sesamamu

Sunday, March 31, 2013

Teka-teki Parlimen bubar...

Dari tahun lepas sudah bermulanya teka-teki ini. Sudah banyak tarikh diramalkan bila parlimen Malaysia akan dibubarkan dan memberi peluang kepada Pilihan Raya Umum ke-13 atau PRU13 berlangsung.
Tetapi, sehingga sekarang, teka-teki ini semakin menjadi TEKA-TEKI yang seakan-akan tiada penghujungnya, walaupun sudah banyak tarikh diberikan untuk PM akan membubarkan Parlimen. Pada dasarnya, Parlimen Malaysia akan dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013, iaitu genap 5 tahun kerajaan pemerintah yang sedia ada memerintah Malaysia dalam satu penggal ini.

Tsunami berulang lagi?

2008 yang sudah, corak keputusan PRU12 dianggap sebagai Tsunami politik bagi negara Malaysia. Kerajaan yang memerintah hanya memiliki majoriti yang sangat tipis. Kalau tidak kerana Sarawak dan Sabah yang dianggap sebagai "Fixed deopisit" kepada kerajaan memerintah ketika itu.

Persoalannya sekarang, adakah PRU13 kali ini akan menghadapi satu Tsunami yang lebih besar lagi ataupun, ia hanya satu mimpi disiang hari bagi pihak Pembangkang?

Jom turun undi!

Apa pun bakal keputusan PRU13 kelak, sebenarnya, semuanya ada ditangan kita, rakyat Malaysia di mana sahaja kita berada. Undi kita menjadi penentu kepada masa depan negara kita. Walaupun kita semakin bosan dengan teka-teki PM Najim kita tentang pembubaran Parlimen, jangan biarkan ini menjadai penghalang kepada kita untuk turun mengundi!

Biar, teka-teki ini menjadi pendorong kepada kita untuk memberitahu kepada PMNajib bahawa, bukan dia yang BOSS tetapi kita sebagai rakyat. Beri satu mesej yang jelas kepada semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang di luar sana, kita rakyta biasa ini adalah "BOSS" dan yang menentukan masa depan negara ini. Mereka hanya "YB" bukan Yang Berhormat, tetapi "Yang Bekerja". "Yang Bekerja" Untuk rakyat!

Jadi, Sesamamu menjemput kita semua, terutama anak-anak muda Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi untuk JOM Undi!. Tolak sebarang anasir yang cuba meluluhkan semangat kita untuk turun mengundi! Kalau bukan kita, siapa lagi yang menentutkan kelangsungan bangsa Malaysia ini.

Pilihan di tangan kita...

Kita mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi "Khalifah" kepada kepentingan negara kita. Kita sudah melihat disekitar saya, dan kita sudah dengar apa yang kedua belah pihak, baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang telah buktikan. Pilih lah "mereka" yang benar-benar telus, jujur dan bukan "PENIPU" bangsa Malaysia ini.

JOM undi!, pilihan ada ditangan anda!

Sunday, March 24, 2013

"Earth Hour" - Bumiku seumpama HAMBA...

Sempena menyambut "earth Hour" tahun ini dan merupakan sambutan "earth hour" yang ke-7 setelah dimulakan di Sedney, Australia pada tahun 2007 yang lepas hasil usaha WWF untuk meningkatkan kesedaran betapa kita masyarakat bumi harus menyumbang kepada kehijauan dunia ini setelah sekian lama kita mengalami masalah pemanasan global dan bumi yang kian pudar kehijauannya.

Dan, 23 tahun yang lepas, Sesamamu telah mendengar keluhan dan panggilan untuk menjaga kehijauan bumi ini melalui lagu HIJAU- Zainal Abidin. Salah satu petikan liriknya yang berkata, "Bumi ku yang kian pudar, seumpama hamba..."

Hamba zaman moden...

Sedar kah kita, selama ini kita telah menjadikan bumi kita ini seakan-akan hamba kepada kita. Terutama kebanyakan negara di dunia ini yang berlumba-lumba mengejar kemajuan yang akhirnya segala apa yang dimiliki bumi ini kian hilang! Tanpa henti kita mengerahkan bumi ini bekerja keras dengan mengaut apa yang ada padanya!

Sebenarnya tindakan kita yang terlalu meminta dan memeras hasil bumi ini menjadikan bumi ini sebagai hamba zaman moden ini. Malah kita tidak pernah pun memberi ruang kepada bumi ini untuk rehat, ia diperas malah dikerah untuk bekerja lebih keras kepada kita demi memastikan kelangsungan hidup manusia yang tiada hentinya ingin memiliki segala yang bumi miliki.

Tiada kesederhanaan...

Demi sebuah hidup yang sempurna dan kelangsungan hidup yang "mewah", kita sanggup membiarkan bumi ini terus diperas hasilnya. Hidup bumi kita seakan-akan hamba yang terpaksa hidup menurut perintah tuannya yang "tiada kesederhanaan" dalam kehidupannya. Apa yang menjadi agenda utama kita ialah terus mengarahkan bumi ini bekerja lebih keras dan "merogol" segala yang ada pada bumi ini!

Hanya 60 minit...

"Earth hour", hanya menuntut kita melepaskan bumi ini selama 60 minit untuk ia merasakan kebebasan tersebut. Sesamamu teringat bagaimana orang kulit hitam yang merasakan kebebasan sebagai hamba sewaktu Presiden Abraham Lincoln menghapuskan perhambaan. Bayangkan bagaimana satu pengalaman kebebasan dirasakan oleh mereka?

Ataupun, kalau kita yang telah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, bayangkan "kemerdekaan" yang kita rasakan setelah melalui ujian akhir yang di mana telah menuntut sepenuh perhatian dan tenaga kita untuk menghadapi ujian tersebut?

Begitulah rasanya bumi ini sewaktu kita mengambil keputusan bergelap selama 60 minit! Kita memerdekakan nya biar seketika tetapi sangat bermakna erti kebebasan dari perhambaan walau hanya 60 minit!

Jika bumi ini bisa berbicara, mungkinkah ia akan berkata, " Terima kasih kerana membenarkan aku merasakan erti kebebasan itu walau seketika cuma."

Mengekalkan KEHIJAUAN adalah satu cara hidup yang sederhana dan memberi ruang kepada bumi merasakn erti satu KEBEBASAN dari perhambaan.

Tuesday, March 12, 2013

Pencerobohan Lahad Datu- Perwira negara di kenang


Sudah hampir 2 minggu kita disajikan dengan cerita terkini yang berlaku Di utara Sabah. Kita juga dikejutkan dengan pemergian 8 orang wira negara yang mempertahankan kedaulatan negara ketika berlakunya insiden tembak menembak antara Pasukan keselamatan kita dan penceroboh.

Rebahnya perwira kita di medan peperangan ini telah menjadi satu titik tolak rakyat negara Malaysia bersatu untuk menentang habis - habisan penceroboh yang masuk ke dalam negara kita dan membuat kacau!

Bersatu tanda Patriotik

Kejadian pencerobohan ini telah menjadikan rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya memelihara keamanan dan keharmonian yang kita kecapi sekarang ini. Kita berdiri bersatu hati untuk mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta ini. Tidak mengira latar belakang mahupun fahaman politik yang berbeza, semua lapisan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini bersama-sama perwira Negara yang berbakti di utara Sabah, Malaysia ini.

Ini terbukti dengan setiap lapisan masyarakat tidak mengira fahaman agama telah datang satu hati memanjatkan doa demi keselamatan perwira- perwira negara di barisan hadapan kita.

Tidak kurangnya juga, pada Jumaat dan Sabtu yang lepas, FAM telah menggalakkan sebelum bermulanya setiap perlawanan liga perdana mahupun liga super Malaysia, masa senyap 1 minit digalakkan dilakukan untuk memperingati perwira- perwira negara yang terkorban dan yang sedang di barisan  hadapan benteng negara kita. Satu pandangan yang amat menarik di stadium seluruh Negara bergandingan tangan sebagai simbol mempertahankan kedaulatan negara ini.

Ini melambangkan semangat Patriotik kalangan rakyat Malaysia yang cintakan Tanah Tumpah Nya Darah ku ini

Ambil kesempatan dalam kesesakan.

Sesamamu sangat tidak puas hati dengan respon sesetengah pihak yang ingin mempolitikkan isu ini dengan mengatakan apa yang berlaku ini adalah "sandiwara pihak parti politik di pihak lawan". Sungguh tidak berperikemanusian langsung!
Adakah perwira yang tertewas di medan perang itu satu sendiwara? Tahukah dia ni ada orang hilang suami, anak mahupun ayah tersayang?  beliau ini seakan - akan tiada modal politik lagi untuk menghentam pihak lawan dia. Ini satu contoh ahli politik yang menggali lubang nya sendiri dan terjun serta kubur sendiri! Setakat ini sudah 230 ataupun lebih laporan Polis telah dibuat terhadap beliau.

Buat keluarga yang hilang orang tersayang...

Sesamamu dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga Perwira negara yang tumbang dibarisan hadapan Negara kita. Kami tahu betapa pilunya hati setelah ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi di mana hakikatnya kita masih memerlukan mereka bersama kita sehingga akhir hayat.

Apakan daya, Tuhan lebih menyayangi mereka. Kami berdoa, biar Tuhan sendiri yang akan menggantikan Duka ini dengan Sukacita dan penuh bangga kerana perwira-perwira ini berada di sisi dia selamanya.
Kuatkan lah semangat mu wahai serikandi negara, pemergian perwira ini akan kita kenang selama-lamanya sebagai PERWIRA NEGARA YANG BERDAULAT INI.

AKAN SESAMAMU KENANG PENGORBABAN MU MEMPERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI SELAMANYA...

Wednesday, February 20, 2013

Politik Malaysia- Kebudak-budakan...semua mahu jadi calon dan lobi kawasan...

Apakah sebenarnya agenda sebenar semua ahli politik di Malaysia? Tidak kira baik dipihak BN mahupun PR. Masing-masing mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Menjelang PRU13 ini, kita akan dapat melihat dan mendengar janji-janji pembangunan akan ditaburkan. Semua akan memperagakan kelebihan mahupun kekuatan mereka sewaktu berkempen nanti.

Dengan megahnya akan berkat, "aku lebih layak menjadi wakil kamu!". (Ini suara hati mereka) tetapi di luar, wah! manis semanis madu!

Gila Kuasakah?

Parti ini kata calon mereka yang lebih layak, dan di satu kem lagi mengatakan calon mereka lagi layak dan di satu pihak lagi mengatakan, Parti merekalah yang selayaknya bertanding di kawasan tersebut.

Ini adalah diantara perebutan yang menyebabkan perbalahan dan keretakan hubungan antara komponen-komponen parti, baik di pihak BN mahupun PR.

Sebagai contoh, Krisis kerusi di JOHOR antara DAP dan PKR. Krisis calon di PKR BARAM, Krisis parti dan calon di Mas Gading-Sarawak, Krisis parti antara DAP dan PKR di Bau.
Tidak kurangnya, Krisis Calon di Hulu Rejang dan Mas Gading dalam Parti Komponen BN. Krisis hubungan komponen Parti BN dengan Parti "Kawan Pehin" SWP dan banyak lagi...

Jadi, di atas adalah segelintir ataupun secupak krisis yang berlaku antara Parti-parti yang mahu bertanding di PRU13 kelak! Bukankah ini semua agenda GILAKAN KUASA?. Betulkan? ada istilah lain bagi contoh-contoh yang disebut di atas? Hanya yang Sesamamu tahu ialah "GILA KUASA!"

Amaran dari rakyat biasa...

Sebagai rakyat biasa Malaysia yang inginkan keharmonian di dalam mengejar kemajuan dan pembangunan yang seimbang negara kita Malaysia, jika perkara berebut menjadi calon- berebut menjadi parti yang berhak di satu-satu kawasan Parlimen semakin menjadi-jadi, tidak kira BN mahupun PR, ini akan menyebabkan rakyat TIDAK BERMINAT  untuk membuang undi mereka kelak!

Rakyat tidak berminat dengan sikap "GILA KUASA "  dan calon yang sedemiakn rupa. Kurangnya minat akan menyebabkan rakyat tidak akan turun mengundi.

Jadi, dengarlah wahai bakal-bakal wakil rakyat dan parti yang ingin meneruskan pemerintahan mereka (BN) dan bagi yang ingin menawan Putera Jaya (PR), cukup lah dengan sikap kurang matang dalam Politik ni dan sikap GILA KUASA ni. Rakyat bijak dan dapat menilai sekarang...

3 hari PM di Sarawak...20-21-22 Febuari...adakah lawatan terakhir beliau sebagai PM?

Hari ini, 20 Febuari, PM Malaysia telah melakukan lawatan 3 hari ke Sarawak. Dan Miri menjadi destinasi yang pertama untuk lawatan kali ini. Dan disusuli lawatan seterusnya di beberapa kawasan Parlimen seperti Sri Aman dan Kuching sebelum mempengerusikan mesyuarat jentera BN negeri Sarawak di Kuching pada hari Jumaat, di Pullman Hotel Sarawak.

Adakah ini lawatan yang terakhir?

Mungkinkah lawatan ini sebagai lawatan yang terakhir beliau sebagai perdana menteri Malaysia selepas PRU13 kelak? dan memulakan tugasnya sebagai ketua pembangkang selepas itu?

Sudah pastinya, lawatan ini menjadi pencetus kepada jentera pilihan raya Sarawak kerajaan BN untuk memulakan kerja mereka dengan lebih kuat lagi demi mengekalkan "Aste tetap" BN Malaysia terus terjaga dan terpelihara.

"Aset Tetap" kerajaan BN Malaysia?

Bercakap tentang Sarawak sebagai "Aset tetap" kerajaan BN Malaysia, sesamamu dapat menyatakan bahawa lawatan 3 hari ini adalah satu lawatan pemebrian "angpau" kepada rakyat Sarawak. Ini terbukti dengan lawatan PM pada Pilihan raya umum Sarawak yanag lepas, PM menawarkan banyak janji-janji pembangunan di mana sahaja dia akan melakukan "lawatan rasmi" beliau.

Lawatan ini seumpama pra -kampen pilihan raya umum 13 kelak.

Sesamamu masih ingat apabila PM berkempen di Sibu pada PRU yang lepas. "You help me, i help you..." Salah satu petikan "rayuan " PM sewaktu berucap di kampen PRU di Sibu satu ketika.

Jadi....adakah Sarawak akan menjadi sekali lagi "aset tetap" BN  Malaysia?  Mari kita Rakyat Sarawak juga tunggu apa akan PM janjikan kepada rakyat Sarawak kelak selepas lawatan rasmi 3 hari ini nanti. Kita tunggu sama-sama ya...