sesamamu

Wednesday, March 30, 2011

Malah setan-setan pun percaya...

Satu Topik artikel yang menarik yang sesamamu petik daripada Yakobus 2:19...

Namun apa yang sesamamu ingin  ketengahkan sekarang adalah refleksi sesamamu dengan satu acara sedunia yang baru-baru ini kita sama-sama jayakan, iaitu "Earth Hour".
Pada masa itu, sesamamu berada di luar Sarawak iaitu di tengah-tengah Kota Raya Kuala Lumpur. Ya sungguh menakjubkan apabila menara-menara yang tersergam indah tiba-tiba bergelap selama 1 jam. Malah banyak pasaraya-pasaraya cuma memasang lampu keselamatan buat sejam pada ketika itu untuk sama-sama menyumbang kepada acara yang di sambut berjuta-juta penduduk bumi ini. Sungguh mendorong melihat bagaimana warga kota sama-sama menyumbang kepada bumi walaupun barang seketika. Satu sumbangan yang besar maknanya kepada bumi kita ini yang mengalami pemanasan global yang menjadi-jadi.

Bumi ku menjerit lagi...

Belum pun reda kita bersama-sama rakyat Jepun yang dilanda gempa bumi serta Tsunami yang dahysat, negara jiran kita juga dilanda gempa bumi yang berukuran 6.5 magnitud pada 23 Mac yang lalu dan mengorbankan 75 nyawa. Dan tidak lama setelah itu, pada minggu yang sama, sekali lagi negara Jepun mengalami satu lagi gegeran yang berskala 6 magnitud.

Apakah yang ingin dinyatakan oleh bumi ini kepada kita?

Adakah pemanasan global ini menyumbang kepada pergerakan pusat bumi yang tidak stabil?

Adakah lapisan kerak bumi kita mulai mencair kesan pemanasan Global ini serta menyumbang kepada pergerakan yang tidak seimbang dan kerap?

Itu adalah beberapa persoalan yang perlu kajian saintifik daripada mereka yang pakar untuk menjawab, tetapi bagi kita yang kurang kemahirannya di dalam hal ini, apa yang boleh kita lakukan?

Apa yang boleh kita lakukan?

Kita telah di ajar oleh agama kita untuk melakukan yang baik kepada sesama kita manusia malah kepada bumi ini. Kita telah mendengar daripada guru-guru agama kita untuk melakukan semua perkara kepada orang lain kerana kita menerima akan kasih sejati daripada Dia.
Jadi, lakukan lah!!! cukup sudah kita membaca-mendengar sekarang kita harus melakukannya.
Contoh perkara yang paling mudah kita lakukan ialah, bergelap sejam pada "earth hour" hari tu. Tetapi, ada juga mereka yang masih tidak perihatin dan berdegil untuk terlibat sama. Yang mentedihkan, ada diantara mereka adalah kalangan orang yang sudah mendengar tentang hal ini menjaga dan memulihara semua ciptaan Nya itu berdegil tidak mahu terlibat sama.

Kenapa mesti sibuk sangat tentang "keselamatan Peribadi Mu" sahaja atau Kamu sahaja mahu pergi syurga. Patutlah Mahatma Gandhi pernah berkata "Christian monopoly the heaven".!

Setelah kita mendengar seharunya kita melakukannya. Biar "simple" tetapi besar maknanya kepada bumi ini.

Tidak terlambat kah?

Apabila sesamamu melihat bagaimana kita manusia begitu rakus menggunakan sumber bumi yang Tuhan ciptakan dan khas untuk kita gunakan, tetapi kita manusia tidak menjaga malah menguruskan sumber itu dengan baik sehingga akhirnya meninggalkan kesan kepada persekitaran bumi kita pula.
Tetapi, sesamamu rasa tidak terlambat lagi kerana, negara kita Malaysia masih banyak mengekalkan hutan-hutan rimba yang masih "original" lagi. (Hutan Kelapa Sawit  bukan hutan yang "Original"). Jadi, sesamamu menyeru kita untuk sama-sama memelihara dan menjaga apa yang masih kekal wujud di negara kita. Terutama Sarawak. Setahu sesamamu, masih ada 30-40 peratus lagi HUTAN HUJAN TROPIKA  di Sarawak. Oleh yang demikian, sesamamu menyeru semua pemimpin-pemimpin dalam kerajaan sekarang bersatu berusaha membenteras hutan kita daripada terus diterokai dan selalau menggunakan alasan "DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN".
Sesamamu benar-benar menyeru kepada para pemimpinku yang tersayang di Bumi Kenyalang ini...masih tidak terlambat...

Setan-Setan pun percaya...

Berbalik kepada ayat tersebut, apa yang sesamamu mahu nyatakan di sini ialah, CUKUP SUDAH BERCAKAP TENTANG KEPERCAYAAN KITA KEPADA TUHAN ITU,  kerana setan pun percaya Dia bah! Apa yang penting sekarang ialah, BERTINDAK.! LAKUKAN!









Sebab kita percaya kepada Tuhan tetapi kita MELAKUKAN apa yang terbaik dan yang baik untuk sesamamu...kepada bumi ini. Itu yang membezakan kita dengan setan-setan itu....

jadi, kalau kita percaya sahaja?  ya jawab sendiri...

Monday, March 28, 2011

Katakan tidak kepada sikap "Walkman ear plug mp3"...

Menurut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari di negara kita dan purata 50,000 kes cubaan membunuh diri berlaku setiap tahun.
Statistik di atas merupakan satu jumlah yang meragukan bagi negara membangun seperti Malaysia. Ini kerana, purata tersebut telah mencecah satu angka yang setanding dengan negara maju seperti Korea Selatan dalam kes membunuh diri ini.

Mengejutkan...

Dalam beberapa bulan yang lepas sahaja, kita telah mendengar banyak kes baik cubaan membunuh diri mahupun kes yang menghayat hati bagaimana satu kes membunuh diri berlaku di Miri apabila si ibu dan anak didapati mati di dalam kereta wira mereka. Dan siasatan awal menjangkakan tiada sebarang bukti menunjukkan ia adalah satu kes pembunuhan dan lebih menjurus kepada kes bunuh diri.

Begitu juga apabila seorang pemuda mengongsikan statusnya dilaman web sosial sebelum dia mengambil keputusan untuk terjun daripada bangunan.

Apa punca nya???

Tekanan hidup yang tinggi menjadi punca bagi kebanyakan kes bunuh diri ini. Cuba lari daripada masalah tekanan kerja, tekanan hutang, tekanan keluarga dan banyak lagi tekanan hidup yang mendorong si pelaku untuk mengambil jalan singkat-Bunuh diri!
Tetapi ada juga yang melakukan perbuatan ini kerana masalah yang remeh seperti, dimarahi kekasih malah taksub dengan perasaan cinta pasangan kekasih ini juga menjadi pendorong kepada ramai remaja mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Pergolakan emosi...

Emosi yang tidak stabil ataupun pergolakan emosi yang tidak menentu ini telah mendorong kepada si pelaku sanggup menanamtkan nafas yang diberikan oleh Tuhan kepadanya. Masalah emosi yang tidak stabil ini ada kaitan nya dengan kepercayaan seseorang itu. Dalam erti kata lain, iman percaya kepada Tuhan nya. Ini kerana, emosi yang bergolak ini senang dikuasai oleh suatu kuasa yang negatif yang mendorong si pelaku untuk membuat suatu perkara yang di luar kawalan akal fikiran manusia sendiri.

Katakan tidak kepada  sikap "Sony Walkman ear plug"...

Jadilah pendengar yang baik serta setia. Kadang-kala kita tidak tahu bahawa ada tekanan -tekanan tertentu di dalam jiwa kita. Oleh yang demikian, ada baiknya kita kongsikan dengan orang lain kalau ada apa-apa masalah. Dalam masa yang sama, kita juga boleh menjadi pendengar yang baik serta setia kepada orang yang memerlukan. Beri sedikit masa untuk mendengar dari orang apa yang ada disekeliling kita selagi ada kesempatan itu. Mungkin hari ini dia sedia untuk kongsikan ceritanya tetapi, sikap "Sony Walkman Ear Plug" menyebabkan dia tangguhkan untuk kongsi kepada kita...dan keesokannya apabila kita sudah sedia untuk mendengar, ia nya sudah terlambat....

Ini adalah sikap kita yang tidak mahu ambil peduli ataupun ambil sikap acuh tak acuh dengan perkara remeh temeh ini sehinggakan kita tidak mahu "pinjamkan telinga" kita untuk mendengar cerita orang lain yang di dalam kesusahan serta emosi yang tidak stabil itu.

 Kecil sumbangan kita berikan tetapi besar maknanya kepada kehidupan seseorang itu apabila kita hanya "pinjamkan" barang seketika telinga kita untuk mendengar...mereka mungkin amat tertekan, tiada siapa tempat mengadu ataupun bertanya khabar...


"Siapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!" (Markus 4:9)

Wednesday, March 23, 2011

Tiada lagi "hutan hujan tropika" tapi "Hutan Kelapa sawit teruk gilaaaa".

" Bumi yang tiada rimba
seumpama hamba,
Pasti suatu hari hilang,
tanpa di sedari..."

Petikan lagu "Hijau" daripada Zainal Abidin telah digubah pada awal tahun 90an. 21 tahun sudah berlalu lagu ini berkemandang apabila adanya kempen "Hijau". Tetapi, malangnya, lagu hanya tinggal lagu. Sebelum lagu ini tercipta, masalah "menggondolkan" hutan kita secara besar-besaran telah bermula.

Dan bayangkan, apa yang berlaku sekarang? Sesamamu setuju kalau lagu ini akan terus didendangkan , tanpa jemu sehingga manusia yang tamak haloba ini akan sedar. (Kalau mahu sedar la)

Sesamamu terpanggil untuk berkongsi cerita "Hujan Hujan Tropika" ini berganti dengan "Hutan Kelapa Sawit teruk gila..." sempena memperingati minggu bumi dan "earth hour" yang akan berlangsung pada 26 Mac ini dari 7.30pm sehingga 8.30pm.

Dari Lawas ke Miri...

Sesamamu melalui penerbangan twin otter selama 45 minit dari Lawas ke Miri tergaman sejenak apabila melihat "Penggondolan Hutan" begitu rancak. Sejauh mata memandang, sejauh itulah sesamamu dapat melihat betapa dahulunyanya adalah Hutan Hujan Tropika yang begitu luas terbentang serta berjutaan tahun wujud kini telah HILANG-LENYAP dan digantikan dengan "HUTAN POKOK KELAPA SAWIT".  Mana salah dan silapnya? Kenapa pokok pokok yang jutaan tahun umurnya telah digadai dengan sewenang-wenangnya. Adakah manusia begitu rakus sehinggakan sanggup menggadaikan sesuatu yang bernilai ini demi mengenyangkan perut sendiri?

Sejauh mata memandang...

Kalau dahulunya, pemandangan mata kita begitu tenang dengan melihat semulajadi alam yang hijau itu, tetapi sekarang, kehijauan itu berganti dengan sejenis pokok yang pasti bukan pengganti yang sesuai kepada ekosistem rimba. Manakan mungkin pokok Kelapa Sawit mampu membekalkan keperluan yang seimbang seperti yang diberikan oleh hutan hujan tropika yang sebenar kepada alam flora dan fauna nya? Tidak mungkin!!!

Mana perginya Hutan itu..

Ya, suatu hari nanti manusia akan menyesal kerana seakan-akan sudah terlanjur menderhaka kepada bumi ini dengan menggadaikan sesuatu yang bernilai kepada Bumi-Hijau kita ini. Suatu hari nanti, kesenangan yang kita miliki sekarang akan memakan diri kita sendiri, dan suatu hari nanti bumi akan bersuara dengan lebih nyaring lagi menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap manusia...di Sarawak ini.

Suatu hari nanti, sesamamu ingatkan...apa yang berlaku di negara sekeliling kita akan berlaku kepada kita sendiri di Sarawak kelak...kerana segala sesuatu ada waktunya dan segalanya ada di hujung jari "SANG PENCIPTA" yang maha AGUNG itu...suatu hari kelak....yang pasti...tiada lagi tawa riang kanak-kanak merasakan "keindahan dunia ini", kerana semuanya telah HANCUR musnah pleh "KETAMAKAN " manusia itu sendiri...

"Oh anak-anak , tak leh merasa mandi laut,
bersaing, main ramai-ramai, 
ale lok ni tuo umur nya berjuto,
kita usaho, jauh ke dari malapetako...
Ozon, lok kini nipih nak-nak hari,
tak leh tahe oh bisawe, pasal manusia...
semua bendo-bendo di dunia, tak leh tahe, sampai bilo-bilo..." (Hijau-Zainan Abidin)

sama-sama menyokong "Earth Hour" pada 26 Mac,hanya untuk satu jam...

Sunday, March 20, 2011

Setiap 3.6 saat, seorang mati KELAPARAN...

"Aku makan bila aku rasa lapar". (Mahatma Gandhi)

Kita semua kenal siapa Mahatma Gandhi, yang terkenal dengan mogok laparnya dan kesanggupan berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer demi sebuah keadilan dan hak kesaksamaan manusia sejagat. Tetapi, sesamamu bukan membawa kita melihat siapa pejuang kebebasan India ini, tetapi lebih berkenaan dengan isu kekurangan makanan sejagat. serta kematian akibat LAPAR|.
Untuk pengetahuan semua, Mahatma Gandhi bukan mati kerana lapar tetapi, kerana dibunuh oleh kerana KEADILAN yang dia cuba tegakkan.

Statistik menarik...
Menrurut statistik "World Health Organization", sekurang-kurangnya seorang mati dalam 3.6 saat setiap hari kerana kelaparan. Yang sedihnya ialah, ia melibatkan ramai kanak-kanak. Di jangkakan 16,000 kanak-kanak mati kelaparan dan kurangnya nutrasi setiap hari.

Masalah ini berlaku kerana kemiskinan global yang meningkat sepanjang tahun. Pada tahun 2005 sahaja, 1.4 Billion manusia menghadapi masalah kemiskinan yang dahsyat. Dan angka ini meningkat sebanyak 100-150 Juta pada waktu ekonomi krisis tahun 2008-2009 yang lalu.  Dengan peningkatnya masalah kemiskinan ini, secara langsung telah menyumbang kepada meningkatnya kematian akibat kurangnya makanan.
Bayangkan 1.3 Billion manusia sejagat hanya berharap hidup kepada USD1 setiap hari untuk hidup? Menurut perangkaan UNICEF, 358 Billionaires mempunyai harta yang pendaptan perkapita 45% negara-negara seluruh dunia. Tetapi kenapa masih ada yang miskin dan mati kebuluran setiap saat? Seorang daripada 8 kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidur dengan perut yang kosong dan kelaparan setiap hari.

Ada ku kisah???

Ya, satu persoalan yang baik, mungkin apa yang kita boleh buat (Kalau kita peduli lah atau kisah lah), setiap kali kita makan, ingat-ingatlah mereka yang mati kebulur kelaparan setiap 3.6 saat tu. Jadi, barulah kita tidak membazirkan makanan yang kita pesan walaupun kita tidak merasa laparkan? Ataupun sekurang-kurangnya mengintakan kita masak secukupnya dan tidak berlebih-lebihan pula.

Seperti penyataan Mahatma Gandhi tadi, makanlah apabila kita betul-betul rasa lapar dan bukannya hanya kerana nafsu makan kita itu. Ya, sesamamu tahu , banyak daripada kita diberkati Tuhan yang maha Esa dengan pekerjaan yang baik serta pendapatan yang memuaskan, jadi memang layak lah kita boleh pesan apa sahaja yang kita mahu makan, tetapi, bukankah lebih baik kita berjimat cermat dalam hal makan apa yang kita perlu sahaja?

Dan, dengan bersederhana di dalam pemakanan kita, kita sebenarnya akan menyumbang kepada kestabilan harga makanan yang semakin melambung di dunia sekarang. Kalaulah kita dapat mengawal nafsu makan kita, sudah pasti kita telah mengawal permintaan makanan yang keterlaluan sehingga menyebabkan harga makanan global melambung tinggi akhirnya secara tidak langsung kita telah memberi beban kepada mereka yang miskin yang bergantung hidup kepada USD1 setiap hari.
Kekurangan makanan ini berpunca daripada pengagihan makanan yang tidak seimbang kepada negara-negara yang kurang berupaya akibat permintaan kepada makanan daripada negara-negara yang maju mahupun membangun sehingga mengakibatkan harga makanan global itu melambung tinggi. Ini mengundang kepada ketidak mampuan negara-negara yang sedia miskin untuk menandingi keperluan makanan yang begitu mahal untuk negara mereka. Akibatnya,ramai kanak-kanak yang mati kelaparan.


"Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi aku makan..." (Mat 25:35)

Ya, beringatlah ketika makan ya...apa yang kita makan, dan bazirkan...ada orang yang mati kelaparan tau...

Apabila sesamamu melihat gambar-gambar mereka ini, sesamamu dapat merasakan betapa peritnya kehidupan mereka yang hanya inginkan sesuap nasi sisa daripada lebihan makanan kita yang kita bazirkan. Dan bagi mereka ini, ia amat bererti untuk hidup malah untuk sesaat pun...

Wednesday, March 16, 2011

JERITAN BUMI KU LAGI...

Sesamamu ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang apa yang berlaku sekarang ini setelah satu lagi gempa bumi yang Dahsyat di luar Pantai Negara Jepun selang beberapa minggu sahaja gempa bumi yang melanda Christchurch baru-baru ini.
Gempa bumi yang berskala 8.9 magnitud ini telah menyebabkan satu Tsunami yang setinggi 10 meter di persisiran pantai Jepun. Dilaporkan kematian meningkat sekurang-kurangnya 10,000 orang yang kebanyakannya dipercayai hanyut bersama ombak Tsunami sejauh 6 km dari persisiran pantai pada waktu kejadian itu.
Bukan itu sahaja, gempa bumi ini juga mengakibatkan 2 loji nuclear meletup dan terjejas serta mengundang bahaya kesan radioaktif  kepada penduduk di dalam lingkungan 20 meter daripada kawasan loji tersebut dan keseluruhan persisir  pantai yang berhampiran. Malah dengan kadar tiupan angin yang sederhana ini, bahaya radioaktif ini sudah pasti akan menular keseluruh Negara matahari terbit ini serta Negara-negara yang berdekatan.
Jeritan Bumi…
Apa yang pasti, sekarang ini, di sana sini kedengaran si ibu memanggil anak yang tersayang setelah dihanyutkan oleh tsunami besar ini. Si ayah menyeru nama-nama yang tersayang dengan harapan yang tipis dapat menemui mereka kembali dan tangisan si kecil mencari-cari disebalik timbunan “sampah” yang disebabkan bencana alam yang terbesar dan terburuk setelah perang dunia yang kedua kepada Negara Jepun ini.
Di satu sudut pula, ada kedengaran mereka yang terselamat  tetapi menghadapi trauma yang sangat hebat dalam kehidupan peribadi mereka setelah beberapa jam bencana ini menimpa mereka. Malah, ada yang kebulur kelaparan serta kurangnya bekalan air bersih menambahkan lagi sengsara mereka yang terselamat ini.

Adakah ini kesudahan nya???
Emm, satu persoalan yang pernah murid-murid Tuhan Yesus bertanya kepada Nya secara peribadi semasa mereka berada di bukit Zaiton. Dalam Matius 24:1-14, Tuhan Yesus menjawab mereka dengan beberapa perkara yang harus mereka ketahui sebelum hari “kesudahan itu”. Tetapi tidak dinyatakan bila, Cuma beberapa perkara yang bakal dan harus terjadi sebelum hari tersebut tiba. Malah, Tuhan Yesus memberitahu, “Hanya Bapa di syurga tahu akan hari tersebut- Malaikat Nya pun tidak tahu”.
Tetapi yang pasti – Gempa bumi akan kerap berlaku, peperangan sudah pasti terjadi, manusia kasih manusia sesamanya mulai pudar, dan banyak nabi-nabi palsu akan melakukan mukzijat dalam Nama Nya…semua ini harus berlaku dan pasti akan berlaku sebelum kesudahannya tiba…
Bila lah kesudahannya????
Dalam Matius 24:14 “ apabila berita baik tentang Dia diberitakan keseluruh dunia dan bangsa”.  Baru lah kesudahan itu akan tiba. Jadi, cuba lihat disekeliling mu sekarang, adakah Injil tentang Berita baik itu telah sampai ke seluruh dunia dan bangsa? Atau masih ramai lagi rakan-rakan kita di luar sana masih jauh dari Tuhan atau tidak mengenal akan Dia?  Berakhirkah dunia ini?

Yang penting, apa yang harus kita buat sekarang?
Tidak perlu dihiraukan bila dan saatnya dunia ini berakhir, tetapi yang paling utama ialah, kita mengetahui bahwa semuanya ini harus terjadi. Dan kita dalam masa yang sama berusaha mengkhabarkan berita baik itu kepada banyak jiwa yang di luar jankauan lingkaran “komuniti” kita. “Terang di tempat yang terang dan bukan jadi garam di tengah lautan." 

Lakukan yang termampu untuk menanti “kesudahan” bumi ini dengan;
Apa yang perlu kita lakukan sekarang;

1-      Mengakui akan Kehebatan dan kebesaran TUHAN itu.
-          Apa yang berlaku sekarang adalah satu penyataan “BETAPA KECILNYA KITA “ di hadapan yang maha kuasa ini. Sedarlah manusia, siapalah kita ini jika dibandingkan dengan KUASA sang PENCIPTA itu.
-          WANG ringgit , KEDUDUKAN serta DARJAT kita terlalu kecil di mata DIA.
2-      Meningatkan sesama kita manusia…
-          Ingat akan mereka yang ditimpa malapetaka ini dengan membantu mereka di dalam doa mereka. Tidak  kah kau tahu betapa mereka ini memerlukan sokongan moral untuk mereka menghadapi hari-hari yang begitu suram setelah bencana ini.
-          Menhulurkan sumbangan dari segi kewangan. Berapa sahaja jumlah yang diberi tetapi kalau dengan hati yang ikhlas, sudah pasti dapat meringankan beban mereka yang terjejas ini.
Jangan dihiraukan dan sibuk tentang bilakah "kesudahannya" tetapi terus melakukan tanggung jawab kita sebagai manusia ciptaan NYA. Iaitu melakukan segala perkara untuk memuliakan Nama Nya.

Tetap setia…
Jadi tetaplah setia. Setia akan segala yang dinyatakan di dalam Firmannya iaitu, kasihilah Tuhan dengan segenap hati mu, dengan segenap jiwa mu, dengan segenap akal budi mu dan dengan segenap kekuatan mu serta kasihilah sesamamu manusia seperti kita mengasihi diri kita sendiri. Dengan apa yang berlaku terhadap bumi kita sekarang, rasa-rasanya bumi kita menjerit memberi amaran kepada segenap umat manusia.

Amaran betapa TUHAN itu besar dan berkuasa dan selayaknya kita HORMAT dan TAKUT akan DIA di dalam kehidupan seharian kita.
Amaran, betapa Bumi tidak dapat lagi menahan betapa “rakus”nya manusia memusnahkan alam ini serta isinya. Manusia sudah lupa akan tanggung jawab yang TUHAN berikan iaitu untuk memelihara serta menjaga alam semulajadi serta hidupannya…
Dan yang terakhir, amaran kepada kita yang percaya kepada DIA…Cukup sudah “menjadi terang di tempat yang terang dan menjadi garam di tengah lautan”. Berusaha dengan lebih lagi untuk mengabarkan beritu baik kepada semua bangsa dan dunia ini dan  bukan hanya “syiok sendiri” di dalam lingkaran zon selamat kita sahaja.

Sunday, March 13, 2011

Berikan aku senaskah ALKITAB itu...

"Umat KU binasa kerana mereka tidak mengenal AKU.." (Hosea 4:6)

Setiap hari kita mendengar kerajaan melaungkan "pemuda-pemudi tonggak" negara. Dan dalam masa yang sama, tunggak ini juga yang kebanyakannya memeningkan kepala pemimpin-pemimpin negara kita.
Banyak lah program dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala sosial dikalangan remaja ini. Pelbagai pendekatan malah ada yang mempersoalkan sejauh mana keberkesanan peranan didikan agama dalam mencorakkan permasalahan ini. Sesamamu setuju bahawa, didikan agama yang betul dapat menangani masalah sosial yang menular di negara kita. Perlu diingat, generasi sekarang adalah "modal insan" yang negara kita harapkan untuk menjamin kemajuan dan kesejahteraan negara kita. Jadi, rukun negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan adalah salah satu penentu kepada sejauh mana "modal insan" yang negara kita harapkan. Semua kepercayaan mengajar kita dan membentuk kita manusia untuk menjadi manusia yang berguna dan berakhlak mulia.

Tetapi, dengan menahan 30,000 naskah Alkitab terjemahan Bahasa Melayu di pelabuhan Kuching dan 5,000 naskah di pelabuhan Klang amatlah tidak masuk akal dalam erti kata - melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. Apa yang berlaku disekeliling kita dengan banyak kes-kes pembuangan bayi, seks luar nikah, pengambilan dadah, kegananasan di sana sini dan banyak lagi gejala-gejala sosial yang semakin menjadi-jadi ini sedikit sebanyak berpunca daripada "kurangnya pengetahuan" mereka tentang didikan dan ajaran agama itu.

Dan kenapa mereka kurang akan pengetahuan tentang agama itu, ini kerana bahan rujukan yang sepatutnya memudahkan mereka memahami nya di dalam bahasa kebangsaan itu telah "diharamkan" daripada sampai kepada mereka. Ya,. di sini merujuk kepada penganut-penganut Kristien dari kalangan golongan muda yang menggunakan bahasa Kebangsaan sebagi bahasa pengantaraan di dalam ibadah mereka.

Kalau kita sekat Alkitab ini daripada terus sampai kepada golongan Kristien muda ini, kita seakan-akan membenarkan golongan ini terus tidak mengenal Tuhan nya dan akhirnya BINASA.

Nabi Hosea telah diberitahu oleh Tuhan bahawa, "umat Nya binasa kerana mereka tidak mengenal DIA...". 
Jadi bagaimana golongan Kristien yang muda ini dapat mengenal Dia kalau mereka tidak ada Alkitab tersebut. Dan bagaimana mereka mahu mengenal Dia kalau mereka tidak dapat membaca dan merenungkan Firman Nya jika mereka tidak memiliki senaskahpun pada mereka?

Persoalannya, mahukah kita bertanggung jawab untuk menjawab apabila kita  nerhadapan dengan DIA yang maha agung suatu hari nanti tentang kemusnahan ramai jiwa yang tidak mengenal Dia akibat tindakan Firman itu atau Alkitab itu tidak disampaikan kepada mereka?

Sesamamu terasa terharu apabila berjumpa dengan sekumpulan 50 orang pemuda-pemudi yang menyatakan mereka tidak mempunyai senaskah pun Alkitab. Walaupun mereka boleh mendapatkan Alkitab dalam terjemahan Indonesia tetapi mereka lebih rela untuk memiliki terjamahan Alkitab dalam Bahasa Kebangsaan kita. Bukankah malang bagi negara kita kalau generasi muda Kristien ini yang sepatutnya dapat didikan agama terus daripada Alkitab Bahasa Melayu yang mereka mudah fahami?

Kepada para pemimpin-pemimpin Kristien di luar sana, baik di dalam kerajaan mahupun pemimpin-peminpin gereja setempat, marilah berdiri dan menjadi suara kepada keperluan ini. Kenapa kita harus berdiam diri dan terus mengambil pendekatan berdiam diri demi menjaga "keselesaan" yang kita miliki sekarang? Kalau tidak kamu sebagai pemimpin, siapa lagi penganut Kristien yang biasa dan sebagai rakyat Malaysia yang kerdil ini bergantung harap seperti kami-sesamamu ini bergantung harap.?

Ya...ya....Kita harus berharap kepada Tuhan, dan merendahkan diri untuk berdoa dalam hal ini, tetapi, bukankah Firman Tuhan juga menuntut kita "melakukan"? Apa yang tidak benar dan betul, kita harus berdiri dan bersuara untuk menegakkan "keadilan dan Kebenaran" itu.
Persoalannya, Sampai bila kita terus membisu dan berdoa sahaja lah!( Satu tabiat yang mudah atas alasan merendahkan diri dan berharap kepada Mukjizat)

Mari, sama-sama kita berdiri atas kebenaran Firman Tuhan dan bersatu suara untuk melihat kesemua Alkitab itu dilepaskan dalam masa yang terdekat.

Sesamamu akhiri dengan renungan daripada Doa Tuhan Yesus...

" Bapa kami yang di syurga, dikuduskanlah Nama Mu, Datanglah kerajaan Mu..."

Bagaimana kerajaanNYA akan datang kalau tiada keadilan dan kebenaran? Bagaimana akan ada keadialn dan kebenaran jika kita "MEMBISU" dan "BERPELUK TUBUH"?

Your throne is founded on two strong pillars—righteousness and justice.
Unfailing love and truth walk before you as attendants.(Psalm 89:14)
Lihat, pemazmur tahu, Kerajaan Nya akan datang apabila ada "Kebenaran dan Keadilan" kerana kedua-duanya adalah Tiang atau dasar kepada KERAJAAN nya.

Bahasa jiwa bangsa...

Renung-renungkan...

Wednesday, March 9, 2011

Hijau bumi ku- nak jadi pengikut siapa?

" Ku mau seperti MU - Yesus, disempurnakan slalu..."

Yang pekergi ke gereja setiap hari minggu sudah pasti kenal korus lirik lagu ni kan? Selalu kita nyanyikan apabila kita rujukkan kepada keperibadian Yesus yang kita jadikan "role model" sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan.
Tetapi di dalam hal pemuliharaan alam semulajadi ini, adakah kita ingin menjadi pengikut Nya? Pengikut Nya bukan sahaja dari segi kehidupan rohaniah yang sempurna yang kita mahu, tetapi, menjadi pengikut Nya didalam segala hal yang kita hadapi di sekeliling kita. Contohnya, menjaga ('abad) dan memelihara (Shamar) bumi dan segala ciptaan Nya.
Kerana Dia adalah "PENCIPTA", "MEMELIHARA" dan "MEMULIHKAN" akan semua perkara. Kita seharusnya menjadi pengikut Adam yang terakhir - Yesus kerana segala sesuatu telah dimatikan didalam Adam yang pertama tetapi dipulihkan di dalam Adam yang terakhir-Yesus. (1 Kor 15:22)

Pengikut Yesus mencontohi Dia...

Sesiapa yang menjadi pengikut Yesus seharusnya mencontohi hidup Dia. Dia yang membuat semua perkara menjadi baru serta kembalikannya dikedudukan yang sedia ada. Ini tidak terhad kepada hubungan Dia dengan manusia, malah semua benda hidup di dunia ini.
Jadi, selayaknya kita mencontohi Dia yang menjadikan semua itu baru dan sempurna adanya.

Siapa itu Yesus yang kita ikut?

Siapakah Yesus itu yang harus kita ikut?
Kerana segala sesuatu sudah ada dan diciptakan oleh Dia dan dalam Dia. Surat Paulus kepada jemaat di Kolese sangat jelas menyatakan nya; (Kolose 1:16)
"karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia."
Jadi, kalau segala sesuatu itu telah diciptakan untuk Dia dan bagi Dia, taida kata dua lagi bagi kita yang mahu seperti Yesus dan pengikut Nya seharusnya menjaga dan memelihara segala ciptaan Nya di bumi ini.


Adam yang terakhir memulihkan kembali...

Adam pertama dan pengikutnya telah memusnahkan hidup mereka dan kehidupannya sekali, jadi kerana begitu besar kasih Allah Bapa disyurga kepada dunia ini, Dia mengaruniakan Anak Nya - Yesus Kristus untuk memulihkan serta memberi kehidupan itu kepada segala ciptaan Nya.
Jadi sudah semestinya sebagai pengikut Yesus, kita juga dengan sukacita mengikut langkah Nya memberi kembali harapan kepada dunia dan segala ciptaanNya untuk hidup dengan harmoni.


Oleh yang demikian, menjadi pengikut Yesus bukan sahaja hanya mementingkan "keselamatan peribadi" kita sahaja semata-mata, tetapi ia tidak terhad kepada soal "hati" kita sahaja, ia merangkumi segala sesuatu yang Dia telah ciptakan, alam semulajadi, serta kehidupan lain, dan pengikut Nya, jauh sekali membinasakan ciptaanNya!!!

Sunday, March 6, 2011

Manusia kelas ke-2

"Satu artikel yang dikongsikan oleh seorang pengikut setia "sesamamu" kita "postkan" kali ini...satu isu yang menarik untuk kita sama-sama renungkan...."

PADA asalnya mereka kita panggil orang gaji, tetapi apabila kita mendengarnya seperti 'kuli' (bahasa tamil yang bermaksud orang upahan untuk kerja-kerja kasar atau sinonim dengan hamba) maka kita telah memaniskan panggilan itu sebagai 'pembantu rumah' dengan beranggapan mereka bukan pekerja yang disuruh-suruh apa saja tetapi membantu segala kerja rumah.  Mungkin lebih indah lagi jika mereka dianggap sebahagian daripada keluarga kita.

Namum ironinya statistik menunjukkan 135 kes penderaan pembantu rumah telah dilaporkan dari tahun 2006 hingga pertengahan 2009, dengan hanya 127 kes dalam siasatan.  Ini adalah kes yang telah didokumentasikan, bagaimana pula dengan kes-kes lain yang tidak pernah dilaporkan.  Dengan kata lain dibiarkan sepi.

Menurut Laporan Human Rights Watch (HRW) pembantu rumah Indonesia dilayan sebagai MANUSIA KELAS KEDUA.  Kebanyakan pembantu rumah dilarang meninggalkan rumah dan jumlah tidak diketahui menghadapi tekanan psikologi, penyiksaan fizikal dan seksual.  Kebanyakan majikan akan menyimpan gaji pekerja sehingga tamat tempoh kontrak 2 tahun.  Ada juga tidak pernah dibayar gaji sepenuhnya dan tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan keadilan.

Berlegar-legar di minda nama-nama seperti Nirmala Bonat, Siti Hajar, Kartini dan Modesta Rengga Kaka.  Terbayang penderitaan dan siksaan yang dilalui oleh mereka.  Disiram air panas, dicucuh seterika panas, dipukul dengan tongkat, dihiris telinganya dan diberi makan nasi sehari sekali dan yang terakhirnya ditemui mati dengan 90% lebam.  Dan ini cuma sebahagian daripada penderaan hasil kreativiti majikan.

Sekilas imbas mungkin ada yang beranggapan bahawa kes penderaan majikan ke atas pekerja hanyalah satu kejadian jenayah biasa.  Ada pula beranggapan ini hanyalah kes terpencil.

Namun pernahkah terfikir di minda kita yang mereka-mereka ini meninggalkan segala-galanya untuk mencari hidup di Malaysia.  Tapi apa yang mereka perolehi jauh meleset daripada yang dijangkakan.

Mereka bekerja membersihkan rumah, dapur, mencuci lantai, menyeterika, vakum dan cuci kereta.  Bekerja dari seawal 5 pagi hingga lewat malam.  Tiada langsung ruang untuk berehat.  Kadang-kadang dibiarkan tidur beralaskan tikar di bilik sempit.  Malah tidak pernah dibenarkan untuk keluar rumah.  Dengan kata lain, mereka diperlaku seperti hamba atau manusia kelas kedua.

Hanya kerana kita membayar 4-7 ribu untuk mendapatkan mereka, layakkah kita memperlakukan mereka sewenang-wenangnya.  Betapa kita mudah melepaskan kemarahan kita terhadap seseorang yang kita boleh kuasai, kita hemburkan segala kata nista dan membuat tindakan luar kendali dan  meletakkan segala kesalahan secara umum kepadanya.  Kita tidak sedar yang kita meletakkan perkara penting dalam hidup kita untuk diurusnya tetapi kita jarang sekali berterima kasih di atas segala perbuatannya.  Secara tidak langsung kita cepat terburu nafsu mencari dan meletakkan kesemua kesalahan kepadanya.  Kita nafikan hak mereka sebagai insan.

Mungkin benar bukan kita si perlaku pada drama ini, tapi mungkin kita adalah penontonnya.  Akankah kita biarkan.  Adakah kita ambil penduli?  Perlukah kita masuk campur?

Anak-anaku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran 1 Yohanes3 18

Kamu tahu,bahwa setiap orang, baik hamba, maupun orang merdeka, kalau ia telah berbuat sesuatu yang baik, ia akan menerima balasannya dari Tuhan.  Dan kamu tuan-tuan, perbuatlah demikian juga terhadap mereka dan jauhkanlah ancaman.  Ingatlah, bahwa Tuhan mereka dan Tuhan kamu ada di sorga dan ia tidak memandang muka. Efesus 6 8-9

Tuesday, March 1, 2011

Bumi dan segala isinya perlu "Sabat" juga...

"Enam harilah lamanya engkau melakukan pekerjaanmu, tetapi pada hari ketujuh haruslah engkau berhenti, supaya lembu dan keledaimu tidak bekerja dan supaya anak budakmu perempuan dan orang asing melepaskan lelah." (Keluaran 23:12)

Sabat untuk manusia...

Hari Sabat diadakan bukan sahaja untuk kita sebagai manusia sahaja, tetapi untuk kehidupan yang lain dalam dunia ini untuk terus bekerja keras dan memerah keringatnya sehingga pada satu-satu ketika ianya seakan pudar dan musnah. Bagi kita manusia, Tuhan mengadakan Sabat untuk kita behenti sejenak, memulihkan tenaga kita kembali serta menikmati alam ciptaan Nya dengan penuh beerti dan dengan penuh kesyukuran.


Sabat juga untuk bumi dan segala isinya...

"Enam tahunlah lamanya engkau menabur di tanahmu dan mengumpulkan hasilnya, tetapi pada tahun ketujuh haruslah engkau membiarkannya dan meninggalkannya begitu saja, supaya orang miskin di antara bangsamu dapat makan, dan apa yang ditinggalkan mereka haruslah dibiarkan dimakan binatang hutan. Demikian juga kau lakukan dengan kebun anggurmu dan kebun zaitunmu" (Keluaran 23:10-11)


Bukan hanya manusia memerlukan rehat untuk memulihkan kehidupannya, tanah, binatang serta tumbuh-tumbuhan juga memerlukan Sabat itu. Bererti, kita juga memberi peluang kepada bumi dan segala kehidupan yang lain daripada terus diekploitasi oleh manusia sejagat yang tanpa henti memerah hasil dari bumi ini.

Kerana Sabat memberi peluang kepada bumi dan segala isinya untuk tumbuh dan beranak pinak serta berehat buat seketika untuk memulihkan kembali keadaannya semula. Dengan sabat ini juga, manusia dapat menghargai apa yang Tuhan telah ciptakan serta menghargai kehidupan setiap makhluk termasuk alam semulajadi ciptaan Nya.


Sabat...PAUSE sejenak...

Akhir sekali, apabila Tuhan sediakan hari Sabat, bermakna, ia jadikannya untuk kita sebagai manusia "berhenti" daripada terus mengeksplotasi bumi ini, memberi "rehat" kepada bumi ini supaya ia mendapat "pemulihan" yang diperlukan daripada terus diperah tenaganya sedemikian rupa.


"Lalu kata Yesus kepada mereka: "Hari Sabat diadakan untuk manusia dan bukan manusia untuk hari Sabat,
jadi Anak Manusia adalah juga Tuhan atas hari Sabat."(Markus 2:27-28)

Beberapa contoh "Sabat" untuk membenarkan bumi ini REHAT...

i. Pilih mana-mana hari dalam seminggu, kita berjalan kaki ke pejabat, kelas, ke Gereja, ke kedai dan sebagainya...
ii. Pilih mana-mana hari dalam seminggu untuk "berhenti" daripada menggunakan Bag plastik apabila pergi membeli belah.
iii. Pilih mana-mana hari dalam seminggu, untuk kita tidak menggunakan kertas.
iv. Pilih mana-mana minggu, ibadah di gereja kita diadakan dengan tidak menggunakan banyak elektrik. Cth, sebulan sekali ibadah dilakukan di luar gereja daripada terus kita melepaskan CO2 ke atmospera daripada penggunaan penghawa dingin selama 6 jam satu-satu ibadah.
v. Pilih mana-mana Tahun, selepas bertahun-tahun mencetak buletin gereja kini berhenti mencetaknya dan beralih kepada pengumuman secara lisan. Mengurangkan penggunaan kertas.

dan banyak lagi pilihan kita untuk "Sabat"..."berhenti" sejenak..."merenungkan"....kebaikan Tuhan ke atas ciptaan NYA yang dilihat Nya "Sangat Baik" ini.

Jadi...gunakan "Sabat" yang Tuhan ciptakan itu untuk MEMULIHKAN kehijauan Bumi ini...