sesamamu

Monday, February 14, 2011

Edisi khas untuk para "pencinta"...Valentine's day ye????

Heboh diperkatakan tentang "Valentine's day" yang di raikan banyak pasangan kekasih pada genap 14 Februari ini di dada-dada akhbar kita sekarang ini. Semua yang didebatkan lah tentang "haram" dan "Halal"nya bagi kita menyambut hari pasangan kekasih ini. Dan sudah pasti banyka percanggahan kepercayaan amhupun ideologi yang berbeza tentang isu ini dari pelbagai bilang agama yang ada di Negara kita.

Apapun pendapat para-para ilmuan agama tentang hari kekasih ini, sesamamu hanya ingin memberi sedikit peringatan bagi mereka yang mahu menjadikan hari ini istimewa kepada pasangan mereka. Ya, ia menjadi istimewa apabila kita sama-sama beringat dan hormat pasangan kita kan???

Ok, pada minggu yang lepas, sesamamu tertarik dengan satu maklumat yang mungkin boleh kita sama-sama renungkan pada sempena hari kekasih ini. Dan mungkin baik untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan kita yang diluar sana nanti. Satu topik akhbar " Most Babies dumped by un married teens or women".
Kesian kan? Topik akhbar tu menyatakan "teens or women"? Tapi perlu ingat, perkara ini berlaku kerana ada 2 orang yang terlibat. Jadi, pasangan lelaki nya pasti terlibat bersama bukan?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis(Pengarah CID Persekutuan Comm Datuk Seri Bakri Zinn) dari tahun 2005-2011. sebanyak 517 bayi ditemui dibuang.

Ringkasan statistik Bayi dibuang dari tahun 2005-2011
Jumlah di buang            517

Jantina bayi   
Perempuan                   164
Lelaki                           203

Ditemui mati                 287

Pihak polis juga berjaya membawa 18 orang ke muka pengadilan dan 9 orang didapati bersalah. Dalam tahun 2010 sahaja, 11 orang termasuk lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuang bayi. Daripada jumlah tersebut, 3 orang adalah remaja di bawah umur 18 tahun.

Isunya sekarang lah, bagaimana kita dapat menghentikan isu ini dari terus berleluasa di dalam masyarakat kita? Atau, apakata kita melihat atau fokus kepada punca masalah ini, serta fokus kepada cara pencegahannya.

Jadi, sama-sama kita renungkan statistik yang dipaparkan sesamamu untuk kita kali ini.

Sesamamu akhiri dengan satu petikan daripada Surat Rasul Paulus kepada mereka di Korintus (1 Kor 6:19)
" Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah."

Jadi, hargai diri mu yang semua "pencinta" di luar sana....

3 comments:

  1. how to avoid these kind of issue is,.back to the basic,.if we obey God,and takut akan Tuhan,kita tkt utk melakukn perkara yg x b'knn d mata Tuhan,..problem nya skrg,manusia skrg x tkt pada Tuhan,..and selalunya org bercerita and berkhotbah ttg keindahan Syurga smpi org berfikir yg syurga itu suatu perkara yg remeh,..dan menganggap 1 perkara biasa,..tp hw if menceritakn ttg neraka,..spy org sedar,bila mrk buat perkara yg memblkgkn Tuhan atau yg x berkenan d mata Tuhan mrk tahu hukuman dan balasan yg mrk terima bila smpi waktuNya dtg.,.may be dgn cara ini,blh mengubah cr b'fkr manusia zmn skrg ...may be la..

    ReplyDelete
  2. Ya, saya sokong. Byk sangat khotbah cerita tentang keindahan hidup selepas mati bg org yg percaya kepada Dia. Sehingga golongan ini "memonopoli" syurga. sehinggakan hal tentang takut akan Tuhan itu seperti satu perkara yang "biasa-biasa" sahaja. Bila perlu, pakai, bila tak perlu buang Tuhan tu jauh-jauh...."Pakai buang".

    Apa-apapun, kalau kita sedar siapa kita yang selayaknya dari debu tanah ini jika dibandingkan dengan Tangan DIA yg mengolah dan mencipta kita..."siapalah kita"...sedar lah wahai manusia...

    ReplyDelete
  3. ya,kdg2 pd sy,manusia ini mcm penyembah sementara,dan mcm mau lbh dr TUHAN,bila dlm masalah bru sebut "Tuhan,Tuhan" ,bru lah mengalir air mata mohon keampunan,buka alkitab berdoa ,tp selalunya bkn berdoa,tp ,merayu kpd Tuhan..tp coba time dlm kesenangan,..di mn kah bible itu,air mata itu,..semuany entah ke mna ,..mula lah buat perkara yg x elok d mata Tuhan...manusia2,..ketahui lah,.bhw waktuNya sdh dekat,.bertobatlah krn tanda2 Nya telah nyata...kt sdh sgt dekat pd hariNYa,..

    ReplyDelete