sesamamu

Sunday, October 31, 2010

Alam semulajadi perlukan wira

Sesamamu mulakan petikan daripada Kejadian 1:28-31 tapi dalam terjemahan Bahasa Inggeris terjemahan (New Living Translation)
[28]  God blessed them and told them, “Multiply and fill the earth and subdue it. Be masters over the fish and birds and all the animals.” [29]  And God said, “Look! I have given you the seed-bearing plants throughout the earth and all the fruit trees for your food. [30]  And I have given all the grasses and other green plants to the animals and birds for their food.” And so it was. [31]  Then God looked over all he had made, and he saw that it was excellent in every way. This all happened on the sixth day. 

Kupasan ayat-ayat tersebut pada pandangan Sesamamu...

Mari kita kupaskan maksud ayat-ayat tersebut dan apa kaitannya kepada kita sebagai Manusia yang Dia telah ciptakan.
Ayat 28 - Apabila Tuhan menciptakan manusia, Dia telah memberi mandat kepada manusia supaya beranak cucu dan menguasai segala yang telah dicuptakan Nya.
Ayat 29 - Sesudah itu Dia menyatakan kepada manusia segala tumbuhan dan buah-buahan yang menjadi makanan untuk manusia.
Ayat 30- Dan segala tumbuhan hijau itu pula Dia jadikan untuk menjadi milik semua jenis binatang dan burung. Yang mana ini akan menjadi sumber makanan selain tempat perlindungan mereka.
Ayat 31- Dan akhir sekali, setelah Tuhan selesai menciptakan bumi dan segala isinya, Dia berhenti sejenak, dan merenungkan semua ciptaan Nya, dan Dia sangat berpuas hati ke atas segala yang telah Dia cipta.

Apa yang berlaku sekarang?

Pada beberapa minggu yang lepas, Sarawak dikejutkan dengan apa yang berlaku terhadap sungai Rejang dimana sungai tersebut dipenuhi oleh lebihan potongan kayu balak yang hanyut dari ulu Baleh sehingga ke muara Sungai Rajang. Satu keadaan "jam" sungai yang panjang sejauh 60 lebih KM.
Apakah puncanya?
Dan banyak teori dan pendapat dilontarkan dan didedahkan kepada rakyat sepanjang Sungai Rejang. Tidak kurangnga yang menuduh "itu cuma bencana alam" hasil hujan yang lebat dan tanah yang runtuh menyebabkan sisa-sisa balak tersebut dihanyutkan ke sungai.
Ada juga yang berpendapat, "akibat daripada pembalakan haram" yang berleluasa di ulu Baleh, ini menyebabkan hutan di bahagian Ulu telah terdedah kepada bahaya tanah runtuh yang menyebabkan sisa-sisa kayu ini dihanyutkan ke sungai.

Tetapi, apapun puncanya, sampai ke hari ini, kebanyakan penduduk di bahagian Kapit terutamanya yang menggunkan sungai Rejang sebagai alternatif kehidupan harian mereka masih menunggu jawapan yang pasti dari mereka yang bertanggung jawab memberi keterangan kepada penduduk.

Belum pun reda "jam" sisa kayu...kesan empangan Bakun melanda...

Ya, belum pun kisah "jam" sungai Rejang, selepas proses memenuhkan empangan Bakun dimulakan, di tambah pula dengan musim kemarau yang panjang di daerah Kapit, keadaan sungai di bawah empangan Bakun mengalami paras sungai yang amat serius. Dikatakan paras sungai di bawah empangan Bakun surut sedalam 2 meter.
Adakah ini satu kebetulan kerana dalam masa empagan Bakun memulakan proses "pembanjiran"nya, kemarau yang panjnag telah melanda kawasan tadahan tersebut sehingga menyebabkan julung-julung kalinya sungai Rejang mengalami surut yang melampau.

Sudah Bakun, Empangan Baram pula???

Sepanjang minggu lepas, banyak perkara berbangkit berlaku dengan cadangan pembinaan empangan Bakun. Di pihak kerejaan, mereka cuba meyakinkan masyarakat setempat supaya menerima cadangan tersebut demi kebaikan mereka. Ini kerana, dengan bermulanya pembinaan empangan Bakun tersebut, banyak kemudahan-kemudahan insfrasturktur akan di bawa ke tempat tersebut. Seperti, kemudahan jalan raya yang "bertar" yang akan menghubungkan banyak kampung-kampung di sekitar Baram selari dengan pembinaan Empangan itu kelak. Malah wakil rakyat dari kawasan tersebut pernah menyatakan "it's a Blessing for Baram people".
Tetapi, apa yang berlaku dengan projek empangan Bakun te;ah merisaukan penduduk sekitar Baram. Mereka membantah cadangan pembinaan empagan ini di mana kalau berlaku akan menjejaskan hampir 20,000 penduduk yang mendiami di kawasan cadangan empagan tersebut yang akan ditenggelami.

Berbalik kepada "mandat" kita kepada alam sekitar...

Selain daripada kita diciptakan untuk betambah dan beranak cucu, kita dipertanggung jawabkan untuk menjaga dan memelihara segala yang diciptakan oleh Sang Pencipta itu. Tetapi apa yang kita lakukan? Kita musnahkan dan hancurkannya di dalam dan atas nama pembangunan. Jauh sekali untuk kita menjaga mahupun memelihara alam semulajadi ini.
Alam semualjadi ini memerlukan wiranya. Tetapi, seakan-akan wira yang dicari begitu sukar untuk ditemui.
Sebagai contoh, dalam hal pembuangan sampah merata-rata, buang sampah yang kecil ke dalam sungai, dalam longkang yang sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah pun sukar untuk kita lakukan. Cuba lihat persekitaran kita, alam ini seakan-akan menjerit dan memanggil "super hero"nya yang tidak kunjung tiba. Menjaga persekitaran dan alam supaya tidak dicemari dengan sampah-sarap yang kita hasilkan merupakan satu perkara yang kecil dan mudah untuk kita praktikkan tetapi sukar kita sebagai manusia yang di cipta oleh Tuhan untuk melakukannya. Kenapa?....ya kenapa o????

"Alam semulajadi perlukan wira..."

1 comment:

  1. Apabila berlaku "logjam" di sg Rajang baru-baru ni. sampai ke hari ini belum satu pun "jawapan" yang kukuh yang diberi oleh mereka yang bertanggung jawab.

    dan baru-baru ini, beberapa YB telah menawarkan khidmat mereka untuk berdoa minta pengampunan dan meredakan kemarahan tuhan-tuhan yang dipercayai "marah" atau "murka" akibat pembalakan yang berleluasa di ulu sg Baleh-Kapit sehingga menyebabkan "logjame" tersebut dan keadaan sungai yang kering itu.
    segala perbelanjaan "mungkin" juga diberi oleh pihak kerajaan untuk menjayakan upacara "miring" ini.

    persoalannya...kalau tuhan-tuhan di ulu sungai sana murka dengan apa yang berlaku kepada hutan mereka, kenapa rakyat disekitar sungai ini yang menanggung akibat? bukan salah merekakan?

    siapa pula yang beria-ria mahu buat "miring" ini?...saya harap bukan mereka yang bertanggung jawab lah o...tapi mengapa mahu libatkan orang kampung?

    bengong!!!!

    ReplyDelete