sesamamu

Wednesday, February 9, 2011

Jadi sekarang apa yang patut kita lakukan untuk Segala ciptaanNYA ini???

Setelah manusia diciptakan, tujuan yang paling utama kita diciptakan adalah hidup untuk memuliakan DIA yang telah menciptakan kita manusia ini. Sehingga kita diberi hidup yang sebegitu istimewa "serupa gambaran NYA". Dalam erti kata lain, setelah manusia diciptakan dan ditempatkan di Taman Eden, tugas yang paling utama ialah memuliakan NYA serta menjaga segala hasil ciptaan tangan NYA itu. Dalam erti kata lain, segala yang diciptakanNYA ada hak untuk hiudp seperti ada nya oleh sang Pencipta itu.

Oleh yang demikian, respon kita kepada segala ciptaan NYA ialah;

Menyedari...

Akui segala yang telah diciptakan oeh DIA. Kita harus mengambil perhatian kepada semua perkara disekeliling kita. Dari sebesar gunung dan seluas lautan kepada sekecil ulat dan sehalus pasir. Kalau kita berhenti sejenak, melihat sekeliling kita, dan serta melihat apa yang berlaku kepada segala ciptaanNYA ini, kita dapat merasakan apa yang sebenarnya terjadi kepada semua ini.
Memupuk kesedaran terhadap segala ciptaan NYA bermaksud, melibatkan kita membuat pemerhatian, menamakan setiap yang kita lihat, mengenal pasti, dan lokasi setiap bahagian TUHAN meletakkan setiap ciptaanNYA itu.
Apabila menyedari akan segala ciptaan NYA ini, akhirnya timbul rasa "Menghargai" anugerah yang maha Esa ini.

Menghargai...

Daripada sifat mengakui segala ciptaan NYA ini, maka timbullah rasa menghargai kepada setiap yang diciptakan oleh DIA. Menghargai bermaksud, kita mempunyai sifat bertoleransi dengan semua "kehidupan" di sekeliling kita. Baik sekecil ulat yang kita temui hingga sebesar Gajah di hutan belantara itu, kita harus menghargai kehidupan "mereka" ini kerana TUHAN mencipta mereka dengan sedemikian rupa kerana ada maksud dan pengertianya sendiri.
Bumi ini dan segala isinya diciptakan sedemikian rupa kerana setiapnya mempunyai nilai kehidupannya yang tersediri. Oleh yang demikian, semakin kita menghargai semua ciptaanNYA ini, kita akan lambat laun menyedari betapa TUHAN menghargai semua ciptaan Hasil Tangan NYA.

Memelihara...

Hasil daripada kesedaran kita menghargai setiap kehidupan yang diciptakan NYA itu, maka timbul lah satu sifat yang amat dituntut daripada kita manusia iaitu, untuk "memelihara" hasil ciptaan Tangan NYA itu. Oleh kerana kita sedar, dan menghargai segala ciptaan NYA itu sangat lah "Baik" dan berharga di mata NYA, dan dijadikan demi kebaikan semua manusia sejagat, adalah baiknya kita manusia juga secara sukarela berbakti kepada segala ciptaan itu. Berbakti dengan sukarela bermaksud, kita membalas balik ke atas apa yang Bumi dan segala isinya berikan kepada kita.
Bagaimana kita memberi kepada Bumi dan alam semulajadi ini ialah dengan, Menyayangi, mengambil berat dan memelihara apa yang TUHAN telah percayakan kepada kita sebagai manusia.


Jadi, apabila kita mengambil keputusan  untuk menyedari, menghargai dan memelihara hari ini,bermakna kita sudah mengambil langkah yang pertama di dalam kita respon kepada segala ciptaan NYA ini...

selamat mencuba!!!!


Wednesday G-day...keep green ...save our nature....

No comments:

Post a Comment