sesamamu

Monday, January 3, 2011

1.1.11 sesamamu...

Sesamamu menunggu tarikh tersebut untuk mengetahui apakah cerita yang dipaparkan di media-media massa negara kita pada hari tersebut. Cerita yang dianggap panas dan kena dengan Blog sesamamu ini untuk kita sama-sama kongsi dan renungkan sepanjang tahun ini. (Sudah pasti masih banyak cerita-cerita hangat yang kita sama-sama dengar sepanjang tahun ini kelak).
Tetapi sebelum itu, SEALAMAT TAHUN BARU 2011 untuk anda semua yang menyokong www.sesamamu.blogspot.com ini kerana disini melalui blog ini kita dapat sama-sama kongsi cerita dan maklumat tentang apa yang berlaku dipersekitaran kita. Sesamamu mahu kita mempunyai komuniti yang mengambil kisah ataupun peduli tentang apa yang berlaku sesama kita manusia dan alam sekitar kita.

Cerita hangat 1.1.11?

Ada 2 cerita hangat yang terpampang di dada akhbar di negara kita, baik nasional mahupun tempatan.

1- Bayi ditemui di dalam mangkuk tandas.
Ini adalah cerita terhangat yang sesamamu rasakan pembuka tirai betapa sifat manusia telah terbukti jauh daripada sifat manusia yang sepatutnya. Walaupun segelintir yang melakukan perkara kejam ini, tetapi bagi kita yang waras ini, sesamamu menyeru supaya kita mengambil peduli akan gejala sosial yang menjadi-jadi dikalangan remaja kita sekarang.
Bayi ini telah dijumpai dibuang di dalam mangkuk tandas di Serian-Sarawak pada 1 Januari yang lepas pada jam 5pm. Sungguh menyedihkan dan memilukan. Bayi-bayi lain disambut dengan penuh keceriaan di waktu tahun baru, tetapi malangnya bayi ini "mangkuk tandas" yang menyambut kelahirannya pada 1.1.11.
Sesamamu menyeru kita sebagai manusia yang normal ini terus peduli dan perihatin akan isu pembungan bayi ini. Dengan terlibat secara aktif ambil peduli akan isu ini. Sokong mana-mana pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan dalam menangani masalah sosial ini.
Terlalu banyak kempen telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk kita sama-sama terlibat dan perihatin terhadap isu ini, tetapi ramai kita mengambil langkah "tak ambil kisah" akan hal-hal sosial yang semakin meruncing ini.
Contoh yang terdekat yang boleh sesamamu galakkan kita boleh mengambil bahagian ialah dengan mengenakan baju HITAM SETIAP HARI KHAMIS-Thursday in Black(TiB). Dengan mengenakan baju hitam pada setiap hari khamis, kita menyatakan tanda sokongan kepada kempen untuk MENGHENTIKAN keganasan, Rogol, Penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

2- Setiap hari tanpa beg plastik.

Satu langkah yang berani yang kerajaan negeri Pulai Pinang lakukan di mana menggalakkan setiap pengguna yang membeli belah di pasaraya di sekitar Pulau Pinang membawa beg mereka masing -masing semasa membeli belah. Yang menariknya disini ialah, ketua menteri Pulau Pinang yang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng menyatakan walaupun tindakan ini akan mengurangkan populariti kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi ia sanggup hilang populariti daripada kehilangan alam semulajadi yang generasi yang akan mendatang yang akan menerima kesan dan akibatnya.
Tahniah kerajaan negeri Pulau Pinang. Ini merupakan satu langkah yang bijak dalam menangani masalah pencemaran alam kesan daripada penggunaan beg plastik dan masalah lain yang timbul daripada beg-beg plastik ini terhadap alam sekitar dan semulajadi kita.
Sesamamu menjadikan tindakan yang diambil kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengharamkan penggunaan beg plastik serta merta pada 1 Januari 2011 adalah satu tindakan yang patut dicontohi oleh semua kerajaan negeri yang lain. Tidak cukup kalau hanya setiap hari sabtu kempen tidak menggunakan beg plastik bagi seluruh negara. Bagaimana dengan hari-hari lain?

KUDOS Pulau Pinang.

Dengan 2 cerita yang sesamamu anggap panas dan terhangat berlaku pada 1.1.11 ini, sesamamu harap, pada tahun ini, makin ramai komuniti kita yang "sanggup membiarkan tangan mereka kotor dan menghulurkan tangan" mereka terhadap apa yang berlaku antara sesamamu insani dan alam ini. 

No comments:

Post a Comment