sesamamu

Tuesday, January 31, 2012

Hospital : Si Ibu sesak nafas...tapi disuruh balik!!!

21 Januari, jam 4 pagi, si ibu di hantar ke Hospital Limbang setelah mengalami kesukaran bernafas. Semasa berjumpa pegawai yang bertugas di bahagian kecemasan, si ibu disuruh balik sahaja. Malah Pegawai perubatan yang bertugas ketika itu  mempersoalkan kehadiran si ibu ke Hospital tersebut, dan menyuruh balik ke hospital Lawas!

22 Januari, 5pm, si ibu yang masih lagi mengalami masalah pernafasan, sekali lagi bertandang ke Hospital Limbang, dan atas bantuan beberapa jururawat yang secara kebetulannya adalah saudara terdekat si ibu, maka si ibu dimasukkan ke Hospital dan di tahan untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Dan di tahan!

Selama 4 hari dengan bantuan mesin pernafasan...

Setelah di bawa masuk ke Hospital, si ibu terus diberikan bantuan pernafasan dari hari pertama di tahan sehinggalah 4 hari selepas itu. Selama berada disanalah, para pegawai perubatan yang bertugas mengawasi perkembangan si ibu ini, sehingga lah si ibu keluar dan pulih semula pada hari yang ke - 5. Terima kasih banyak bagi semua yang perihatin terhadap setiap pesakit yang memerlukan seperti si ibu ini.

Kenapa mesti suruh balik Lawas???

Yang menjadi persoalan bagi si ibu dan keluarga yang terdekat di sana ialah,  Adakah si Pegawai Perubatan yang bertugas ini "bergurau" di kala orang betul-betul bertarung nyawa ketika itu, ataupun didorong oleh keadaan kerja yang "stress" sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal!

Syukur, ketika itu si ibu masih boleh bertahan sehingga keesokan harinya sebelum datang kembali ke Hospital untuk "cuba nasib" kalau-kalau sakitnya di beri perhatian. Kalau sebalinya yang berlaku? Apa mau cerita?

Hak untuk setiap orang...

Sesamamu percaya dan sedia maklum betapa sibuknya dan stressnya kerja mana-mana pegawai perubatan. Kerana mereka pertarungkan kareer mereka demi nyawa seseorang manusia itu. Mereka tidak mengenal penat lelah malah kehidupan sosial mereka kadang-kala langsung tidak ada kerana betapa mereka perihatin kepada setiap pesakit yang memerlukan mereka.

Tetapi, mungkin harus diingatkan lagi kepada mereka bahawa setiap manusia ada haknya dan hak untuk mendapatkan perubatan yang sewajarnay adalah sesuatu yang perlu diingatkan selalu. Jangan oleh kerana kesibukan dan tekanan kerja yang membebankan ini membuat mereka lupa dan lalai akan tanggung jawab tersebut.

Jadi, untuk pegawai yang berkenaan, sesamamu doakan ada ketenangan di dalam menjalani tugas-tugas harian anda. Supaya semua yang anda lakukan diberkati adanya.

No comments:

Post a Comment