"Boy-Boy!!! ...saya mahu order Kopi - O peng 1....
Hoi...hoi... sini lah! lama sudah saya duduk sini...saya mahu minum Teh C special...
Amoi-amoi...saya mahu minum!!! a...........(lepas 2 minit) Milo O kurang manis....kecil punya ya....
Oi !!! apa ni??? Saya minta Teh O peng lah, bukannya Kopi O peng!!!, Mana telinga kamu, tuli kah????"
Itu adalah antara "skrip" yang sesamamu dengar suatu hari di kedai kopi di Kuching. Nak tahu kenapa sesamamu tertarik untuk menulis tentang artikel ini?
Ini kerana, pada minggu yang lepas, sesamamu melihat dan mendengar dengan mata sendiri satu "drama" yang menarik apabila seorang "waiter" tu kena marah dan maki hamun oleh seorang pelanggan tu apabila pesanan yang dia minta itu bukan yang dia "order". Jadi, dia terus ke kaunter dan memarahi "waiter" tersebut dengan tanpa segan silu di hadapan banyak orang. Sudah tentu lah sesamamu terasa dengan apa yang berlaku. Ya, pelanggan ni, "stail Jugak", walaupun dalam kategori emak orang ataupun emak Datin ataupun emak Datuk..."dari pemerhatian cara dia berpakaian".
Semasa sesamamu memerhatikan betapa marahnya dia kepada pekerja kedai kopi tersebut atas kesalahan memberi "order" yang salah itu, terasa simpati sesamamu memerhatikan "budak kedai kopi" ini. Ya budak, kerana kebanyakan mereka yang bekerja di sana adalah mereka yang boleh dikatakan budak-budak remaja belasan tahun. Dan ada diantara mereka sesamamu sudah kenal lama dan sudah sekian lama bekerja di kedai kopi tersebut.
Maka timbul satu pertanyaan di minda sesamamu. Kenapalah budak-budak di kedai kopi ini diperlakukan sedemikian rupa atas kesalahan tersalah "order" tersebut? Seperti yang sesamamu tahu selepas bertanya kepada beberapa pekerja di sana, kalau mereka tulis salah "order", "order" yang tersalah beri itu akan ditolak daripada gaji mereka yang tidak seberapa itu, antara RM250-RM350 sebulan.
Kalau dilihat daripada cara mereka bekerja dan "pekerjaan" harian mereka. Nampak senang tetapi seakan-akan tidak berbaloi dengan gaji yang sebesar itu. Malah ada antara mereka yang bekerja seawal 6 pagi hingga ke lewat malam untuk menampung hidup mereka di bandar Kuching ini.
Malah ada diantara mereka ini datang jauh dari kampung meninggalkan rumah mereka dengan harapan untuk menjadi "waiter" di kedai-kedai kopi di sekitar Kuching ini. Dan yang pasti cukup bulan dapat juga kirimkan sedikit balik ke kampung. Kenapa sesamamu begitu yakin mereka ini dari kampung? Ini kerana melalui percakapan sesamamu dapat mengenali mereka ini dari kalangan "orang kita" sebenarnya yang mencari rezeki yang halal di Kuching ini.
Hormatilah mereka juga...mereka juga cari makan!
Jadi, mereka ini sebenarnya layak menerima pujian dan ucapan terima kasih daripada kita sebenarnya. Kenapa?
Kerana, mereka berdiri di sisi meja kita dan mengambil pesanan kita. Bayangkan kalau tiada mereka ini di kedai-kedai kopi. Duduk lah kamu berjam-jam di sana, sudah pasti tiada setitik air pun akan kita rasakan melainkan kita pergi ke kaunter dan terus memesan seperti di kebanyakan restauran makanan-makanan segera. Sesamamu dapat melihat betapa pentingnya sumbangan mereka ini kepada perkembangan ekonomi kita juga.
Yang kedua, mereka ini juga datang dari jauh dengan harapan untuk mendapatkan sedikit pendapatan bagi sesuap nasi mahupun dihantarkan kepada keluarga mereka yang di kampung walaupun tidak seberapa pun gaji mereka ini. Asalkan Halah kan!!!
Oleh yang demikian, sesamamu galakkan kita semua, kalau boleh, sekurang-kurangnya berikan ucapan "TERIMA KASIH" setelah mereka menghantar pesanan kita tu ya....dan bersedialah memaafkan mereka kalau pesanan kita tu bukan yang kita "order". Kita boleh pesan baru, dan yang pasti kita tidak rugi, malah mereka yang terpaksa dipotong gaji kerana kesilapan mereka itu.
Baru-baru ini saya berkesempatan bercerita dengan pembantu rumah saya. Sebelum bekerja dengan saya dia pernah berkerja di kedai kopi. Banyak cerita yang saya dengar dari gadis ini.Bagaimana mereka dimanupulasi oleh majikan mereka, ini belum termasuk layanan buruk para pelanggan yang datang berkujung. Kadang2 saya menjadi geram dengan ceritanya. Masakan tidak, ada sesetengah majikan hanya memberi wang RM1 sebagai belanja makan sehari. Gaji hujung bulan belum tentu dia dapat. Kadang2 ada pelanggan yang kurang ajar lepas minum terus sahaja 'berambus'...jadi yang kena bayar adalah pelayan yang mengeluarkan bil. Berapa sangatlah gaji yang tinggal.Bila saya tanya kamu ingin tak kembali kerja di kedai kopi, jawabnya tak mau aunty...
ReplyDeleteMungkin selama ini kita tidak sedar betapa susahnya mereka, kita tahu mereka terpaksa kerja di situ kerana tiada pendidikan dan ada sesetengahnya adalah golongan yang yang agak lembab. Jadi sudah pastilah mereka akan melakukan kesilapan.Cuba bayangkan diri anda berada di tempat mereka. Saya rasa jika kita bersikap baik dengan mereka, suatu hari mereka akan ingat kita, kita tidak tahu rencana Tuhan buat kita dan dia. Kita sering mengatakan kita orang kristian. Tapi bagaimanakah kita ingin memberitahu bahawa kita orang kristian. Satu bangsa yang seharusnya penuh cinta kasih. Jika kita berbuat perkara yang sama seperti orang bukan kristian maka apalah yang akan membezakan kita dgn mereka. Seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikian jugalah imam tanpa perbuatan adalah mati. Tunjukkan belas. Tunjukkan kasih. Anda jadi pengikut Kristus yang sejati.
-angel-