sesamamu

Monday, May 17, 2010

HARGA sebuah 'KEBEBASAN' RM1800 seorang...

Michael ialah seorang pelarian Burma yang berkerja untuk menyara hidupnya sendiri, dan telah ditangkap oleh Polis. Dia telah ditangkap bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain di sebuah pusat snoker dimana dia bekerja. Pada waktu ditangkap itu, selain dipukul, dia juga kehilangan RM300 setelah seorang pegawai Polis mengambil wang setengah bulan gajinya itu tanpa mengembalikannya. Mari kita sama-sama melihat semula pengalaman Michael sebagai seorang Pelarian di Negara kita Malaysia setelah ditangkap.


" Pada 6 Jun, 3 pagi, saya dan beberapa rakan saya telah ditangkap. Kami telah dibawa dengan sebuah van ke Balai Polis Klang. Di sana kami ditempatkan dilokap penjara Balai Polis tersebut buat seketika. 
Setelah itu, kami dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh. Di sanalah bermulanya episod yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya. Pada suatu hari, seorang pegawai Polis telah datang ke lokap kami, dan dia memanggil setiap nama dan memberitahu, esok pagi kamu semua akan dipukul/rotan. Saya merasa kurang senang dan ingin tahu kenapa saya harus dihukum tanpa dibicara dan tidak mengetahui kesalahan sebenar saya. Saya merayu dan bertanya kepada pegawai tersebut," Kenapa?, kenapa saya dipukul?",  dengan tegasnya, pegawai tersebut berkata,"kamu masuk ke Malaysia secara haram, jadi hukumannya ialah disebat".
keesokannya, saya di bawa ke tempat hukuman sebat dijalankan. Mereka menanggalkan pakaian dan mengikat saya. Dengan hati yang berdebar, saya menanti rotan yang besar itu membenam punggung saya. Satu pukulan sudah cukup membuat saya meraung kesakitan yang teramat sangat. Dari malam hari setelah hukuman tersebut, saya tidur dengan meniarap selama sebulan. Kami juga telah dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerosakan punggung kami akibat hukuman sebat itu.
Sebulan selepas itu, saya akhirnya dipindahkan ke Penjara Taiping. Saya berada dipenjara Taiping selama beberapa bulan sebelum satu peristiwa "pembebasan" berlaku penyeksaannya tidak kurang hebatnya. Di penjara Taiping, kami juga dilayan seburuk atau setaraf dengan binatang. Maruah kemanusia diri tidak ada nilainya di penjara ini. Bercerita tentang "pembebasan" saya, ia bermula pada satu malam dimana beberapa orang kami telah diangkut ke sebuah tempat dengan menggunakan sebuah van. Lebih kurang jam 11.30 malam, kam sampai disebuah tempat yang jauh pendalaman dalam keadaan yang gelap gulita. Setahu saya, ada beberapa pegawai Imgresen bersama kami. Pegawai-pegawai ini membuka gari kami dan menyuruh kami berdiam. Seorang pegawai itu berkata kepada kami,
" kamu balik ke Kuala Lumpur, Thailand dan Burma terpulang kepada nasib kamu lah. Kalau "good Luck" kamu berjaya." Tidak lama selepas itu, beberapa orang muncul dalam kegelapan malam itu.  Selepas bercakap dengan pegawai tersebut, mereka terus beredar dan mengarahkan kami mengikut mereka. "Mari ikut kami bersiar-siar gunakan perahu". Kami masuk ke dalam perahu tersebut dan selepas 15 minit, kami sampai didestinasi kami.  Dan termasuk berjalan meredah hutan selama 30 minit sebelum tidab disebuah "kem" di tengah hutan. Di sana bermulalah urusan 'PEMERDAGANGAN ORANG'. Seorang daripada Ketua sindiket ini memberi arahan kepada kami. "Kamu hanya ada 2 pilihan. Pertama, kalau mahu balik Kuala Lumpur, kamu kena sediakan RM1,800.00 seorang, dan kedua, kalau kamu mahu balik ke Burma, RM2,000.00." Setelah itu, kami diberikan telefon bimbit. "Tetapi, harus ingat, kalau kamu tidak ada duit, kamu akan dijual. Kamu diberi masa 3 minggu untuk menelefon dan menyediakan sejumlah duit itu". Saya terus menelefon saudara saya supaya menolong saya untuk mendapatkan RM1,800.00.  Saudara saya memberitahu, ia mengambil masa yang lama untuk mengumpul sejumlah wang tersebut. Apabila saya memberitahu "ketua agen" tersebut, dia pun marah kepada saya. "kalau kamu tidak mahu dipukul setiap hari, saya harap kamu dapat beri duit itu dalam masa yang terdekat". 
Seminggu selepas itu, saudara saya telah menyimpan sejumlah wang yang dikehendaki itu ke dalam akaun mereka. Selepas itu, kami yang telah mendapatkan wang "penebusan" itu dikumpul dan dibawa keluar kira-kira jam 10.30pm. Di situlah permulaan perjalanan "pembebasan" kami. 
Samapi ke hari ini, walaupun "bebas" saya masih lagi merasa takut untuk keluar dari flat di saya tinggal sekarang. Apabila saya ternampak Polis atau pegawai RELA, saya akan kecut perut dan takut yang teramat sangat. Sekarang saya bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM20 sehari. Saya tidak ada pilihan lain kerana terpaksa bekerja untuk membayar balik RM1,800.00."

Yer 22:3 
Beginilah firman TUHAN: Lakukanlah keadilan dan kebenaran, lepaskanlah dari tangan pemerasnya orang yang dirampas haknya, janganlah engkau menindas dan janganlah engkau memperlakukan orang asing, yatim dan janda dengan keras, dan janganlah engkau menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tempat ini!

 

1 comment:

  1. Hello, i want to comment on the verse given in this article. the 2st line....lakukanlah keadilan dan kebenaran..: i think when Bibles says so, it is His word for the humankind. and for my interpretation, this is we as Humankind should do or must do. To Do justice and righteousness in what ever we do.
    For the politician outside there, you are being given the vote by ur voters to uphold this value. It is a vartue value you should live in your life.
    I'm encouraged more-and more Malaysian aware of the refugees' right in our country. They are not PATI but PELARIAN - penindasan politik of their country.
    My Christian Friends or churches, you can play your own part in this issue. STOP singing His love but LAKUKAN. This is the time where we as so call Believer GO OUT there, LAKUKAN as preached and SING.

    ...our God Grieves in agony to see what is happening with the HUMANKIND

    ReplyDelete