Sesamamu ingin kita sama-sama renungkan ayat dari Pemazmur ini...
Petikan dari Mazmur 104:10-13.
Petikan dari Bahasa Indonesia
"Engkau yang melepas mata-mata air ke dalam lembah-lembah, mengalir di antara gunung-gunung,memberi minum segala binatang di padang, memuaskan haus keledai-keledai hutan;di dekatnya diam burung-burung di udara, bersiul dari antara daun-daunan. Engkau yang memberi minum gunung-gunung dari kamar-kamar loteng-Mu, bumi kenyang dari buah pekerjaan-Mu."
Petikan terjemahan English the Massage
"You started the springs and rivers sent them flowing among the hills. All the wild animals now drink their fill, wild d onkeys quench their thirst. Along the riverbanks the birds build nests, ravens make their voices heard.You water the mountains from your heavenly cisterns;earth is supplied with plenty of water"
Petikan terjemahan English New King James Version (NKJV)
"He sends the springs into the valleys; They flow among the hills. They give drink to every beast of the field; The wild donkeys quench their thirst. By them the birds of the heavens have their home; They sing among the branches. He waters the hills from His upper chambers; The earth is satisfied with the fruit of Your works".
JELAS kepada kita bahawa sang pencipta mahu semua ciptaanNYA itu berbuah, berhasil, beranak pinak dan berkali ganda banyaknya di muka bumi ini...tetapi apa yang berlaku? Kita manusia mengurangkankan pertumbuhan dan perkembangannya.
Dunia sudah ditenggelami oleh "banjir" manusia yang semakin hari semakin tidak terkawal permintaan terhadap alam semulajadi serta isinya sehinggakan manusia seakan-akan "bah" yang besar seperti zaman Nabi Nuh dahulu yang meliputi semua muka bumi ini. Yang menjadi masalahnya ialah, tiada keseimbangan di dalam manusia menggunakan tanah-air dan udara serta hidupan ciptaan TUHAN ini sehinggakan pertumbuhan alam ini TERBANTUT.
Kita seakan-akan "MEMBERHENTIKAN" pekerjaan tangan Sang Pencipta ini.
sekarang pun sudah mula nampak kesan perbuatan mereka ini di kampung kita sendiri, uncle. suhu yang dulu sejuk mula terasa panasnya. air yang dulu jernih, sekarang sudah mula keruh. semasa melihat pemandangan kampung dari tingkap kapal terbang masa balik kampung tahun lepas, saya sempat menangis. mengagumi betapa besar kasih Tuhan dan berkatNya untuk bumi kita tapi sedih kerana ada orang yang sanggup merosakkannya. bukan menghalang pembangunan tetapi pembangunan itulah yang meragut keindahan bumi kita. dan sempat juga saya berfikir, masih adakah sungai yang jernih, angin kampung yang sejuk, udara yang segar ini untuk anak2 saya nikmati suatu hari nanti?
ReplyDelete-aliceseca sarah