sesamamu

Tuesday, August 14, 2012

Cukup sudah dengan mentera "Pembangunan" demi bumi ku ini...

Cukup sudah dengan mentera "pembangunan" itu wahai manusai yang rakus serta tamak ini. Kenapa demi sebuah pembangunan, kita sanggup menggadaikan tanah kazanah tertua bumi ini, yang diamanahkan kepada kita yang bernama manusia.

Di sana sini kita dengar masalah kes-kes tanah adat yang tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berakhir, malah ia semakin menjadi-jadi. Malah ada mentera "pembangunan" ini seakan-akan sudah menguasai fikiran sehingga manusia yang terkena akan mentera ini kabur matanya, sehingga melihat betapa pentingnya pembangunan itu kepada mereka.

Tanah adat yang dimiliki selama ini seakan-akan tiada nilainya sehingga cadangan untuk membina empangan mega di Sarawak dipersetujui demi sebuah pembangunan. Malah mereka yang terlibat dengan mentera "pembangunan" ini sanggup menggunakan isu pembangunan sebagai kosa kata yang digunakan untuk "menakutkan" mereka yang termakan mentera ini.

Cukup-cukup sudah...

Cukuplah dengan mentera "pembangunan" itu jika ia hanya bertujuan untuk menyenangkan satu-satu pihak. Sesamamu tidak mahu bersekongkol dengan sifat manusia yang tamak ini sehingga mengorbankan bumi yang semakin hancur ini.
Kalau tidak sekarang, bila lagi kita mahu bertindak untuk menghentikan segala kemusnahan ini demi mengejar pembangunan yang dibanggakan oleh kebanyakan mereka yang pada dasarnya, "Pentingkan diri sendiri".!

Cukuplah sudah bumi ku ini hilang hijaunya untuk memberi laluan kepada pembangunan yang memusnahkan. Cukuplah...dengan penyalah gunaan mentera "pembangunan" ini.

No comments:

Post a Comment