sesamamu

Friday, November 23, 2012

Sikap PERKAUMAN ada dalam "DNA" kita?

Deoxyribonucleic acid (DNA) atau pun "benda" yang membantu pembentukan genetik serta fungsi semua kehidupan.
Benarkah sikap perkauman ataupun "racist" itu sudah ada dalam DNA kita dan kita miliki sejak generasi ke generasi lagi? Ataupun ia dibentuk sejak kita dilahirkan lagi dengan apa yang kita dengar dari orang tua mahupun masyarakat sekitar kita tentang cerita-cerita yang berbaur perkauman serta gaya kita yang menyatakan rupa bentuk mahupun latar belakang seseorang yang dari kaum itu? Ini bermakna, kalau sudah di dalam DNA, amat sukar ataupun langsung tidak ada peluang untuk kita "buang" dari sikap kita?

Ataupun, penyataan diatas jauh sangat menyimpang? Sikap perkauman tiada kaitan dengan DNA?

Cerita perkauman di sana sini...

Lebih-lebih lagi di dalam arena liga Bolasepak antarabangsa. yang melibatkan orang kulit hitam. John Terry digantung permainan selama 4 minggu dan Luis Suarez digantung selama 8 minggu, akibat perbuatan dan bahasa yang berbaur perkauman. 
Malah di dalam arena bolasepak antarabangsa ini juga kita lihat objek seperti buah pisang dan gaya monyet dilakukan oleh sesetangah penyokong. Ini terbukti, biar pun dunia sudah maju dan moden, sikap mahupun perbuatan yang berbaur perkauman ini semakin menjadi-jadi. Bukankah ini sudah ada di dalam DNA seseorang itu? Dan sudah pasti sukar untuk dibuangkan?

Kisah Benar...

Pengalaman peribadi Sesamamu sendiri, banyak kali sudah berlaku dan Sesamamu telah membuat satu pemerhatian serta kajian sendiri setiap kali melalui kawalan keselamatan di lapangan terbang antarabangsa. Apabila  melalui kawalan keselamatan di lapanganagan terbang antarabangsa tersebut, Sesamamu akan ditahan dan diarah untuk ketepi untuk pemeriksaan keselamatan.(Kawalan keselamatan sebelum masuk pintu pelepasan) Dan perkara ini hanya berlaku apabila pegawai keselamatan yang bertugas ketika itu kulitnya berwarna "putih-kuning". Setiap kali melalui pegawai keselamatan yang berwarna "Putih-kuning", sudah pasti Sesamamu akan ditahan dan diperiksa. Dan, orang lain yang sama lorong dengan Sesamamu tetapi "sama warna" dengan pegawai keselamatan ini tidak akan di tahan. Walaupun bag mereka berkali-kali ganda dengan Sesamamu. Ini sering berlaku dan akhirnya setiap kali melalui mana-mana pegawai keselamatan, Sesamamu tanpa diarah akan terus ke tepi dan terus meng"scan" kan bag. :)
 Dan ada satu ketika itu, Sesamamu langsung berjalan ke kawasan mesin "Scan" sebelum diarah, tetapi ada suatu ketika itu dan buat pertama kalinya, Pegawai keselamatn itu memanggil saya dan kata kan "Tidak perlu". Nak tahu kenapa? Sebab pegawai tu pun "colour" macam saya dan bukan "putih-kuning"!

Juga pengalaman Sesamamu di sebuah Bank tempatan baru-baru ini, apabila Sesamamu masuk dan berdiri dihapadan sebuah mesin No. giliran untuk membaca setiap arahan dan memerhatikan butang mana yang harus di tekan dan tetiba seorang "putih-kuning" masuk berdiri dibelakang Sesasamu dan dia langsung disapa oleh seorang pegawai Bank dan bercakap dalam bahasa "mereka" dan melayan dia dengan baik. Melihat akan "drama" perkauman tersebut, Sesamamu terus teringat akan satu penyataan orang "putih-kuning" ini selalu cakap dan perolokkan kepada Sesamamu waktu ketika dahulu - "lak kia"- . Walaupun Sesamamu tidak tahu maksudnya, tetapi setiap kali "mereka" ini sebut perkataan ini, mereka akan ketawa terbahak-bahak sampai mahu pecah perut sambil memandang Sesasamu. Dari pengalaman itu lah, Sesamamu buat "selamba" dengan hati yang berat menyatakan "Sikap perkauman ini sudah ada dalam DNA kita la..."

Jadi DNA?

D - Darah; yang mengalir dalam diri seseorang itu, telah tercemar dengan cerita-penyataa-gaya ataupun dalam erti kata lain, SIKAP PERKAUMAN.

N -Nasi; Nasi melambangkan makanan rugi kita dan kebanyakan manusia didunia, jadi apa yang kita makan selama ini sduah sebati dengan hidup kita dan itu telah sedikit sebanyak mempengaruhi pembentukan sikap kita terhadap orang lain, yang berbeza makanannya dengan kita sehingga sikap perkauman ini wujud dalam diri kita. Emmm...

A - Ajaran; Ajaran ini kita boleh ambil dalam cara pendidikan formal mahupun tidak formal. Dan selalunya, kedua-dua pendidikan ini akan mempengaruhi kita dari awal lagi. Malah setiap ajaran yang kita dengar dari kecil baik formal mahupun formal besar pengaruhnya kepada pembentukan sikap kita.Apatah lagi bercakap tentang ajaran agama!

Itu lah DNA dalm kita bagi pendapat Sesamamu...

No comments:

Post a Comment