sesamamu

Tuesday, August 14, 2012

Selamat hari Orang asal sedunia! Tapi...

9 Ogos yang lepas, adalah sambutan perayaan Orang Asal sedunia. Satu pengikhtirafan yang tertinggi yang diberikan oleh PBB. Ini bertepatan dengan Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) yang diterima oleh badan dunia itu pada 13 September 2007 dan disokong oleh hampir semua negara termasuk Malaysia.

Tetapi identiti Orang Asal di Sarawak ini dan negara kita amnya mungkin akan tinggal kenangan apabila hak Orang Asal ini telah hilang. Sebagai contoh, hak untuk memiliki tanah adat yang semakin menjadi rebutan diantara PEMBANGUNAN yang dijanjikan oleh kerajaan yang memerintah dengan HAK MEMILIKI tanah adat ini. Orang Asal di Sarawak terpaksa memperjuangkan hak mereka ini, dan kebanyakan nya terpaksa menggadaikan hak mereka begitu sahaja demi memberi jalan kepada "PEMBANGUNAN" yang dikatakan sebagai keperluan untuk masa depan yang baik. Tetapi kebenarannya, Orang Asal telah hilang harta pusaka yang menjadikan identiti mereka begitu istimewa tergadai begitu sahaja.

Tapi...Identiti Orang Asal hilang ...

Identiti Orang Asal itu akan hilang apabila tanah adat nenek moyang pusaka turun temurun ini menjadi hak milik "pembangunan". Kita sudah belajar dengan apa yang berlaku dengan Orang Asal yang memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun itu. Minta maaf sesamamu katakan, sebenarnya Identiti Orang Asal mereka di Bakun ini sudah hilang sebenarnya setalah semua apa yang mereka miliki tenggelam bersama-sama tanah adat yang menjadikan mereka Orang Asal di kawasan tersebut. Minta maaf sekali lagi, Tanah adat, peninggalan harta pusaka nenek moyang Orang Asal di Bakun sudah dan tidak akan dapat digantikan walaupun sejauh mana pembangunan yang mereka miliki sekarang. Tiada lagi pusaka nenek moyang peninggalan mereka yang terdahulu yang menjadikan mereka "Orang Asal".

Pertahankan identiti itu...

Identiti Orang Asal ini hanya akan dapat dipertahankan jika Orang Asal dapat terus mempertahankan Tanah Pusaka Nenek moyang mereka. Kenapa perlu Empangan yang besar sedangkan kita boleh membina mini hidro bagi setiap kampung dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan keindahan serta kehijauan bumi Tanah Pusaka Orang Asal Sarawak!!!

No comments:

Post a Comment