Kalau melihat apa yang berlaku disekitar kita pada awal tahun 2011 ini, seakan-akan dunia ini tidak mempunyai harapan lagi untuk menangani apa yang dapat dikatakan sesamamu"kitaran kemusnahan" manusia sejagat. Banjir berlaku di sana-sini, kekejaman antara insani menutup segala Kasih, akhlak dan maruah remaja kian longgar malah "runtuh", yang kaya terus bahagia melihat yang msikin semakin menderita...
Sesamamu pasti ada seorang yang memerhatikan apa yang berlaku dengan apa yang diciptakan NYA ini dengan hati yang "remuk" tetapi tetap setia menanti sinar harapan dalam hati "mereka" untuk KEMBALI kepada NYA.
Aku percaya...
Suatu hari nanti, manusia akan sedar betapa pentingnya nafas yang dipinjamkan kepada kita hanya untuk memuliakan nama NYA untuk 24 jam sejurus kita bangun dari tidur. Kerana setiap kali kita membuka mata kita setiap pagi, perlu kita ingat bahwa nafas yang diberikan kepada kita pada hari tersebut adalah dipinjamkan kepada kita untuk 24 jam seterusnya. Dan yang pasti, ia digunakan untuk memuliakan nama NYA di dalam segala hal yang kita lakukan sepanjang hari tersebut.
Aku Percaya...
Suatu hari nanti, kita tidak akan dengar lagi ada bayi yang di buang begitu sahaja. Manusia mula menghargai bukan sahaja zuriat yang bakal dilahirkan hasil daripada "nafsu" yang menguasai diri tetapi manusia mulai sedar betapa KASIH itu adalah suci adanya kerana DIA adalah KASIH. Dan bukan "Hawa nafsu" semata...
Aku Percaya...
Suatu hari nanti tiada lagi kedengaran tangis kanak-kanak menderita di dera atau diperlakukan seperti binatang oleh orang yang terdekat ataupun sedarah sedaging dengan mereka.
Aku percaya...
Suatu hari nanti kita akan sama-sama rasa selamat melalui lorong-lorong sepi berjalan keseorangan ataupun tiada khuatir lagi bercakap dengan orang yang kita tidak kenali.
Aku percaya...
Suatu hari nanti orang yang diberkati dengan harta dan kekayaan yang berlimpah akan sudi membantu dan menolong orang-orang miskin yang dihimpit dengan kepayahan hidup akibat pembahagian harta kekayaan yang tidak seimbang di dalam masyarakat kita.
Aku percaya...
Suatu hari nanti mereka yang serba kekurangan juga akan mendapat peluang pendidikan yang setaraf dengan kita yang lain. Bukan kah mereka ini juga perlu diberkati???
Aku percaya...
Suatu hari nanti anak-anak kita ataupun cucu-cucu aku dapat menikmati alam ciptaan Tuhan ini kerana ianya terpelihara dengan baik oleh generasi kita sekarang. Mereka akan terus mewarisi alam semulajadi dan hidupannya yang sempurna terpelihara hasil daripada pemeliharaan dan kesedaran generasi sekarang betapa pentingnya untuk kekalkan KEHIJAUAN bumi ini daripada terus tercemar.
Aku percaya...
Suatu hari nanti keadilan dan kebenaran akan menjadi tonggak pendirian melahirkan masyarakat manusia yang harmoni serta saling mengasihi antara insani...Tiada lagi penindasan terhadap yang lemah.
Aku percaya...
Suatu hari nanti tiada lagi tembok prejudis yang memisahkan kita dengan saudara yang berbeza kepercayaan, keturunan mahupun latar belakang status kerana kita mula berlumba-lumba merobohkan tembok tersebut dan berganding tangan membina jambatan yang menghubungkan kita...
Aku percaya...
Suatu hari nanti hati BAPA ku akan tenang dan lega melihat ciptaan NYA yang hidup aman sentosa...
Aku percaya...
Suatu hari nanti ramai yang PERCAYA perkara yang diatas akan menjadi kenyataan kerana "Sesamamu" percaya masih ramai yang di luar sana masih perihatin dengan apa yang berlaku dipersekitaran kita....dan mangatakan "Masih ada harapan...aku percaya....".
Aku percaya...
No comments:
Post a Comment