sesamamu

Monday, May 10, 2010

PELARIAN...hamba di zaman moden

Mya berhenti  berbicara dan penterjemahnya berhenti sejenak untuk menterjemahkan apa yang Mya katakan. Setelah memberi galakkan kepada penterjemahnya untuk menyatakan apa sahaja yang Mya ceritakan kepadanya, penterjemahnya pun sedia mengatakan apa yang Mya ceritakan sebentar tadi. Mya berkata" kamu rakyat Malaysia sungguh bertuah. Kamu tidak akan merasakan betapa sengsara ditahan di kem 'imigration'. Walaupun hanya berada di sana selama 18 hari, tetapi ianya adalah NERAKA!, benar-benar NERAKA!!!. Tetapi "orang kamu" melayan kami sedemikian rupa."
"Untuk sarapan pagi, kami hanya diberi secawan kopi, satu potongan roti. atau bun- atau tujuh cebisan roti "crackers". Dan 1 cawan air tawar sebelum makan tengah hari diberi kepada setiap tahanan. Selama 18 hari di kem tahanan, hanya sekali saya makan dengan berlaukkan potongan kecil ayam, 3 kali berlaukkan telur ayam dimana dikongsikan bersama 6 orang tahanan yang lain, dan selebihnya selama di kem tahanan itu, kami berlaukkan sepotong kecil ikan masin yang sebesar ibu jari. 
Tiga hari pertama saya berada di kem tahanan tersebut, saya terus menangis dan menangis mengenangkan nasib saya. Saya sungguh simpati melihat anak-anak saya yang kelaparan di dalam kem tahanan ini. Saya hanya dibenarkan berjumpa suami dan anak-anak saya sekali sekala sepanjang di kem tahanan ini. Ini kerana, kami ditahan di bilik-bilik yang berasingan. Lebih membebankan saya ialah, memikirkan anak saya yang di dalam kandungan yang memerlukan makanan yang berkhasiat daripada saya. Apa dosa yang telah kami buat? sehingga kami diperlakukan sedemikian rupa? Kami adalah manusia yang lari daripada kepayahan hidup di negara asal kami yang mencari kehidupan di negara kamu.
Diakhir 18 hari berada di kem tahanan tersebut, seorang pegawai UNHCR telah datang melawat saya. Dia berjanji akan cuba mengeluarkan saya dari kem tahanan ini. Tiga hari selepas itu, pegawai UNHCR itu datang sekali lagi dan mengatakan 'saya berjaya untuk membawa kamu dan sekeluarga untuk keluar dari kem tahanan ini'.  Saya sangat terharu, kami semua di bawa terus ke pejabat UNHCR dan diberi kad UNHCR yang baru setelah kad yang terdahulu telah dimusnahkan oleh pegawai RELA pada hari kami ditangkap tersebut." (Diterjemah dari: The Revolving Door, pg32-33,2007)


Kisah benar seorang pelarian dari Burma-Bernama Mya,  yang telah ditangkap dan ditahan selama 18 hari di kem tahanan. Sewaktu perkara ini  berlaku, dia mengandungkan anaknya yang ke-3 (5 bulan umur kandungannya). Anak-anaknya yang lain ketika itu masing-masing berumur 6 dan 3 tahun. Berpindah dari pondok persembunyian di hutan ke rumah flat telah membawa bala kepada penangkapan dia dan sekeluarga. Ini membuatkannya lebih rela untuk terus tinggal di dalam pondok persembunyian di dalam hutan daripada tinggal di rumah flat yang hidup pasti tidak tenteram, kerana takut akan ditangkap lagi.

Sesamamu kongsikan hanya sebahagian kecil cerita Mya ini sempena hari ibu yang disambut pada 9 May yang lepas.(semalam). Sungguh menghayat hati melihat betapa seorang ibu yang lari daripada kepayahan-penindasan di negaranya demi kebahagian di negara asing buat anak-anaknya juga tidak menentu. Ini kerana sempadan negara Malaysia yang berdaulat  ini juga mempunyai harga yang begitu tinggi bagi Pelarian seperti Mya harus bayar. Bayar untuk secebis kebahagian di negara orang lain. Tetapi apabila difikirkan secara kemanusiaan, kita adalah datang dari asal-usul yang sama dan satu serta hanya menumpang di bumi ciptaan TUHAN yang maha besar itu.


Renungkan kata-kata Dr Irene Fernandez [TENAGANITA]


"We belong to one race, the human race and we have only one earth. This solidarity of people must ensure that we put people and the planet before profits. The earth we are given is not just for us but also for those who come after us. They need a tomorrow and that rests on us today." (Dr. Irene Fernandez)

Mari kita sama-sama peka dengan masalah Pelarian di negara kita ini dan mengambil kisah/berat tentang mereka. Tahukah anda, "mereka" ini ada disekeliling kita malah ada yang pergi ditempat rumah-rumah ibadah kita. Ya, menyembah Tuhan yang sama yang kita sembah...

Yer 22:3 
[3]  Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!

No comments:

Post a Comment