Negara kita digemparkan dengan satu kes jenayah yang melibatkan pembunuhan kejam terhadap 2 orang kanak-kanak bersama ayah serta nenek mereka. Dan seorang lagi di dalam keadaan kritikal diterbangkan ke HUS.
Jenayah kejam ini berlaku di Sibu-Sarawak dalam minggu ini, selang beberapa hari masuk tahun baru 2012.
Kenapa harus terjadi?
Banyak spekulasi cerita di kedai kopi tentang kejadian ini. Setelah ibu tiri mangsa yang merupakan isteri kedua bagi orang kaya tokey balak ini ditahan polis untuk menolong penyiasatan. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang punca membawa kepada keempat-empat mangsa ini ditetak sebegitu rupa.
Tetapi kenapa mesti kanak-kanak menjadi korban? Bayangkan betapa sedihnya si ibu kandung kepada kanak-kanak malang ini untuk menerima apa yang berlaku kepada anaknya. Tidak dapat dibayangkan, betapa sedihnya si ibu ini.
Si pelaku jenayah ini pula sungguh tidak mempunyai perasaan "kemanusian" langsung. Adakah dengan hanya kerana kuasa WANG membuta seseorang itu BUTA akan nilai-nilai kemanusian tersebut? Ataupun, timbul rasa CEMBURU yang teramat sangat terhadap keluarga ini mendorong kepada melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini?
Tiada ruang untuk hidup rukun harmoni?
Adakah tiada ruang lagi untuk kita hidup aman damai di dalam dunia ini? Rumah yang kita anggap selamat untuk kita diami seakan-akan bukan tempat yang selamat lagi dengan keadaan persekitaran yang ada disekliling kita sekarang. Bukan sahaja rumah kita dipaggari dengan pagar ruma yang tinggi serta kunci yang tertutup rapat menjamin keselamatan isi rumah kita, malah CCTV juga tidak menjamin akan perlindungan seisi rumah kita.
Bak kata lagu "Black eye pea - Where's the Love?"
No comments:
Post a Comment