sesamamu

Sunday, December 2, 2012

Indahnya laungan Malaysia-Malaysia di padang Bola



Sesamamu ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa berada bersama-sama lebih daripada 60 ribu penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia di stadium Bukit Jalil dan menjadi saksi kepada satu sukan yang berjaya ,menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung.

Syabas untuk pasukan Malaysia kerana berjaya meneruskan perjuagan mereka untuk mempertahankan piala AFF yang mereka julang dua tahun yang lepas. Tetapi pujian juga harus diberikan kepada ribuan penyokong setia Pasukan Bolasepak Malaysia tanpa mengira latar belakang seseorang itu, telah berjaya memainkan peranan sebagai pemain yang ke 12 pasukan bolasepak Malaysia.

Layaklah pemain ke 12 di puji...

Sesamamu menjadi saksi sendiri bagaimana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bersatu, berpadu suara memberi sokongan yang idak berbelah bahagi kepada pasukan Bolasepak Malaysia. Terlebih lagi apabila jaringan telah dlakukan, sorakan riang meraikan "goal" tersebut benar-benar mengegar stadium Bukit Jalil. Jelas terpancar diwajah setiap penyokong.

Perasaan riang-puas hati juga terus ditunjukkan sehingga diakhir perlawanan malah melarat hingga ke jalan-jalan raya.

Alangkah indahnya...

Sesamamu terus membayangkan betapa indahnya jika semangat sorakan ini berlaku di dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan yang ada. Nyata sekali, satu permainan yang sangat mudah dan sederhana ini dapat menyatukan rakyat Malaysia di sebuah padang bola! Tiada formula sains yang sangat canggih mahupun strategi politik yang begitu strategik pun dapat menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung!

Kesatuan masih ada peluang...

Ya, Sesamamu dapat merasakan bahwa masih ada peluang untuk rakyat Malaysia yang berbilang ini untuk terus bersatu. Buktinya, satu permainan yang sederhana dan mudah ini telah menolak apapun formula yang ada di dunia ini untuk menyatukan masyarakat yang berbeza ini.

Dalam erti kata lain, kesederhanaan itulah yang menyatukan kita yang sedia berbeza ini.

No comments:

Post a Comment