Sudah masuk hari yang ke-9 MH370 hilang dengan penuh misteri. Setakat ini, kita sudah mendengar pelbagai pandangan, teori, fakta dan tidak kurangnya spekulasi dalam pelbagai bentuk fomula. Tetapi malangnya, semuanya itu tidak menemukan dimana sebanarnya MH370 pada ketika ini.
Media antarabangsa telah dengan jayanya membawa tentang kehilangan ini keseluruh pelusuk dunia. Dunia memerhati dan menanti. Tidak kurangnya sama-sama berdoa dengan rakyat malaysia yang dari pada awal lagi telah disatukan dalam pelbagai latar belakang kepercayaan #Berdoa untuk MH370. Pope Francis sendiri semalam menyeru penganutnya untuk berdoa tentang kehilangan pesawat ini serta keluarga mangsa tragedi misteri ini.
Malaysia dicemuh?
Balik kepada negara kita Malaysia, dan pihak yang berkuasa yang bertanggung jawab untuk mencari dan menyelamat kehilangan MH370 ini, mereka ataupun negara kita Malaysia tidak putus-putus dikutuk dan persoalkan bagaimana aktiviti menyelamat dilaskukan.
Ya, semua sedia maklum, sebarang informasi tentang kehilangan MH370 ini adalah sangat-sangat dinantikan oleh semua pihak terutama sekali keluarga yang terlibat. Bak kata pujangga, "Penantian satu penyiksaan". Apatah lagi, informasi yang ditunggu ada berkaitan dengan nyawa seseroang yang disayangi. Tidak dapat dibayangkan bagaimana peritnya rasa dihati setiap hari menanti-nanti khabar dari orang yang tersayang.
Pihak berkuasa negara Malaysia yang terlibat didalam pencarian MH370 ini bertungkus lumus cuba mencari seberapa banyak data untuk sekurang-kurangnya mengetahui tanda-tanda arah tuju pesawat ini dan berkongsikan maklumat tersebut kepada keluarga yang terlibat serta media. Tetapi, segala usaha mereka seakan-akan LEWAT, TIDAK MASUK AKAL dan KURANG EFEKTIF bagi pihak-pihak yang tertentu!
Malah media-medai antarabangsa melaporkan betapa negatifnya usaha pencarian oleh pihak Negara kita Malaysia! Mereka dengan senang mnuding jari kepada ketidak keberkesanan negara kita menangani krisi ini.
Malu?
Tidak kurangnya banyak komen di media sosial, rakyat Malaysia sendiri mengutuk usaha pencarian ini. Malah ahli-ahli politik yang berhaluan kiri juga mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang memerintah sekarang sangat lembab dalam usaha pencarian ini. Malah media-medai antarabangsa mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia sendiri memberi komen yang negatif akan usaga pencarian ini!
Tidak cukup dengan kutukan dari negara luar dan media antarabangsa, kita rakyat Malaysia juga seakan-akan menyokong apa yang dikatakan oleh orang luar kepada negara kita. Malah kita malu! Malu dengan Malaysi, tanah air, tumpahnya darah ku!
Sepatutnya kita mempertahankan apa pun kekurangan yang ada dengan memberi sokongan kepada kumpulan yang mencari dengan bertungkus lumus ini. Beri mereka ruang untuk melakukan tugas mereka dan jangan paksa mereka untuk mendedahkan semua informasi yang mungkin pada suatu hari akan mengancam keselamatan negara kita!
Cukup sudah dengan memberi tekanan dan komen yang negatif akan usaha rakyat Malaysia sendiri yang mencari pesawat malang ini.
Dibelakang...
Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu dan mendokong pasukan penyelamat kita dalam mencari pesawat ini. Kesatuan kita dalam menepis segala temohan dan kritikan amat diperlulakan pada masa ini. Doa kepada yang esa pasti mengatasi kebijaksanaan manusia dan kecanggihan teknologi dunia ini. Satu hari, dengan bersandar dan berdiri teguh dibelakang panji kebanggaan- Negaraku, kita akan diperi petunjuk daripada yang esa melalui pasukan pencari dan penyelamat kita.
#Doa Untuk MH370
No comments:
Post a Comment