sesamamu

Saturday, January 1, 2011

coretan sesamamu 2010

Tinggal beberapa minit lagi kita diambang tahun 2011. Begitu pantas masa berlalu dan kita telah lalui banyak perkara dan isu yang berlaku di dalam negara kita sendiri sesamamu ketengahkan untuk kita sama-sama renungkan.

Mari kita sama-sama terus peka dengan apa yang berlaku dipersekitaran kita.
Di tahun yang baru ini, sesamamu harap kita akan lebih sensitif dan perihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku di dalam masyarakat kita. Kehidupan harmoni yang kita sama-sama rasakan biarlah kita terus pelihara dengan mengambil berat sesama kita manusia.

Bersatu kita teguh...

Pepatah mengatakan "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Pepatah ini boleh kita guna pakai sepanjang tahun 2011 ini. Untuk kita lebih mengasihi sesama insani. Apa gunanya kalau kita saling membenci dan mempunyai perasaan hasad dengki sesama kita sehingga boleh memusnahkan kehormanian dan muhibah yang kita miliki.
Apa gunanya apabila hidup kita dikuasai perasaan tamak halobah sehingga sanggup memusnahkan sumber-sumber semulajadi yang ada?

Dan apa gunanya apabila kita tidak mempedulikan sesama kita insani sehingga kita sanggup meminggirkan mereka yang memerlukan diluar sana?

Ayoh! bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!!! sama-sama kita menghadapi segala rintangan untuk kita bersatu menjadi masyarakat yang mempedulikan apa yang berlaku kepada alam semulajadi dan manusia amnya. Ini adalah panggilan kita sebagai warga negara Bumi ciptaan Dia yang maha esa ini.

Sesamamu ingin akhirkan tahun 2010 dengan satu petikan daripada "Micah chapter 6 verse 8" dalam terjemahan "the message"

[8]  But he's already made it plain how to live, what to do,
what GOD is looking for in men and women.
It's quite simple: Do what is fair and just to your neighbor,
be compassionate and loyal in your love,
And don't take yourself too seriously—
take God seriously.

Perhatikan baris terakhir ayat tersebut, "And don't take yourself too seriously - take God seriously."
Sesamamu dapat rasakan, ini adlah panggilan kita untuk tahun 2011 ini, iaitu "Biar Tuhan yang kita utamakan untuk hidup aman damai dan bukannya memikirkan tentang diri kita sendiri sahaja."

Selamat tahun baru 2011 dari "sesamamu".

No comments:

Post a Comment