sesamamu

Tuesday, August 28, 2012

JAUH perjalanan KEMERDEKAAN ini...

Sempena menyambut kemerdekaan negara kita - Malaysia yang ke 55 tahun, sesamamu ingin berkongsi pendapat tentang erti Kemerdekaan ini, baik kepada generasi selepas merdeka dan generasi yang akan mendatang.

Tahun ini genap negara Malaysia meraikan kemerdekaan yang 55 dan tidak keterlaluan sesamamu ingin katakan, 6 tahun selepas Tanah Melayu diwartakan sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1957 dan pada tahun 1963 menjadi satu sejarah apabila Sarawak dan Sabah serta Singapura(Keluar selepas itu) bersama membentuk gagasan Malaysia. Ini bererti, tahun ini adalah tahun yang amat bermakna kepada pembentukan Malaysia menuju kepada tahun Jubilee penubuhan nya.

JAUH perjalanan KEMERDEKAAN ini...

Ya, Sesamamu perhatikan begitu jauh perjalanan KEMERDEKAAN ini. Tidak dinafikan bahawa negara kita melalui pejung-pejuang kemerdekaan yang terdahulu telah menggadaikan nyawa mereka demi sebuah negara yang merdeka. Pejuangan mereka menentang penjajah serta musuh negara pada ketika itu amat kita hargai. Dan seharusnya generasi masa sekarang ini mensyukuri apa pejuang yang terdahulu telah lakukan.

Tetapi, zaman penentangan sehinggakan mengorbankan nyawa mereka itu telah berakhir. Sekarang generasi penerus Merdeka ini harus memanfaatkan kemerdekaan ini sebagai satu perjuangan yang berterusan dan tulen. Walaupun tidak setanding dengan perjuangan wira kemerdekaan kita yang terdahulu, tetapi sekurang-kurangnya dapat memperjuangkan hak kerakyatan yang saksama...

Sebagai contoh, hak untuk menikmati kemakmuran serta kekayaan negara dengan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang ideologi politik.
Perkongsian hak kekayaan yang saksama serta agihan yang lebih adil ini menjadi satu tembok penghalang erti KEMERDEKAAN  kepada kebanyakan rakyat di Malaysia.
Kadang-kala, perbezaan kaum - agama serta ideologi politik ini telah menjadikan hanya sesetengah pihak sahaja yang dapat menikmati pengagihan pendapatan negara, dan kebanyakannya menjadi mangsa kerakusan segelintir pemimpin yang beria-ria memberi tahu kita"kibarkan jalur gemilang", sedangkan mereka senang lenang melapah kekayaan hasil kemerdekaan ini.  Malah, demi sebuah pembangunan, sumber alam kita juga dimusnahkan begitru rakus tetapi hanya segelintir pihak merasakan hasil sumber kekayaan negara ini.

Oleh itu...JAUH perjalanan KEMERDEKAAN  ini...

Korupsi wang...Kekuasaan...Pangkat ... telah mengaburi mata mereka yang mengambil kesempatan terhadap kemerdekaan negara kita.
Cuba kita lihat pola politik negara kita, kebanyakan parti politik Kerajaan lebih kepada parti Politik yang berbentuk PERKAUMAN.  Oleh kerana Parti Politik menurut kaum ini sebenarnya melahirkan rakyat Malaysia yang masih bersifat perkauman...apabila kita katakan BANGSA ANAK MALAYSIA...mereka mula melatah! tidak setuju! Jauh lagi nikmat KEMERDEKAAN ini kawan!

Jadi...pada pendapat Sesamamu, dizaman serba maju dan moden ini, JAUH perjalanan KEMERDEKAAN  ini untuk kita kecapi...masih jauh lagi...erti merdeka 50 tahun yang lalu telah hilang SERInya setelah mereka yang mempromosikan perjuangan mereka kepada rakyat sekarang ini lebih kepada "lakunan politik" semata-mata demi menjaga periuk nasi mereka.   Jauh....perjalanan Kemerdekaan ini...Jauh!


No comments:

Post a Comment