Jadi, selayaknya lah mereka ini merayakan perayaan ini pada setiap awal Jun setiap tahun. Mereka akan merayakan dengan sukacita kerana hasil tuian ini menyatakan usaha mereka yang selama ini telah membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam masa yang sama kepayahan selama ini terbalas dengan melihat tuian yang mendatangkan hasil ini.
Tidak hairanlah, kalau pada hari-hari perayaan ini, banyak saudara mara akan balik ke kampung halaman untuk merayakan perayaan ini Ini adalah masanya mereka akan bersama-sama merayakan hari Gawai bersama-sama dengan mereka yang menjadi "pemain sebenar" di dalam mengusahakan sawah bendang ini. Kehadiran sanak-saudara ini menambahkan lagi kemeriahan perayaan ini. Yang merantau juah di negeri orang akan balik ke kampung halaman bersama-sama merasakan kemenengan mereka yang memberi komitmen dan kehidupan mereka di dalam mengusahakan sawah bendang mereka.
Apa yang "sesamamu" ingin tonjolkan disini ialah, komitmen dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi yang diberikan oleh Mereka yang mengusahakan penanam padi ini harus kita teladani. Mereka melalui pelbagai rintangan dan kepayahan hidup untuk memastikan hasil usaha mereka kelak akan mendatangkan hasil seperti yang diimpikan. Tanpa mengenal perkataan lelah dan putus asa, walaupun kadang-kala panggilan alam tidak menyebelahi mereka, mereka terus berusaha dan mengharap akan cahaya yang bakal menerangi kehidupan mereka.
Kita harus merenungkan erti perayaan Gawai ini dengan melihat "kehidupan sebenar" mereka ini. Merayakannya dengan penuh rasa hormat kepada hasil usaha mereka. Apa yang "sesamamu" maksudkan ini ialah, merayakannya dengan mengingati betapa pengorbanan "mereka" ini dengan tidak membazir apa berkat yang ada dianugerahkan oleh Tuhan. Merayakan nya dengan rasa percaya bahwa setiap titik peluh mereka ini adalah usaha yang tanpa mengenal putus asa dan kepayahan.
Mazmur 126: 5-6
[5] Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan bersorak-sorai.
[6] Orang yang berjalan maju dengan menangis sambil menabur benih, pasti pulang dengan sorak-sorai sambil membawa berkas-berkasnya.
Dalam Alkitab juga memberi satu gambaran yang positif bagaimana mereka akan merayakan hasil tuian mereka dengan sukacita walaupun telah melalui pelbagai rintangan dan kepayahan...tetapi sukacita yang digambarkan disini disertai dengan satu perasaan yang puas hati yang teramat sangat. Dan merayakan nya dengan perasaan hormat dan takut kepada Dia yang memberkati hasil usaha mereka. Inilah perayaan Gawai yang seharusnya kita sebagai orang yang percaya dan berharap kepada Tuhan Yesus Kristus sepatutnya raikan.
SELAMAT HARI GAWAI...GAYU GURU GERAI NYAMAI
No comments:
Post a Comment