sesamamu

Monday, October 18, 2010

Renungkan lirik lagu ini..."Bagaimana dengan mereka?"

Sesamamu masih terpanggil untuk berkongsi tentang "mereka" yang hidup serba kurangan di luar sana. Mereka belum pasti adakah sesuap nasi untuk mereka pada hari ini? Apatah lagi untuk hari esok?

Mari kita sama-sama renungkan lirik lagu ini...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana dengan mereka?


Oh betapa indahnya\
hidup kita jalani
tiada waktu terlewat tanpa bahagia


Mari lihat keluar
kekadang kita lupa
kita tan sendiri
menikmati indahnya
hidup yang diberikan 
oleh sang pencipta


Bagaimana dengan mereka?
Yang menjerit kerna lapar 
dan hidup dari belas kasihan orang seperti kita
Bagaimana dengan mereka yang tak punya apa-apa?
Apa yang telah kita buat
kerna kita diciptakan
untuk berbagi hidup dengan mereka?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya? persoalannya ialah, bagaimana dengan mereka? Kalau kita fikirkan kita yang berkemampuan ini yang selalu tiadak akan puas hati dengan apa yang kita miliki, kita seakan-akan punca penyumbang kepada mereka yang serba kekurangan ini.
Sebab ada di luar sana, kanak-kanak dijalanan kota yang mencari sesuap makanan dari sisa-sisa kita. Tdiak sedarkah kita , kadang-kadang makanan yang kita tidak habiskan selepas makan itu menjadi sumbar makanan kepada "mereka" ini?

Mari kita belajar untuk hidup "sederhana" dalam segala hal.

"Bila kami melihat kamu lapar? dan memberi kamu makanana?"
"Apa yang kamu perbuat sesamamu, kamu perlakukannya kepada Aku."

2 comments:

  1. "bagaimana dgn mrka,yg mjerit krna lapar"..breakthrough fund rising msh mninggalkan kesan kpd sy..Tuhan bg sy talenta utk blakon sbg org miskin dlm satu persembahan di event tersebut..utk memegang watak yg bkn kta biasa lakukan dlm khdpn seharian kita sgt sukar..but Tuhan bg sy satu yg tdk mgkn akan kta rasa klu kta msh mjalani kehidupan mewah, "berada di tpt mrka"..kemiskinan.."sy bygkan sy seorg yg kaya dan tba2 mjadi miskin dan ketika sy kaya dahulu sy menindas yg miskin.dan kini sy sendiri yg miskin akibat pbuatan sy"..inilah motivasi yg sy gunakan dlm mbawa watak tersebut..but bagaimana pula dgn mrka yg bukan mbawa watak tersebut ttp mmg realiti khidupan mrka sebegitu..sesuap nasi saja sdh mampu mgembira mrka sdgkan kita memilih utk mkn dan kdg2 mbazir.."bagaimana dgn mereka"

    ReplyDelete
  2. still in breakthrough fun raising mood..
    setuju dengan Bert. for me, apa yang memberi kekuatan kepada saya untuk menyumbang sedikit kekuatan, masa dan rasa malu saya untuk berlakon masa itu, ialah wajah anak kecil yang menjadi background slide lagu "bagaimana dengan mereka". saya adalah sebahagian daripada gambar itu pada usia yang sama dahulu.
    syukur kepada Tuhan, kerana hidup saya diberkati sampai sekarang. malam dinner itu, saya menangis apabila melihat keadaan diri saya sendiri, dengan pakaian yang sangat kotor dan comot. sungguh berbeza dengan para tetamu yang hadir. hati saya bertanya, berapa ramai orang yang akan pedulikan manusia seperti "saya"??... sebab aktiviti malam itu adalah untuk fund raising dinner, dan yang datang pun yang prihatin dengan kemiskinan,memang patutpun mereka semua angkat kepala melihat "saya". kalau diluar sana? rasanya, jarang sangat.. tengok "saya" pun takut. geli, "saya" menjijikkan.
    by the way.. bagaimana dengan mereka, menyedarkan saya bagaimana bersyukur dengan apa yang saya miliki. meskipun tak semuanya ada, tetapi kasih Tuhan membuatkan saya penuh.. bagi kita yang merasa was-was untuk memberi kepada " mereka",kerana takut diri sendiri tak mencukupi, bersyukurlah dengan apa yang ada. jangan bazir makanan. "bagaimana dengan mereka"..

    ReplyDelete