas kasihan kita untuk mereka berteduh dari hujan dan panas serta menumpang "berkat" kita unutk sesuap nasi bagi peribadi mahupun anak-anak mereka.


sama-sama kita "mengambil peduli" sesamamu insani...kita menumpang di Bumi nyata ini...


Yer 22:3 
Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!

Monday, May 17, 2010

HARGA sebuah 'KEBEBASAN' RM1800 seorang...

Michael ialah seorang pelarian Burma yang berkerja untuk menyara hidupnya sendiri, dan telah ditangkap oleh Polis. Dia telah ditangkap bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain di sebuah pusat snoker dimana dia bekerja. Pada waktu ditangkap itu, selain dipukul, dia juga kehilangan RM300 setelah seorang pegawai Polis mengambil wang setengah bulan gajinya itu tanpa mengembalikannya. Mari kita sama-sama melihat semula pengalaman Michael sebagai seorang Pelarian di Negara kita Malaysia setelah ditangkap.


" Pada 6 Jun, 3 pagi, saya dan beberapa rakan saya telah ditangkap. Kami telah dibawa dengan sebuah van ke Balai Polis Klang. Di sana kami ditempatkan dilokap penjara Balai Polis tersebut buat seketika. 
Setelah itu, kami dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh. Di sanalah bermulanya episod yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya. Pada suatu hari, seorang pegawai Polis telah datang ke lokap kami, dan dia memanggil setiap nama dan memberitahu, esok pagi kamu semua akan dipukul/rotan. Saya merasa kurang senang dan ingin tahu kenapa saya harus dihukum tanpa dibicara dan tidak mengetahui kesalahan sebenar saya. Saya merayu dan bertanya kepada pegawai tersebut," Kenapa?, kenapa saya dipukul?",  dengan tegasnya, pegawai tersebut berkata,"kamu masuk ke Malaysia secara haram, jadi hukumannya ialah disebat".
keesokannya, saya di bawa ke tempat hukuman sebat dijalankan. Mereka menanggalkan pakaian dan mengikat saya. Dengan hati yang berdebar, saya menanti rotan yang besar itu membenam punggung saya. Satu pukulan sudah cukup membuat saya meraung kesakitan yang teramat sangat. Dari malam hari setelah hukuman tersebut, saya tidur dengan meniarap selama sebulan. Kami juga telah dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerosakan punggung kami akibat hukuman sebat itu.
Sebulan selepas itu, saya akhirnya dipindahkan ke Penjara Taiping. Saya berada dipenjara Taiping selama beberapa bulan sebelum satu peristiwa "pembebasan" berlaku penyeksaannya tidak kurang hebatnya. Di penjara Taiping, kami juga dilayan seburuk atau setaraf dengan binatang. Maruah kemanusia diri tidak ada nilainya di penjara ini. Bercerita tentang "pembebasan" saya, ia bermula pada satu malam dimana beberapa orang kami telah diangkut ke sebuah tempat dengan menggunakan sebuah van. Lebih kurang jam 11.30 malam, kam sampai disebuah tempat yang jauh pendalaman dalam keadaan yang gelap gulita. Setahu saya, ada beberapa pegawai Imgresen bersama kami. Pegawai-pegawai ini membuka gari kami dan menyuruh kami berdiam. Seorang pegawai itu berkata kepada kami,
" kamu balik ke Kuala Lumpur, Thailand dan Burma terpulang kepada nasib kamu lah. Kalau "good Luck" kamu berjaya." Tidak lama selepas itu, beberapa orang muncul dalam kegelapan malam itu.  Selepas bercakap dengan pegawai tersebut, mereka terus beredar dan mengarahkan kami mengikut mereka. "Mari ikut kami bersiar-siar gunakan perahu". Kami masuk ke dalam perahu tersebut dan selepas 15 minit, kami sampai didestinasi kami.  Dan termasuk berjalan meredah hutan selama 30 minit sebelum tidab disebuah "kem" di tengah hutan. Di sana bermulalah urusan 'PEMERDAGANGAN ORANG'. Seorang daripada Ketua sindiket ini memberi arahan kepada kami. "Kamu hanya ada 2 pilihan. Pertama, kalau mahu balik Kuala Lumpur, kamu kena sediakan RM1,800.00 seorang, dan kedua, kalau kamu mahu balik ke Burma, RM2,000.00." Setelah itu, kami diberikan telefon bimbit. "Tetapi, harus ingat, kalau kamu tidak ada duit, kamu akan dijual. Kamu diberi masa 3 minggu untuk menelefon dan menyediakan sejumlah duit itu". Saya terus menelefon saudara saya supaya menolong saya untuk mendapatkan RM1,800.00.  Saudara saya memberitahu, ia mengambil masa yang lama untuk mengumpul sejumlah wang tersebut. Apabila saya memberitahu "ketua agen" tersebut, dia pun marah kepada saya. "kalau kamu tidak mahu dipukul setiap hari, saya harap kamu dapat beri duit itu dalam masa yang terdekat". 
Seminggu selepas itu, saudara saya telah menyimpan sejumlah wang yang dikehendaki itu ke dalam akaun mereka. Selepas itu, kami yang telah mendapatkan wang "penebusan" itu dikumpul dan dibawa keluar kira-kira jam 10.30pm. Di situlah permulaan perjalanan "pembebasan" kami. 
Samapi ke hari ini, walaupun "bebas" saya masih lagi merasa takut untuk keluar dari flat di saya tinggal sekarang. Apabila saya ternampak Polis atau pegawai RELA, saya akan kecut perut dan takut yang teramat sangat. Sekarang saya bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM20 sehari. Saya tidak ada pilihan lain kerana terpaksa bekerja untuk membayar balik RM1,800.00."

Yer 22:3 
Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!

 

Monday, May 10, 2010

PELARIAN...hamba di zaman moden

Mya berhenti  berbicara dan penterjemahnya berhenti sejenak untuk menterjemahkan apa yang Mya katakan. Setelah memberi galakkan kepada penterjemahnya untuk menyatakan apa sahaja yang Mya ceritakan kepadanya, penterjemahnya pun sedia mengatakan apa yang Mya ceritakan sebentar tadi. Mya berkata" kamu rakyat Malaysia sungguh bertuah. Kamu tidak akan merasakan betapa sengsara ditahan di kem 'imigration'. Walaupun hanya berada di sana selama 18 hari, tetapi ianya adalah NERAKA!, benar-benar NERAKA!!!. Tetapi "orang kamu" melayan kami sedemikian rupa."
"Untuk sarapan pagi, kami hanya diberi secawan kopi, satu potongan roti. atau bun- atau tujuh cebisan roti "crackers". Dan 1 cawan air tawar sebelum makan tengah hari diberi kepada setiap tahanan. Selama 18 hari di kem tahanan, hanya sekali saya makan dengan berlaukkan potongan kecil ayam, 3 kali berlaukkan telur ayam dimana dikongsikan bersama 6 orang tahanan yang lain, dan selebihnya selama di kem tahanan itu, kami berlaukkan sepotong kecil ikan masin yang sebesar ibu jari. 
Tiga hari pertama saya berada di kem tahanan tersebut, saya terus menangis dan menangis mengenangkan nasib saya. Saya sungguh simpati melihat anak-anak saya yang kelaparan di dalam kem tahanan ini. Saya hanya dibenarkan berjumpa suami dan anak-anak saya sekali sekala sepanjang di kem tahanan ini. Ini kerana, kami ditahan di bilik-bilik yang berasingan. Lebih membebankan saya ialah, memikirkan anak saya yang di dalam kandungan yang memerlukan makanan yang berkhasiat daripada saya. Apa dosa yang telah kami buat? sehingga kami diperlakukan sedemikian rupa? Kami adalah manusia yang lari daripada kepayahan hidup di negara asal kami yang mencari kehidupan di negara kamu.
Diakhir 18 hari berada di kem tahanan tersebut, seorang pegawai UNHCR telah datang melawat saya. Dia berjanji akan cuba mengeluarkan saya dari kem tahanan ini. Tiga hari selepas itu, pegawai UNHCR itu datang sekali lagi dan mengatakan 'saya berjaya untuk membawa kamu dan sekeluarga untuk keluar dari kem tahanan ini'.  Saya sangat terharu, kami semua di bawa terus ke pejabat UNHCR dan diberi kad UNHCR yang baru setelah kad yang terdahulu telah dimusnahkan oleh pegawai RELA pada hari kami ditangkap tersebut." (Diterjemah dari: The Revolving Door, pg32-33,2007)


Kisah benar seorang pelarian dari Burma-Bernama Mya,  yang telah ditangkap dan ditahan selama 18 hari di kem tahanan. Sewaktu perkara ini  berlaku, dia mengandungkan anaknya yang ke-3 (5 bulan umur kandungannya). Anak-anaknya yang lain ketika itu masing-masing berumur 6 dan 3 tahun. Berpindah dari pondok persembunyian di hutan ke rumah flat telah membawa bala kepada penangkapan dia dan sekeluarga. Ini membuatkannya lebih rela untuk terus tinggal di dalam pondok persembunyian di dalam hutan daripada tinggal di rumah flat yang hidup pasti tidak tenteram, kerana takut akan ditangkap lagi.

Sesamamu kongsikan hanya sebahagian kecil cerita Mya ini sempena hari ibu yang disambut pada 9 May yang lepas.(semalam). Sungguh menghayat hati melihat betapa seorang ibu yang lari daripada kepayahan-penindasan di negaranya demi kebahagian di negara asing buat anak-anaknya juga tidak menentu. Ini kerana sempadan negara Malaysia yang berdaulat  ini juga mempunyai harga yang begitu tinggi bagi Pelarian seperti Mya harus bayar. Bayar untuk secebis kebahagian di negara orang lain. Tetapi apabila difikirkan secara kemanusiaan, kita adalah datang dari asal-usul yang sama dan satu serta hanya menumpang di bumi ciptaan TUHAN yang maha besar itu.


Renungkan kata-kata Dr Irene Fernandez [TENAGANITA]


"We belong to one race, the human race and we have only one earth. This solidarity of people must ensure that we put people and the planet before profits. The earth we are given is not just for us but also for those who come after us. They need a tomorrow and that rests on us today." (Dr. Irene Fernandez)

Mari kita sama-sama peka dengan masalah Pelarian di negara kita ini dan mengambil kisah/berat tentang mereka. Tahukah anda, "mereka" ini ada disekeliling kita malah ada yang pergi ditempat rumah-rumah ibadah kita. Ya, menyembah Tuhan yang sama yang kita sembah...

Yer 22:3 
[3]  Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!

Monday, May 3, 2010

Hamba Zaman Moden...

Di akhir May 2009, lebih kurang 49,000 pelarian dan yang sedang cuba mendapatlkan perlindungan dari UNHCR (United Nations High Commissioner For Refugees) di negara kita-Malaysia. Daripada jumlah tersebut,43,500 adalah pelarian perang dari Burma(Myanmar), yang terdiri daripada 3 kumpulan etnik yang utama iaitu, 16,400 etnik Chins, 15,500 Rohingya, 3,800 Muslim Burma dan yang selebihnya etnik-etnik lain. Selain itu, ada juga pelarian daripada Sri Lanka-2,600, Somalia-760, Iraq-560 dan Afghan-560. Tetapi menurut UNHCR, ada lebih kurang 45,000 lagi pelarian dan mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di negara kita dan belum didaftarkan lagi.


Siapakah sebenarnya pelarian ini?
Pelarian ini adalah mereka yang hidup di dalam ketakutan diANIAYA di negara mereka sendiri oleh kerana sebab etnik, agama, perbezaan politik yang mereka wakili di dalam negara mereka, dan mereka ini berada di luar linkungan sempadan negara mereka sendiri dan pada masa yang sama tidak mempu serta hidup didalam ketakutan serta tidak mampu untuk mendapatkan perlindungan daripada negara yang mereka diami sekarang. (-1951, Convention to the status of Refugees, Article 1(a)(2))
Apa yang membezakan PELARIAN dan PENDATANG ekonomi?
PELARIAN-mereka datang ke negara kita bukan kerana pilihan tetapi mereka terpaksa meninggalkan atau lari dari negara mereka oleh kerana berlaku satu diskiminasi di negara asal, konflik  bersenjata yang serius,  ketidakadilan yang melibatkan hak mereka hidup sebagai manusia terancam dengan adanya penindasan,  pembunuhan serta penderitaan . 
Manakala PENDATANG MIGRASI EKONOMI ialah mereka yang datang ke negara kita dengan alasan kesempitan hidup di negara asal mereka dan cuba mencari nafkah hidup di negara kita yang dianggap mempunyai keadaan ekonomi yang stabil.


Jadi, jika kita melihat statistik di atas, kita dapati pelarian Burma mendahului jumlah pelarian yang ada di negara kita. Mereka terpaksa meninggalkan negara asal mereka kerana kehidupan mereka terancam oleh kerajaan negara asal mereka yang memerintah. Penderitaan dan penganiayaan yang mereka alami di negara asal mereka amatlah tidak berperikemansuian. Mereka didera, dibunuh sesuka hati oleh kerajaan yang memerintah. Kerena tiada pilihan lain, mereka sanggup meninggalkan tanah air mereka, keluarga mereka yang tersayang demi mengimpikan kehidupan yang lebih tenteram dan tenang. Malaysia menjadi pilihan kerana apa yang kita miliki selama ini tidak mampu dimiliki oleh mereka.
Tetapi sebaliknya berlaku kepada mereka, seperti pepatah berkata "Keluar kandang harimau, masuk kandang singa". Setelah mereka berada di  negara kita, negara kita juga seakan-akan tidak mengishytiharkan atau mengesahkan mana-mana pelarian yang memegang kad UNHCR ini. Ini menyebabkan mereka hidup di dalam ketakutan yang teramat sangat. Malah, masih ramai lagi yang tinggal di hutan di khemah-khemah yang mereka dirikan untuk bersembunyi dari ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan kita.
Ada beberapa kisah benar oleh mereka yang pernah ditangkap pihak berkuasa tempatan kita dan kisah yang mereka ceritakan amatlah menyedihkan. Kebanyakan mereka yang telah "bebas" akan merasa kehidupan mereka di Malaysia amatlah sukar. Ini kerana pengelaman-pengelaman sewaktu ditangkap menjadikan mereka teramat takut. Apabila pihak berkuasa tempatan, negara kita membuat serbuan, pelarian Burma ini akan ditangkap bersama-sama pendatang tanpa izin yang lain , yang menyeludup masuk ke negara kita tanpa mempunyai dokumen yang sah. Walaupun ada yang menunjukkan kad UNHCR mereka kepada pihak berkuasa, kad tersebut selalu nya tidak guna pakai. Jadi, dari situlah mulanya kisah sedih yang berlaku kepada pelarian ini. Mereka dikategorikan sebagai tahanan PATI. Di setiap pusat-pusat tahanan ini mereka akan melalui satu pengalaman yang amat memeritkan.
Dan kebanyakan cerita daripada pelarian Burma ini, berakhir dengan mereka diserahkan kepada sendiket PEMERDAGANGAN ORANG  di sempadan Thai dan Malaysia. Dan kebanyakan kisah mereka yang "bebas" ini mengatakan orang tengah yang terlibat adalah dari kalangan "pihak berkuasa" negara kita. Sebagai orang tengah yang membawa mereka ke sempadan untuk "dijual".


Petikan cerita Phyu (Seorang Wanita Pelarian Burma yang telah dijual kepada sandiket PEMERDAGANGAN ORANG)
" Pada 24 Mac 2006, saya telah diarahkan untuk di hantar pulang ke negara asal saya. Kami berangkat dari Kem Semenyih kira-kira jam 5 petang, ada 10 orang wanita Burma pada masa itu. Setelah hampir tengah malam, bas yang membawa kami berhenti di sebuah kampung. "Pegawai" yang membawa kami mengarahkan kami turun dari bas itu dan keluar dengan senyap. Setelah itu, "pegawai" berkenaan menyerahkan kami kepada seorang lelaki Burma. Lelaki tersebut berkata, dia telah membeli kami dengan harga RM200 seorang dari "pegawai" tersebut. Setelah itu, kami pun menyeberang dengan menggunakan sebuah bot yang sederhana besar nya yang sudah menunggu kan kami di dalam kepekatan malam tersebut. Setelah sampai di seberang, kami berjalan sejauh 200 meter lagi ke dalam hutan dimana kami temui khemah sandiket ini dirikan untuk opserasi permerdarangan orang ini. Di sana, ada seramai 20 orang lelaki kumpulan sandiket ini yang masing-masingnya bersenjatakan "rafle" sedang berkawal. Tidak lama sesudah itu, dipercayai ketua mereka, menyerahkan telepon bimbit kepada kami untuk kami hubungi sesiapa yang kami kenali di Malaysia dan meminta wang tebusan sebanyak RM1,400.00 seroang. Sebagai harga kami akan di"bebaskan" atau dikembalikan kepada mereka yang membayar sejumlah wang tersebut kepada kami. Saya pun menelefon suami saya yang berada di Kuala Lumpur. Saya begitu bernasib baik ketika itu kerana suami saya berjaya mengumpul wang sebanyak RM1,400.00 dalam masa yang singkat. Saya pasti dia telah meminjam daripada rakan-rakannya. 


Dan ada seorang budak perempuan yang berumur dalam lingkungan 15 tahun pada ketika itu menelefon ayahnya dan meminta ayah untuk menyediakan wang sebanyak RM1,400.00 untuk "pembebesan"nya tetapi akhir nya, ketua sandiket tersebut menolak tawaran ayah budak perempuan itu kerana dia berpendapat budak perempuan itu boleh dijual di Thailand dengan harga RM4,000.00 kepada sandiket "pelacuran" di sana. Gadis tersebut menangis dan meraung meminta dilepaskan.Dan saya tidak tahu apa kesudahan cerita budak perempuan tersebut. Bagi kami yang berjaya mendapat wang "pembebasan" tersebut akan dihantar balik ke Kuala Lumpur tetapi bagi mereka yang tidak berjaya, kebanyakan mereka akan dijual kepada orang-orang yang tertentu. Sebagai contoh, bagi budak perempuan, mereka akan dijual kepada sandiket "pelacuran", dan bagi kebanyakan lelaki, mereka akan dijual kepada nelayan-nelayan dan menjadi buruh kasar sepanjang hidup mereka. Dan kebanyakan merek yang dijual ini tidak akan dibayar gaji, malah mereka akan berkerja secara paksa dan percuma sepanjang hidup mereka.-HAMBA zaman moden...
Bagi wanita-wanita yang berumur, mereka akan dijual untuk menjadi pembantu rumah. 
Oleh kerana kami ditebus dengan RM1,400.00 seorang, kami telah dihantar balik ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. walaupun telah "bebas" tetapi, sekarang saya masih hidup didalam ketakutan yang teramat sangat. Saya ingat apabila sudah sampai di sini-di Malaysia, saya sudah terlepas daripada penderitaan yang teramat sangat di negara asal saya, tetapi rupanya ia nya belum berakhir lagi malah menggerunkan bila berada di negara kamu Malaysia ini..." (Stop Trafficking in Persons, The Revolving Door, Modern day Slavery, REFUGEES, TENAGANITA, 2008,page83-91)


Di atas adalah salah satu kisah yang anda boleh baca di dalam buku tersebut.


Yer 22:3 
[3]  Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!


Bercakap tentang hak asasi manusia, kita semua adalah manusia yang mempunyai hak kita sendiri. hak kita untuk hidup, hak kita untuk bersuara, hak kita untuk menyatakan pendapat kita. Tetapi, adakah kerana peraturan yang manusia sendiri buat itu telah membataskan hak kita untuk mengasihi sesama kita manusia, ataupun oleh kerana peraturan yang dipanggil undang-undang ciptaan manusia ini menjadikan kita membatalkan hak setiap manusia ciptaan NYA sehingga sanggup membunuh, mendera, menindas dan MEMERDAGANGKAN orang itu?


Oleh kerana itulah, sesama mu terpanggil untuk berkongsi tentang cerita HAMBA ZAMAN MODEN INI iaitu PELARIAN. yang telah menjadi sumber sandiket PEMERDAGANGAN ORANG ini. Ini juga bagi memberi KESEDARAN  kepada kita bahwa ada perkara yang sedemikian rupa berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini. Sepanjang bulan May ini, sesamamu akan berkongsi cerita tentang mereka yang dipanggil HAMBA ZAMAN MODEN-PELARIAN ini.


info lanjut:http://www.unhcr.org/cgi-bin/texis/vtx/home