sesamamu

Tuesday, August 21, 2012

"Orang luar jangan sibuk pasal Dam Baram".

Itu dia cakap hari ini dalam satu akhbar tempatan Sarawak. Satu amaran juga untuk sesiapa sahaja orang yang luar Baram yang cuba untuk masuk campur, terutama menghalang pembinaan empangan Baram.

Jadi, sesiapa sahaja yang dari luar Baram, tidak dibenrakan mencampuri urusan memajukan dan dalam masa yang sama akan menaikkan taraf hidup penduduk Baram. Dalam erti kata lain, rancangan untuk meneruskan pembinaan empangan Baram ini akan diteruskan di atas dan dalam nama Pembangunan yang mana menurut pandangan "beliau" ini akan memberi manfaat yang berlimpah kepada penduduk Baram.

Sesamamu orang luar Baram...tapi...

Ya, sesamamu mengakui bahwa dia adalah orang luar Baram. Dan tidak layak untuk bersuara menentang kerasa pembinaan empangan Baram ini sebenarnya. Hanya orang Baram sahaja yang layak bersuara dan seakan-akan mereka "setuju" dengan cadangan pembinaan empangan Baram ini.

Tetapi! Walaupun Sesamamu orang luar Baram, Sesamamu ada hak untuk bersuara sebagai seorang PENGHUNI BUMI ini. Ini hak Sesamamu sebagai manusia yang tinggal di bumi ini, yang mahukan Bumi ini tidak terus diancam lagi dengan rencana untuk memusnahkannya dan memberi laluan kepada "PEMBANGUNAN" yang akhirnya mengorbankan kazanah alam yang begitu berharga ini.

Sesamamu bersuara mewakili juga hutan pokok yang menghijau itu, mewakili juga suara si burung di udara, mewakili juga suara si orang utan dan mewakili juga segala hidupan air yang ada. Jadi, sebagai manusia yang diamanahkan oleh Tuhan untuk memelihara alam semulajadi serta isinya ini, dan sebagai manusia yang menghuni bumi ini walaupun bukan dari Baram, TOLONG hentikan pembinaan empangan Baram ini. Cukup sudah dengan Empangan Batang Ai- Bakun-Murum...cukup sudah dengan emapangan besar ini!

Menjadi suara sebagai penghuni Bumi walaupun bukan dari Baram! HENTIKAN PEMBINAAN EMPANGAN BARAM!

No comments:

Post a Comment