sesamamu

Wednesday, January 26, 2011

Suara bumi ku...

Apabila orang Farisi menyuruh Tuhan Yesus untuk mengarahkan murid-murid Nya daripada bersorak memuji kebesaran Tuhan oleh kerana pekerjaan Nya amat luar biasa itu. Tuhan Yesus pun berkata kepada orang Farisi itu,"Sekalipun mereka akan berhenti bersuara, Batuan ini akan bersuara untuk mereka, serukan pujian". 
Dalam terjemahan The message seperti berikut..
[40] But he said, “If they kept quiet, the stones would do it for them, shouting praise.”

Luke 19:40


Pengertian Sesamamu akan petikan ayat ini ialah;

1. Bumi akan sentiasa mengagungkan NYA
Bumi ini teah diciptakan NYA dan selayaknya lah segala ciptaan Nya memuji akan ciptaan NYA yang luar biasa ini. Walaupun manusia mulai berhenti memuji akan kebesaran NYA dan melupakan akan bumi dan segala isi hasil ciptaan tangan NYA, tetapi, Bumi ini akan tetap bersuara dan bersorak pujian yang tertinggi untuk Sang Pencipta ini.

2. Manusia lupa tetapi bumi tidak
Biar pun manusia sudah mulai lupa dan hanyut dengan ketamakannya mengaut hasil daripada bumi ini. Sehingga segala kekayaan hasil daripada bumi kian pudar setiap hari, tetapi bumi ini akan terus bersuara mengagungkan NYA. Walaupun kehijauan dan keharmonian segala makhluk ciptaan NYA di muka bumi ini kian pupus, tetapi masih kedengaran lagi suara-suara nyaring bumi ini bersorak Haleluyah kepada penciptanya. Bumi takkan lupa tetapi manusia mudah lupa...

3. Bumi ganti manusia bersorak...
Satu penyataan yang amat menarik di mana, apabila Tuhan Yesus menyatakan..." kalau mereka diam(manusia diam), tetapi bumi ini akan ganti mereka dan bersorak Halaluyah." kepada penciptanya. Bumi tak pernah gagal malah ia sanggup menggantikan manusia yang mulai pudar suaranya ingin mengakui akan kehebatan NYA yang menciptakan alam semesta ini serta isinya.

Jadi, kalau kita lihat apa yang berlaku kepada dunia sekarang. Keadaan iklim yang tidak menentu. Banjir sana-sini, gempa bumi berlaku mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, ais mencair di kutub utara akibat kesan rumah hijau, musim sejuk yang  melampau, kemarau yang panjang dan pencemaran udara serta air yang menjejaskan kehidupan bukan sahaja manusia sejagat tetapi segala makhluk hidup yang menduduki muka bumi ini, adakah bumi bumi bersuara mengingatkan kita bahwa kita manusia telah melampui batas menghapuskan, memusnahkan apa yang baik diciptakan NYA untuk kita? Atau adakah ini semua berlaku kerana bumi sudah BERHENTI mengganti suara kita untuk bersorak Haleluyah akan kehebatan NYA?

Sama-sama kita renungkan.

KEEP GREEN...save our nature....

No comments:

Post a Comment