sesamamu

Wednesday, November 7, 2012

Alam semulajadi Sarawak di tahun 2030...

Bagaimanakah keadaan alam sekitar Sarawak pada tahun 2030 nanti?

Sesamamu ingin kongsikan sedikit imaginasi sesamamu tentang apa yang akan berlaku kepada alam semulajadi Sarawak di tahun 2030 nanti. Imainasi ini hasil daripada pemerhatian sesamamu terhadap apa yang berlaku di Sarawak kebelakangan ini yang terus dengan agenda pembangunannya. (Bukan sesamamu menentang pembangunan tetapi perihatin terhadap agenda pembangunan yang rakus di bumi Sarawak ini).

Kebelakangan ini, kita banyak mendengar(Kalau perihatin, ada dengar lah) bagaimana penduduk asal Sarawak membuat halangan untuk tanah mereka terus diceroboh untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan. Untuk pengetahuan, Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina 12 empangan di Sarawak. Dalam ertikata lain, pembinaan empangan ini adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan Sarawak yang menuju kepada sebuah negeri perindustrian.

Tetapi, tahukah kamu, pada tahun 2030, keadaan alam semulajadi di Sarawak akan berubah sepenuhnya.

Suatu hari di tahun 2030...

Tiada lagi pokok-pokok hutan yang terbentang luas yang ada hanya pokok-pokok komersial kelapa sawit. Sarawak tidak akan lagi berbangga dengan lagi dengan jenama HUTAN HUJAN TROPIKA  tetapai telah di ganti dengan HUTAN KELAPA SAWIT KEMERSIAL. Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh generasi pada masa tersebut kerana semuanya telah bertukar kepada Hutan Komersial.

Pada ketika itu juga kita temui tompok-tompok KOLAM BESAR di merata-rata bumi Sarawak. Dan ini sebenarnya telah menjejaskan eko sistem flora dan fauna.

Pada tahun itu juga, Orang Utan hanya boleh ditemui di dalam bentuk maya...Google! dan kamu akan temui mereka dalam alam maya bukan lagi daam alam semulajadi yang sebenar.

Mahukah kamu ini menjadi realiti???

Satu soalan yang harus kita jawab pada hari ini demi kesinambungan alam semujadi kepada generasi yang seterusnya. Kita mempunyai tanggung jawab tersendiri yang telah diamanahkan. Hanya ...tinggal kita untuk berdiri dan bersuara demi alam semulajadi bumi Sarawak kelak...

KEEP GREEN!

No comments:

Post a Comment