sesamamu

Monday, January 24, 2011

Kanak-kanak sangat ISTIMEWA ...

"Maka Yesus mengambil seorang anak kecil dan menempatkannya di tengah-tengah mereka, kemudian Ia memeluk anak it..." (Mat 9:36)

Jelas sekali kepada kita betapa istimewanya anak kecil itu kepada Yesus. Sehingga Dia memanggil anak kecil itu dan meletakkannya di tengah-tengah muridNya dan orang ramai pada ketika itu. Bukan itu sahaja, Dia menunjukkan bagaimana seharunya kita melayan anak kecil itu.
Jelas sekali, anak kecil ini amat istimewa dimataNya...

Tetapi awal tahun ini kita dikejutkan dengan kematian seorang anak kecil yang baru berusia 3 tahun yang mati dengan 73 kesan lebam di badannya dan dipercayai mati akibat pendarahan dalaman kesan penderaan orang yang terdekat kepada anak kecil ini.
Nur Dania Qistina, mati dengan 73 kesan lebam termasuk di dada dan matanya. Doktor yang melakukan bedah siasat mendapati, Qistina mati akibat kesan penderahan dalaman yang dia alami dan bukan kerana "mati Lemas" seperti didakwa oleh ibu tirinya.
Dipercayai pihak polis telah melakukan siasatan terperinci terhadap kes ini.

Yang paling menghayat hati, apabila si ibu kandung si mangsa tidak sempat berjumpa anaknya selama 3 bulan berpisah apabila si mangsa diserahkan di bawah jagaan ayah si mangsa.


Apabila murid-murid Yesus cuba menghalang anak-anak kecil itu menghampiri Dia, Dia terus menyuruh muridNya membenarkan anak-anak itu datang dekat kepada Nya. Malah Dia mengambil salah seorang daripada anak-anak itu dan menempatkan anak itu di tengah-tengah mereka serta memeluknya...


Satu perlakuan yang sepatutnya kita sebagai manusia yang normal ini lakukan terhadap anak-anak kecil ini.


Menyambut mereka dengan kasih sayang...


Anak yang kecil ini bukan memerlukan kesan lebam dan terajang kungfu orang dewasa tetapi belaian kasih sayang. Anak ini memerlukan tangan yang mengasihi mereka dan bukannya kekerasan. Tangan itu seharusnya digunakan untuk membelai anak ini dengan kasih yang tidak berbelah bahagi. Menyambut dengan penuh kasih dan sayang.


Melindungi mereka dengan kasih sayang...


Tangan itu juga seharusnya digunakan untuk melindungi si kecil ini daripada bahaya yang datang. Bukannya digunakan untuk sebaliknya. Sesamamu percaya, Qistina berharap betul yang tangan-tangan yang dewasa yang dia percaya itu dapat melindunginya tetapi sebaliknya yang berlaku kepada si kecil yang tidak tahu apa-apa ini.


Jaga hati kita...


Sesamamu mengajak kita sama-sama menjaga hati kita supaya tidak dikuasai satu kuasa yang boleh mengubah manusia yang berhati mulia kepada seorang yang berhati binatang seperti yang dilakukan oleh ibu tiri mangsa ini.
Jagalah hati kita dengan terus mendekatkan diri kita kepada Dia yang penuh kasih.

No comments:

Post a Comment