Pada tahun ini, 10.10.10 menjadi tarikh yang banyak orang ingin jadikannya bermakna didalam kehidupan mereka. Bukan sahaja sekali dalam seumur hidup dunia ini genap pada 10 hari bulan Oktober tahun 2010, tetapi ia adalah satu angka yang "sempurna" bagi kebanyakan orang.
Ada yang ingin kahwin hari ini, ada yang ingin bertunang, ada yang ingin melahirkan anak hari ini, dan banyak lagi impian yang dibuat pada hari ini.
Tetapi sesamamu ingin membawa kita untuk ingat hari ini sebagai hari kita "INGAT" orang lain terlebih daripada diri kita sendiri. BERDOA untuk mereka pada hari ini. "Mereka" yang sesamamu maksudkan disini ialah, mereka yang Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka yang mati kelaparan di luar sana, mereka yang tidak ada hala tuju kehidupannya kerana dihimpit oleh kemiskinan. Baik kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar.
10.10.10
Sempurna angka tersebut untuk kita sama-sama ingat mereka hari ini dan sepanjang minggu ini. Sesamamu percaya pada keluaran yang lepas sesamamu ada menceritakan golongan ini dan bagaimana kita boleh melakukan perkara-perkara yang praktikal untuk membantu mereka. Tetapi kali ini, sesamamu ingin membawa kita untuk "INGAT" mereka dalam DOA kita sepanjang minggu ini. Satu perkara yang Praktikal kita orang Kristian boleh buat kan?
Apabila kita INGAT dan BERDOA kepada mereka hari ini dan sepanjang minggu ini, sesamamu berharap, kita dapat BERJIMAT CERMAT dan TIDAK MEMBAZIRKAN makanan kita mahupun pakaian yang kita mahu beli atau pakai. Praktikal kan????
Malaysian Care
Sesamamu terpanggil kerana, Malaysian Care satu badan NGO yang telah melancarkan panggilan untuk mendoakan dan menyumbang kepada mereka yang dalam kelompok miskin tegar di seluruh dunia. Malaysian care mahu semua orang Kristian di seluruh dunia mengingatkan tarikh ini sebagai hari BERDOA dan MENYUMBANG kepada mereka yang memerlukan.
www.malaysiacare.org
Kembalikan senyuman di wajah mereka hari ini...
"menurut gambaran kita..." ini adalah kata-kata TUHAN sebelum mencipta kita manusia. Maksudnya, kita dicipta menurut gambaran DIA. DIA yang sempurna adanya itu. Gambaran bukan hanya rupa bentuk mahupun wajah kita menyerupai Dia. Tetapi termasuk segala aspek kehidupan kita. Gambaran Dia yang paling jelas yang perlu ada pada kita ialah, KASIH kepada DIA yang mencipta kita manusia dan KASIH kepada segala ciptaan Nya yang di dunia ini. Termasuklah golongan yang miskin ini lah...
Kembalikan senyuman di wajah mereka ini, kerana itu adalah gambaran NYA yang sempurna...
mari kita ingat mereka dalam doa kita mulai hari ini dan minggu ini dan seterusnya selama-lamanya...dengan berjimat cermat dan jangan membazir dengan apa yang kamu miliki yang bagi mereka itu adalah satu "Keperluan" untuk meneruskan hidup walau sehari...
Bagaimana dengan mereka
ReplyDeleteO betapa indah nya
hidup kita jalani
tiada waktu terlewat
tanpa bahagia
mari lihat keluar
kekadang kita lupa
kita tak sendiri
menikmati indahnya
hidup yang diberikan
oleh sang pencipta
Bagaimana dengan mereka
yang menjerit kerna lapar
dan hidup dari belas kasihan
orang sperti kita
Bagaimana denga mereka?
yang tak punya apa-apa
apa yang tlah kita buat
kerna kita diciptakan
untuk berbagi hidup dengan mereka...
simple thing yang terlintas di fikiran saya, bila ada angka 10.-10 commandments. adakah kita jalankan semua 10 pesan ini?
ReplyDeleteBagaimana Dengan Mereka?
ReplyDeletesaya terlibat dengan satu aktiviti, sketsa berkenaan dengan lagu ini. saya berlakon sebagai anak yang miskin, tiada makanan, apatah lagi tempat tinggal. bagi saya sebagai orang biasa, yang tidak merasa kekurangan, sesuatu yang menjadi halangan kepada saya melakonkan watak itu. menyelongkar tong sampah, demi secubit roti.. rasa sungguh hina hidup. disisih oleh masyarakat. pertama kali mendapat watak itu, saya rasa watak itu senang saja. then, bila masuk practise, semuanya menjadi sangat sukar. kita, hanya mampu meniru perbuatan mereka. melakonkan balik aksi mereka. tapi, kita tak tahu perasaan mereka. apa yang mereka rasa, sedih? gembira?
semasa berlatih, hati saya sangat sebak mengenangkan nasib mereka. kita sangat beruntung, sungguh beruntung. kita rasa hidup kita diberkati. tetapi, bagaimana dengan mereka? mereka juga manusia, punya mata, punya hidung, kaki , tangan, dan sepatutnya menerima apa yang kita terima. mana pergi bahagian mereka? sebenarnya, kita yang ambil. sebab kita yang tamak haloba.. tidak mahu berkongsi..
bagaimana dengan mereka? membuatkan saya tersedar, bahawa kita dilimpahi dengan berkat dan keperluan yang mencukupi. untuk sketsa ini, saya berdoa, Tuhan akan membuka mata hati setiap orang, untuk terus memandang mereka yang miskin, bukan mengangkat kepala sahaja dan berlalu.
saya sangat gembira dengan penyertaan saya, walaupun saya tidak menyumbang dari segi kewangan, tapi masa dan tenaga yang saya berikan sepenuhnya untuk sketsa ini. saya berpuas hati dengan cara Tuhan mahu saya melayani Dia.
Mengikut perkiraan doktor saya akan melahirkan anak pada hari istimewa ini dan semua ahli keluarga begitu teruja menantinya.
ReplyDeleteRupanya tarikh keramat yang istimewa bagi saya ini rupanya mengundang kepiluan kepada negara kita bila kita semua dikejutkan dengan trajedi kemalangan bas ekspress.
Entah berapa kali kita harus disogokkan berita trajis dan ngeri kemalangan bas ekpress yang meragut puluhan nyawa.
Mungkin penceritaan saya ini tidak berkaitan dengan golongan miskin atau susah tapi cukup bagi saya nyatakan disini saya juga ingin menceritakan mengenai isu keperihatinan kita. Keperihatinan di jalanraya.
Bagaimana banyak nyawa bisa diselamatkan andai kita punyai rasa perihatin dan tanggungjawab kepada diri kita sendiri dan orang sekitar. Andainya pemandu bas ini tidak memandu laju mungkin nyawa orang yang tidak bersalah tidak akan terkorban.
Biarlah tarikh istimewa ini menjadi iktibar bagi kita untuk mengingatkan diri masing-masing untuk menjadi lebih perihatin dan bertanggungjawab di jalanraya.
Mungkin Tuhan telah merancang agar peristiwa trajis ini berlaku pada tarikh yang begitu istimewa agar ianya akan kekal berada di dalam ingatan kita.
Mungkin kita akan sentisa mengingati tarikh 10.10.10 ini.