sesamamu

Monday, January 10, 2011

Cinta sejati setia menunggu...(True love can wait...)

Gelap bukan kerana hujan yang memanjang dan banjir di sana sini. Gelap kerana Januari ini sahaja dada akhbar tempatan kita dihiasi dengan berita bayi dijumpai terapung, bayi dijumpai di dalam lubang tandas dan banyak lagi kisah bayi di buang seperti "mereka" ini bukan jasad yang perlu diberikan peluang untuk hidup biar seketika di bumi ini.

Masih ada yang sayang...

Walaupun kewujudan mereka bukan kerana kerelaan, tetapi berilah secebis peluang kepada bayi ini untuk hidup selayaknya. Sesamamu percaya, banyak pasangan suami isteri yang menunggu  peluang untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri tetapi mungkin belum lagi diberkati walaupun telah menunggu sekian lama. Dan sesamamu percaya, mereka ini pasti gembira apabila bayi ini diserahkan kepada mereka? Apa salahnya keluarga angkat ini menjadi ibu bapa yang boleh memberi peluang kepada bayi ini membesar di tempat dan keadaan persekitaran yang sebenarnya. Bukannya di dalam tok sampah? lubang jamban? di laut luas tu?

Sampai bila?

Ya persoalannya sekarang, sampai bila perkara ini harus berlaku? Sudah banyak cara yang telah kerajaan lakukan, pelbagai kempen telah diperkenalkan. Tetapi perkara ini seperti tiada kesudahannya. Adakah nilai-nilai kemanusian di dalam masyarakat kita sudah lenyap? Adakah kerana remaja kita sekarang sudah dikuasai satu "nafsu" yang diluar kawalan mereka sehingga sanggup menggadaikan maruah diri mereka?

Cinta sejati setia menunggu...

Wahai para remaja yang dikasihi semua. Benarka akan cinta sejati yang kamu lafaskan kepada pasangan kamu itu? Kalau benar? Sanggup kah kamu menanti sehingga diberkati di gereja akan hubungan kamu dengan satu  perkahwinan yang sah?
Kalau kamu katakan Sayang dan cinta kepada kekasih kamu itu, Setialah menunggu sampai masanya kamu "sah" sebagai suami dan isteri untuk melakukan hubungan seks itu. Bukan sekarang! Bukan ketika lafas cinta itu diluahkan, tetapi ketika "diberkati" kelak.
Sebelum kamu jatuh dalam seks sebelum nikah, sebelum nafsu itu menguasai diri kamu, katakan kepada pasangan kamu itu..."Cinta sejati setia menunggu..." atau "true love can wait..."

No comments:

Post a Comment