Diawal tahun 1990an, dengan hadirnya begitu ramai pelarian daripada Vietnam yang menggunakan sampan ini, UNHCR telah berjaya memohon supaya masyarakat antarabangsa dan negara-negara membangun untuk menerima kedatangan pelarian ini dan dalam masa yang sama menyediakan penempatan sementara untuk mereka. Walau bagaimanapun, negara kita Malaysia mengambil dasar tutup pintu mengenai kedatangan pelarian ini. Kerajaan Malaysia beralasan bahwa dengan membuka pintu menerima kebanjiran pelarian ini akan menambahkan lagi masalah sosial yang sedia ada. Oleh sebab itu lah Malaysia tidak mengikhtiraf dan menerima cadangan Konferen antarabangsa mengenai pelarian daripada UNHCR. Malaysia berpendapat, dengan mengikhtirafkan Konferen Antarabangsa mengenai pelarian itu akan membuat Malaysia terdedah dengan masalah pendatang tanpa izin yang sedia ada dan "mereka" yang lain akan mengambil kesempatan dengan PENGIKHTIRAFAN itu nanti. Malaysia berpendapat, pendatang tanpa izin dan pelarian ini telah sekian lama menyumbang kepada masalah sosial yang ada di Negara kita.
Bagi pelaraian Burma, mereka lari daripada negara mereka yang bergolak itu, lari daripada menjadi buruh kasar dan mangsa rogol akhirnya menerima hakihat ditangkap sebagai pendatang tanpa izin di Malaysia dan disimpan di khemah tahanan-tahanan pelarian sekitar negara kita yang pada dasarnya akan disebat/rotan sebagai hukuman kerana masuk ke Malaysia secara haram. Walaupun ramai pelarian Burma di negara kita ini mempunyai kad UNHCR tetapi negara kita Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Mengenai Pelarian 1951 untuk mengikhtirafkan mana-mana pemegang kad UNHCR ini. Oleh yang demikian, pelarian Burma yang mempunyai kad UNHCR ini hidup dalam serba tidak menentu. Hidup di dalam ketakutan di tangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.
Selagi kerajaan negara kita Malaysia tidak mengikhtirafkan pemegang Kad UNHCR ini, mereka terdedah dengan kegiatan pemerdagangan orang. Jika wanita dan kanak-kanak terus ditahan dan dibwa ke pusat-pusat tahanan kita, mereka menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang yang pada dasarnya telah didalangi oleh "pikah berkuasa" negara kita sendiri.
Malaysia dengan tegasnya tidak mahu mengikhtirafkan pelarian di negara kita kerana khuatir ini akan menambah kebanjiran pelarian ini. "kalau kita mengikhtirafkan pelarian ini, ini akan mendorong mereka untuk mengelak kemiskinan yang sedia ada di negara asal mereka." Berkata didalam petikan akhbar tempatan " new Straits Times. (Syed Hamid Albar-Bekas menteri di kementerian Dalam negeri). Walaupun Malaysia tidak terlibat dengan Konvensyen mengenai pelarian dan Protokal Pelarian 1967, tetapi Malaysia adalah pihak yang terlibat dalam Konvensyen hak asasi kanak-kanak. Dan juga teribat sama dengan (CEDAW) Konvensyen Agensi Penghapusan segala bentuk Diskriminasi terhadap Wanita. Dalam erti kata lain, mana-mana Pelarian kanak-kanak dan wanita mempunyai hak mereka di bawah konvensyen ini.
Secara kesimpulannya, sesamamu pada keluaran bulan ini ingin berkongsi tentang pelarian Burma ini dan hak mereka sebagai orang yang bersama manusia di negara kita Malaysia ini. Di harap dengan perkongsian artikal ini yang kebanyakannya diterjemah daripada " STOP Trafficking in Persons-THE REVOLVING DOOR- Modern day REFUGEEF, terbitan TENAGANITA" akan dapat menyedarkan kita bahwa di dalam kesenagan dan kedamaian hidupk kita, ada sekumpulan manusia yang menumpang dan memerlukan belas kasihan kita untuk mereka berteduh dari hujan dan panas serta menumpang "berkat" kita unutk sesuap nasi bagi peribadi mahupun anak-anak mereka.
sama-sama kita "mengambil peduli" sesamamu insani...kita menumpang di Bumi nyata ini...
Yer 22:3
Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!
No comments:
Post a Comment