sesamamu

Sunday, February 27, 2011

Drama di kedai kopi...

"Boy-Boy!!! ...saya mahu order Kopi - O peng 1....


Hoi...hoi... sini lah! lama sudah saya duduk sini...saya mahu minum Teh C special...


Amoi-amoi...saya mahu minum!!! a...........(lepas 2 minit) Milo O kurang manis....kecil punya ya....


Oi !!! apa ni??? Saya minta Teh O peng lah, bukannya Kopi O peng!!!, Mana telinga kamu, tuli kah????"

Itu adalah antara "skrip" yang sesamamu dengar suatu hari di kedai kopi di Kuching. Nak tahu kenapa sesamamu tertarik untuk menulis tentang artikel ini?
Ini kerana, pada minggu yang lepas, sesamamu melihat dan mendengar  dengan mata sendiri satu "drama" yang menarik apabila seorang "waiter" tu kena marah dan maki hamun oleh seorang pelanggan tu apabila pesanan yang dia minta itu bukan yang dia "order". Jadi, dia terus ke kaunter dan memarahi "waiter" tersebut dengan tanpa segan silu di hadapan banyak orang. Sudah tentu lah sesamamu terasa dengan apa yang berlaku. Ya, pelanggan ni, "stail Jugak", walaupun dalam kategori emak orang ataupun emak Datin ataupun emak Datuk..."dari pemerhatian cara dia berpakaian".

Semasa sesamamu memerhatikan betapa marahnya dia kepada pekerja kedai kopi tersebut atas kesalahan memberi "order" yang salah itu, terasa simpati sesamamu memerhatikan "budak kedai kopi" ini. Ya budak, kerana kebanyakan mereka yang bekerja di sana adalah mereka yang boleh dikatakan budak-budak remaja belasan tahun. Dan ada diantara mereka sesamamu sudah kenal lama dan sudah sekian lama bekerja di kedai kopi tersebut.

Maka timbul satu pertanyaan di minda sesamamu. Kenapalah budak-budak di kedai kopi ini diperlakukan sedemikian rupa atas kesalahan tersalah "order" tersebut? Seperti yang sesamamu tahu selepas bertanya kepada beberapa pekerja di sana, kalau mereka tulis salah "order", "order" yang tersalah beri itu akan ditolak daripada gaji mereka yang tidak seberapa itu, antara RM250-RM350 sebulan.

Kalau dilihat daripada cara mereka bekerja dan "pekerjaan" harian mereka. Nampak senang tetapi seakan-akan tidak berbaloi dengan gaji yang sebesar itu. Malah ada antara mereka yang bekerja seawal 6 pagi hingga ke lewat malam untuk menampung hidup mereka di bandar Kuching ini.

Malah ada diantara mereka ini datang jauh dari kampung meninggalkan rumah mereka dengan harapan untuk menjadi "waiter" di kedai-kedai kopi di sekitar Kuching ini. Dan yang pasti cukup bulan dapat juga kirimkan sedikit balik ke kampung. Kenapa sesamamu begitu yakin mereka ini dari kampung? Ini kerana melalui percakapan sesamamu dapat mengenali mereka ini dari kalangan "orang kita" sebenarnya yang mencari rezeki yang halal di Kuching  ini.

Hormatilah mereka juga...mereka juga cari makan!

Jadi, mereka ini sebenarnya layak menerima pujian dan ucapan terima kasih daripada kita sebenarnya. Kenapa?
Kerana, mereka berdiri di sisi meja kita dan mengambil pesanan kita. Bayangkan kalau tiada mereka ini di kedai-kedai kopi. Duduk lah kamu berjam-jam di sana, sudah pasti tiada setitik air pun akan kita rasakan melainkan kita pergi ke kaunter dan terus memesan seperti di kebanyakan restauran makanan-makanan segera. Sesamamu dapat melihat betapa pentingnya sumbangan mereka ini kepada perkembangan ekonomi  kita juga.

Yang kedua, mereka ini juga datang dari jauh dengan harapan untuk mendapatkan sedikit pendapatan bagi sesuap nasi mahupun dihantarkan kepada keluarga mereka yang di kampung walaupun tidak seberapa pun gaji mereka ini. Asalkan Halah kan!!!

Oleh yang demikian, sesamamu galakkan kita semua, kalau boleh, sekurang-kurangnya berikan ucapan "TERIMA KASIH" setelah mereka menghantar pesanan kita tu ya....dan bersedialah memaafkan mereka kalau pesanan kita tu bukan yang kita "order". Kita boleh pesan baru, dan yang pasti kita tidak rugi, malah mereka yang terpaksa dipotong gaji kerana kesilapan mereka itu.

Wednesday, February 23, 2011

Nikmati alam ciptaan in tetapi JANGAN musnahkan nya...

Sesamamu ingin kita sama-sama renungkan ayat dari Pemazmur ini...

Petikan dari Mazmur 104:10-13.

Petikan dari Bahasa Indonesia
"Engkau yang melepas mata-mata air ke dalam lembah-lembah, mengalir di antara gunung-gunung,memberi minum segala binatang di padang, memuaskan haus keledai-keledai hutan;di dekatnya diam burung-burung di udara, bersiul dari antara daun-daunan. Engkau yang memberi minum gunung-gunung dari kamar-kamar loteng-Mu, bumi kenyang dari buah pekerjaan-Mu."

Petikan terjemahan English the Massage
 "You started the springs and rivers sent them flowing among the hills. All the wild animals now drink their fill, wild d onkeys quench their thirst. Along the riverbanks the birds build nests, ravens make their voices heard.You water the mountains from your heavenly cisterns;earth is supplied with plenty of water"

Petikan terjemahan English New King James Version (NKJV)
"He sends the springs into the valleys; They flow among the hills.  They give drink to every beast of the field; The wild donkeys quench their thirst. By them the birds of the heavens have their home; They sing among the branches. He waters the hills from His upper chambers; The earth is satisfied with the fruit of Your works". 

JELAS kepada kita bahawa sang pencipta mahu semua ciptaanNYA itu berbuah, berhasil, beranak pinak dan berkali ganda banyaknya di muka bumi ini...tetapi apa yang berlaku? Kita manusia mengurangkankan pertumbuhan dan perkembangannya.

Dunia sudah ditenggelami oleh "banjir" manusia yang semakin hari semakin tidak terkawal permintaan terhadap alam semulajadi serta isinya sehinggakan manusia seakan-akan "bah" yang besar seperti zaman Nabi Nuh dahulu yang meliputi semua muka bumi ini. Yang menjadi masalahnya ialah, tiada keseimbangan di dalam manusia menggunakan tanah-air dan udara serta hidupan ciptaan TUHAN ini sehinggakan pertumbuhan alam ini TERBANTUT.


Kita seakan-akan "MEMBERHENTIKAN" pekerjaan tangan Sang Pencipta ini.

Sunday, February 20, 2011

"Pembuangan nenek"???... ya "Bila kamu buang orang tua mu".

Belum pun reda kes pembuagan bayi, ada lagi satu istilah pembuangan orang di Malaysia..."Nanny Dumping", atau "pembuagan nenek".
Pelik tetapi benar. Sabtu-19 Februari, sebuah akhbar tempatan mendedahkan beberapa kes yang ada orang tua yang ditinggalkan begitu sahaja di rumah kebajikan orang tua di batu 12, Jalan Kuching-Serian baru-baru ini. Seorang nenek yang ditinggalkan begitu sahaja di rumah orang tua ini dalam keadaan yang kurang sihat. Dia baru sahaja dikeluarkan dari Hospital setelah beberapa hari tidak dituntut mana-mana keluarga yang terdekat. Mustahil, si nenek ini tidak mempunyai keluarga yang terdekat kepadanya.

Menurut pengasuh rumah kebajikan orang tua ini, semakin ramai orang tua telah dihantar ke rumah kebajikan ini. Ada diantara mereka dihantar dengan sukarela oleh keluarga mereka, terutama anak-anak mereka dan ada yang dihantar secara terpaksa. Tetapi yang merunsingkan rumah para pekerja di rumah kebajikan ini ialah, ada mereka yang tidak bertanggung jawab langsung kepada orang tua mereka yang sakit. Mereka sanggup menghantar ibu ataupun bapa mereka yang sakit tenat ke rumah kebajikan ini dengan harapan pekerja-pekerja di rumah orang tua ini akan menjaga mereka. Adakah patut???

Kerana Komitmen

Kebanyakan orang tua yang dihantar ke rumah kebajikan ini dikatakan dihantar oleh anak-anak mereka kerana komitmen kerja. Memang terpaksa kerana, bagaimana anak-anak mereka dapat menjaga orang tua mereka yang perlu perhatian yang khusus kalau mereka bekerja. Apa akan terjadi, kalau orang tua mereka keseorangan di rumah semasa anak mereka keluar bekerja? Adalah satu langkah yang baik kerana yang diambil oleh si anak untuk menghantar orang tuanya ke rumah kebajikan orang tua supaya kehidupan harian si orang tua terjaga dan terurus.

Kerana sakit???

Tetapi, ada pula yang dihantar kerana kesihatan mereka yang tidak baik. Ya, mereka sudah tua, tetapi menghantar orang tua yang sakit ke rumah kebajikan ini sangatlah tidak masuk akal. Kalau mereka sakit, tidak menjadi masalah untuk menjaga mereka sehingga mereka sembuh kan? Tetapi dengan menghantar kedua orang tua yang sakit ke rumah kebajikan orang tua adalah sangat tidak munasabah.

Tidak menjenguk langsung...

Ada yang menghantar orang tua mereka dan langung tidak menjenguk mereka kembali. Adakah patut, sampai begitu? Kalau sesibuk sangat dengan komitmen kerja tu, datang-datang lah menjenguk merekakan? Orang tua ini pun bukan orang lain, Ibu dan Bapa mereka sendiri.

Perasaan mereka bagaimana?

Ya, apa perasaan kamu suatu hari nanti, anak-anak kita membuat perkara yang serupa dengan apa yang kita buat sekarang? Tidak ada perasaan terhutang budi langsung kah manusia sekarang kepada orang tua yang menjaga kita dari kandungan lagi sehingga kita besar dan berjaya dalam hidup kita? Fikir-fikirkan lah, setua mana pun orang tua kita, merekalah yang menjaga-membesarkan kita dengan penuh tanggung jawab dan kasih sayang. Jadi tidak ada ruang langsungkah di hati kita untuk menjaga mereka pada sisa-sisa hidup mereka di dunia ini?

sesamamu menyeru kepada sesama insani, perhatikan lah ibu bapa mu yang masih ada selagi berkesempatan. Kelak kita tidak tahu apa yang akan kita hadapi setelah mereka tiada.

Renungan bersama (Terjemahan New Living Translation)

1 Tim 5:4
 
[4]  But if she has children or grandchildren, their first responsibility is to show godliness at home and repay their parents by taking care of them. This is something that pleases God very much.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Wednesday, February 16, 2011

Prinsip "Shamar"...

"TUHAN Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu." (Kej 2:15)

Perlu diingat, pada awal manusia diciptakan dan ditempatkan di taman Eden, tugas yang pertama dan paling sulung yang TUHAN pertanggung jawabkan kepada manusia ialah, "mengusahakan dan memelihara" taman itu.
Mengusaha disini bermaksud, kita dipertanggung jawabkan untuk mengusahakan supaya segala yang diciptakan oleh Sang Pencipta ini kita jaga dan berhasil baik untuk kepentingan kita mahupun untuk si Pencipa itu. Yang kedua, memelihara segala yang diciptakan itu supaya dalam keadaan yang seperti sediakala yang dipandang dan dikatakan "Baik" oleh sang Pencipta itu.

"Shamar" 

Disimpulkan didalam bahasa Ibrani berbunyi "Shamar" yang bermaksud, "menjaga", "memelihara" atau "memerhatikan" semua ciptaan NYA suapaya di dalam keadaan yang amat baik adanya. "Shamar" merupakan penyataan "kasih sayang", "ambil peduli", "menjaga serta memelihara" supaya segala sesuatu itu terjaga dengan baiknya.


Oleh yang demikian, dengan memelihara segala ciptaan TUHAN ini , hubungan kita dengan semua ciptaan NYA ini mestilah dilakukan dengan penuh "kasih sayang", "ambil peduli", dan senantiasa "menjaga hubungan " tersebut. Antara manusia dengan ciptaan hidup yang lain dan manusia sesamam manusia dan seterusnya manusia dengan Pencipta nya.


Mandat...


Apabila kita memenuhi Mandat yang TUHAN berikan kepada kita iaitu untuk memelihara segala ciptaan NYA ini, kita akan memastikan bahawa segala kehidupan ciptaan NYA ini sentiasa dipelihara untuk tujuan perkembangannya yang baik seperti diharapkan oleh Sang Pencipta itu sendiri. Di dalam erti kata lain, kita manusia dipertanggunng jawabkan untuk memastikan hubungan alam semualajadi dan segala makhluk hidup ini sentiasa saling berkait serta tidak terputus. Segala makhluk mahupun alam ini saling memerlukan dan berinteraksi dengan air, udara dan tanah yang "mereka" perlukan.




Oleh kerana TUHAN memelihara manusia ciptaan NYA, demikianlah juga manusia "memelihara" segala ciptaanNYA...mereka ini lah "wira" ku...

Monday, February 14, 2011

Edisi khas untuk para "pencinta"...Valentine's day ye????

Heboh diperkatakan tentang "Valentine's day" yang di raikan banyak pasangan kekasih pada genap 14 Februari ini di dada-dada akhbar kita sekarang ini. Semua yang didebatkan lah tentang "haram" dan "Halal"nya bagi kita menyambut hari pasangan kekasih ini. Dan sudah pasti banyka percanggahan kepercayaan amhupun ideologi yang berbeza tentang isu ini dari pelbagai bilang agama yang ada di Negara kita.

Apapun pendapat para-para ilmuan agama tentang hari kekasih ini, sesamamu hanya ingin memberi sedikit peringatan bagi mereka yang mahu menjadikan hari ini istimewa kepada pasangan mereka. Ya, ia menjadi istimewa apabila kita sama-sama beringat dan hormat pasangan kita kan???

Ok, pada minggu yang lepas, sesamamu tertarik dengan satu maklumat yang mungkin boleh kita sama-sama renungkan pada sempena hari kekasih ini. Dan mungkin baik untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan kita yang diluar sana nanti. Satu topik akhbar " Most Babies dumped by un married teens or women".
Kesian kan? Topik akhbar tu menyatakan "teens or women"? Tapi perlu ingat, perkara ini berlaku kerana ada 2 orang yang terlibat. Jadi, pasangan lelaki nya pasti terlibat bersama bukan?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis(Pengarah CID Persekutuan Comm Datuk Seri Bakri Zinn) dari tahun 2005-2011. sebanyak 517 bayi ditemui dibuang.

Ringkasan statistik Bayi dibuang dari tahun 2005-2011
Jumlah di buang            517

Jantina bayi   
Perempuan                   164
Lelaki                           203

Ditemui mati                 287

Pihak polis juga berjaya membawa 18 orang ke muka pengadilan dan 9 orang didapati bersalah. Dalam tahun 2010 sahaja, 11 orang termasuk lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuang bayi. Daripada jumlah tersebut, 3 orang adalah remaja di bawah umur 18 tahun.

Isunya sekarang lah, bagaimana kita dapat menghentikan isu ini dari terus berleluasa di dalam masyarakat kita? Atau, apakata kita melihat atau fokus kepada punca masalah ini, serta fokus kepada cara pencegahannya.

Jadi, sama-sama kita renungkan statistik yang dipaparkan sesamamu untuk kita kali ini.

Sesamamu akhiri dengan satu petikan daripada Surat Rasul Paulus kepada mereka di Korintus (1 Kor 6:19)
" Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah."

Jadi, hargai diri mu yang semua "pencinta" di luar sana....

Wednesday, February 9, 2011

Jadi sekarang apa yang patut kita lakukan untuk Segala ciptaanNYA ini???

Setelah manusia diciptakan, tujuan yang paling utama kita diciptakan adalah hidup untuk memuliakan DIA yang telah menciptakan kita manusia ini. Sehingga kita diberi hidup yang sebegitu istimewa "serupa gambaran NYA". Dalam erti kata lain, setelah manusia diciptakan dan ditempatkan di Taman Eden, tugas yang paling utama ialah memuliakan NYA serta menjaga segala hasil ciptaan tangan NYA itu. Dalam erti kata lain, segala yang diciptakanNYA ada hak untuk hiudp seperti ada nya oleh sang Pencipta itu.

Oleh yang demikian, respon kita kepada segala ciptaan NYA ialah;

Menyedari...

Akui segala yang telah diciptakan oeh DIA. Kita harus mengambil perhatian kepada semua perkara disekeliling kita. Dari sebesar gunung dan seluas lautan kepada sekecil ulat dan sehalus pasir. Kalau kita berhenti sejenak, melihat sekeliling kita, dan serta melihat apa yang berlaku kepada segala ciptaanNYA ini, kita dapat merasakan apa yang sebenarnya terjadi kepada semua ini.
Memupuk kesedaran terhadap segala ciptaan NYA bermaksud, melibatkan kita membuat pemerhatian, menamakan setiap yang kita lihat, mengenal pasti, dan lokasi setiap bahagian TUHAN meletakkan setiap ciptaanNYA itu.
Apabila menyedari akan segala ciptaan NYA ini, akhirnya timbul rasa "Menghargai" anugerah yang maha Esa ini.

Menghargai...

Daripada sifat mengakui segala ciptaan NYA ini, maka timbullah rasa menghargai kepada setiap yang diciptakan oleh DIA. Menghargai bermaksud, kita mempunyai sifat bertoleransi dengan semua "kehidupan" di sekeliling kita. Baik sekecil ulat yang kita temui hingga sebesar Gajah di hutan belantara itu, kita harus menghargai kehidupan "mereka" ini kerana TUHAN mencipta mereka dengan sedemikian rupa kerana ada maksud dan pengertianya sendiri.
Bumi ini dan segala isinya diciptakan sedemikian rupa kerana setiapnya mempunyai nilai kehidupannya yang tersediri. Oleh yang demikian, semakin kita menghargai semua ciptaanNYA ini, kita akan lambat laun menyedari betapa TUHAN menghargai semua ciptaan Hasil Tangan NYA.

Memelihara...

Hasil daripada kesedaran kita menghargai setiap kehidupan yang diciptakan NYA itu, maka timbul lah satu sifat yang amat dituntut daripada kita manusia iaitu, untuk "memelihara" hasil ciptaan Tangan NYA itu. Oleh kerana kita sedar, dan menghargai segala ciptaan NYA itu sangat lah "Baik" dan berharga di mata NYA, dan dijadikan demi kebaikan semua manusia sejagat, adalah baiknya kita manusia juga secara sukarela berbakti kepada segala ciptaan itu. Berbakti dengan sukarela bermaksud, kita membalas balik ke atas apa yang Bumi dan segala isinya berikan kepada kita.
Bagaimana kita memberi kepada Bumi dan alam semulajadi ini ialah dengan, Menyayangi, mengambil berat dan memelihara apa yang TUHAN telah percayakan kepada kita sebagai manusia.


Jadi, apabila kita mengambil keputusan  untuk menyedari, menghargai dan memelihara hari ini,bermakna kita sudah mengambil langkah yang pertama di dalam kita respon kepada segala ciptaan NYA ini...

selamat mencuba!!!!


Wednesday G-day...keep green ...save our nature....

Sunday, February 6, 2011

Kenapa DIA katakan "Baik" sebanyak 7 kali...

Ya, dalam Kejadian Bab yang pertama, TUHAN menyatakan "Baik" kepada setiap ciptaan NYA sebanyak 7 kali...

Antara sebab-sebabnya ialah...


Bila ku buka mata ku
ku lihat karya tangan MU
ku terkagum
Kerna semua yang "Baik"
Yang baik sahaja yang KAU jadikan
selayaknya aku MEMULIAKAN KEAGUNGAN MU...


Kali ini sesamamu membawa kita sama-sama renungkan gambar-gambar ini. Sesamamu percaya, TUHAN maha pencipta yang agung itu ingin menyatakan sesuatu kepada kita melalui gambar-gambar ini.

Bagi Sesamamu, melihat akan ciptaan NYA melalui gambar ini, menyedarkan betapa kecilnya kita. Betapa kita kadang kala lupa akan siapa diri kita. Adakalanya kita merasakan kita yang terhebat, kita yang berhormat, kita yang terpenting, kita yang bijak pandai, kita yang kuat, kita yang harus dihormati....kita-kita-kita....tetapi, kalau dilihat akan gambar ini, selayaknya kita berkata..."siapalah aku ini TUHAN? Hanya lah manusia hasil karya tangan MU itu...yang KAU kata "Baik".

Oleh itu...peliharalah hidup kita dan segala ciptaan tangan NYA dengan sebaik mungkin kerana segalanya "BAIK" dipandangan TUHAN...

p/s Terima kasih atas gambar tersebut saudara Edwin Meru







Wednesday, February 2, 2011

berulang kali DIA katakan ciptaan NYA "Baik"...

Sebanyak  7 kali TUHAN mengatakan "Baik" kepada semua yang DIA ciptakan dalam Kejadian 1:4, 10, 12, 18, 21, 25, dan 31...
Jadi apa kata kita orang Kristien tentang isu ini?
Ya, sesamamu kali ini tujukan kepada orang Kristien. Kerana dalam Alkitab terutama dalam buku yang pertama lagi(KEJADIAN-GENESIS) Bab 1 , 7 kali TUHAN mengatakan betapa "BAIK" setiap kali DIA memandang hasil ciptaan tangan NYA itu.

Tetapi, apa yang berlaku sekarang kepada dunia kita ini? "BAIK" kah kira-kiranya dipandangan SANG PENCIPTA bumi dan alam semesta ini?

Di Dalam kita berusaha untuk menjaga dan memelihara ciptaan NYA ini, ada banyak perkara yang menjadi "Tembok penghalang"  untuk kita menjadi perihatin terhadap Bumi dan segala isinya.

Antaranya ialah;

1- Bumi ini adalah rumah ku sementara, jadi biarkan ia berlalu...

Banyak orang kita beranggapan bahwa bumi ini adalah tempat tinggal kita buat sementara waktu sahaja. Apabila masanya kita dipanggil pulang kepada DIA, maka kita akan kembali kepada DIA dan hidup kekal seperti yang DIA janjikan kepada mereka yang percaya kepada NYA. Kita terlalu fokus kepada janji hidup yang kekal itu , ataupun syurga yang dijanjikan sehingga kita melihat bumi ini hanya satu tempat tumpangan sementara. Kita ambil pendekatan tidak kisah tentang hal menjaga bumi dan segala ciptaan NYA.
Hal ini telah menghalang kita untuk melihat betapa kita harus juga menjaga bumi dan segala isinya sekarang juga sambil kita menunggu saat dan ketikanya kita bersama dengan DIA kelak.
Menjaga bumi dan segala isinya sama seperti kita ambil berat tentang kesihatan kita, gigi kita, rambut kita , kenderaan kita dan sebagainya yang kita lihat berharga serta amat bernilai bagi kita.

2- Sudah cukup ramai orang bukan Kristien yang melakukan pemuliharaan bumi ini...

"Kalau sudah ada ramai orang yang bukan Kristien telah melakukan pemuliharaan bumi dan segala isinya, ini bermakna, salah bagi orang Kristien untuk terlibat sama..."

Ini adalah satu lagi tembok penghalang untuk kita terlibat. Kita beranggapan perkara yang orang bukan Krsitien lakukan itu tidak benar dan salah dari segi kepercayaan kita.
 Helloooooo!!!!!di dalam Alkitab ada banyak contoh orang yang tidak kenal TUHAN yang TUHAN pakai dengan luar biasakan?? Contoh Yesaya 45:1-6 apabila TUHAN menggunakan Koresh dengan luar biasa kerana orang yang percaya kepada NYA tidak bertindak!
Jadi, kalau sudah ramai orang yang bukan kenal TUHAN kita tu melakukan hal pemuliharaan bumi dan alam ini, bermakna, TUHAN mahu kita juga cepat-cepat bertindak....bukan duduk diam dan menghakimi apa yang mereka buat!!!

dan ada lagi banyak tembok-tembok yang menghalang kita ...kita yang kenal DIA untuk melihat segala ciptaan yang DIA panggil "BAIK" ini terus terpelihara baik adanya...sama-sama kita renungkan. Dan keluaran minggu hadapan kita lihat lagi beberapa tembok yang menghalang kita.

kalau kamu mengaku kamu percaya kepada TUHAN, apa tindakan kamu sekarang untuk pemuliharaan bumi dan alam semulajadi yang "BAIK" ini???