Pada keluaran minggu yang sudah, kita sama-sama melihat apakah faedah sebatang pokok kepada kita. Kali ini, sesamamu ingin kongsikan satu lagi cerita sebatang pokok dan sumbangnya kepada kita manusia.
"Jam" di sungai Rejang...
Ini bukan "jam" biasa oleh kerana kesesakan lalu lintas oleh banyaknya perahu ataupun bot ekpress di sepanjang sungai Rejang, tetapi berlakunya "jam" sampah bekas pembalakan , selepas berlakunya hujan lebat.
Mungkin kita masih ingat apa yang berlaku di sungai Rajang-Sarawak pada tahun lepas apabila sampah kayu balak dihanyutkan oleh arus yang deras selepas hujan yang lebat di hulu sungai Rejang. Ini menyebabkan berlaku "Jam" kayu balak sepanjang beberapa kilometer di sungai Rejang. Pengangkutan sungai pada ketika itu juga tergendala.
Kesan daripada kejadian tersebut, banyak pihak menuding jari dan menuduh ini angkara si pembalak haram, "si penjaga hutan Sarawak" dituduh tidak memantau, dan tidak kurangnya menuduh "tuhan-tuhan hutan di ulu Sungai Rejang" marah sehinggakan terpaksa seorang orang kerajaan yang memerintah tu membuat upacara memohon restu dan belas kasihan daripada "tuhan-tuhan hutan di Ulu Rejang tu".
Tetapi, walau apapun alasan kita, semua yang berlaku ini adalah angkara kita manusia juga. Manusia yang tidak pernah puas!
Memperlahankan aliran air...
Pokok selalu bercerita kepada kita dan melalui pemerhatian sesamamu terhadap sebatang pokok ini. Ada cerita si sebatang pokok ingin luahkan kepada kita...
Ceritanya..." Apabila berlakunya hujan yang lebat terutamanya di pergunungan ataupun di ulu-ulu sungai, aliran air yang banyak ini akan mengalir dengan derasnya. Kalau di kawasan bukit-bukau, aliran air yang deras ini akan menyapu bersih segala apa jenis benda yang didalam laluannya. Tetapi, dengan adanya walau sebatang pokok pun boleh memperlahankan aliran air yang deras ini.
Sebagai contoh, sebatang pokok balak yang dewasa akan dapat menyerap 1000 gallon air dalam satu-satu masa. Bermakna, dalam masa yang sama, ia dapat memperlahankan aliran air yang deras itu. Ini kerja sebatang pokok! Kalau 10? kalau 100? kalau 1000?
Jadi, dapat kita bayangkan, kalau kawasan bukit-bukau ini terdedah serta habis gondol akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Sudah pasti aliran air yang banyak selepas hujan ini akan laju serta memusnahkan setiap benda yang di dalam kawasan laluannya. Yang pasti, sesudah air ini melalui kawasan berbukit dan sampai ke lembah atau aliran sungai, kesannya amat ketara dengan segala "sampah hutan" nyata di sungai-sungai. Begitu juga lumpur akibat hakisan tanah yang terdedah mengeruhkan ulu-ulu sungai itu. Satu manifastasi yang Buruk akibat kurangnya pokok-pokok yang berfungsi menghalang air yang banyak itu mengalir dengan deras di kawasan perbukitan."
Sudah berpuluhan tahun berlaku....
Lagu Hijau-Zainal Abidin diperkenalkan pada pertengahan tahun 80an menjadi penentu kepada sesamamu betapa isu pembalakan tanpa terkawal ini sudah berlaku di negara kita. Sekarang sudah tahun 2011, iaitu hampir 30 tahun isu ini diketengahkan, namun masih pokok-pokok di negara kita ditebang dengan rakusnya...kalau di ambil kira kempen penanaman semula berbanding yang ditebang, peratusannya adalah mungkin sekitar 5% - tanam semula, 95% tebang dengan rakusnya.
Buktinya...lihatlah sungai-sungai kita...apa sudah berlaku dengan warna sungai-sungai kita di bahagian ulu ataupun pergunungan? Bukti sudah nyata, tiada lagi Pokok yang mampu menghalang aliran air yang deras itu lagi.
Bukti yang kedua...tiap kali hujan lebat berlaku, sudah pastinya berlaku banjir kilat di sana sini. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan seperti membesarkan sungai ataupun menaik taraf sistem perparitan, pun masih berlaku juga masalah banjir kilat. Kenapa??? sudah pasti si pokok akan kata , " kamu potong saya dan rakan-rakan saya nun jauh di kawasan pendalaman dan bukit, apabila hujan lebat turun, tiadalah lagi kamu untuk menyerap serta menahan aliran air yang begitu banyak itu."
HENTIKAN-Pemotongan pokok !!!
sesamamu
Wednesday, April 27, 2011
Sunday, April 24, 2011
Pembangunan adalah hak asasi manusia bukannya HADIAH...
Sekali lagi sesamamu terpanggil untuk menulis tentang apa yang berlaku selepas Pilihanraya Sarawak yang baru seminggu yang lepas. Setelah keputusan kita ketahui, banyak analisis serta pendapat tentang apa yang terpancar hasil daripada satu pilihan raya berlandaskan Demokrasi. Rakyat telah bersuara dengan memangkah pemimpin dari parti-parti politik yang bertanding, baik daripada kem Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Rakyat telah memutuskan diatas kertas undi pemimpin yang mereka mahu mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak nanti.
Jadi, siapapun yang yang kat telah pilih, maka para pemimpin yang telah bergelar YB ini haruslah melaksanankan tugas mereka untuk menjadi wakil rakyat di kawasan mereka. Segala keluhan serta impian rakyat haruslah diterjemahkan dengan penuh dedikasi.
Bagi kerajaan BN di Sarawak, mandat yang diberikan oleh rakyat Sarawak sekali lagi kepada YB-YB BN sudah semestinya pendorong kepada BN untuk terus membangunkan Sarawak dengan SEIMBANG adanya.
Hentikan komen perkauman...
Tetapi yang menyedihkan sesamamu sepanjang seminggu ini ialah komen-komen segelintir pemimpin mahupun bekas pemimpin yang suatu ketika kita segani menterjemahkan hasil pilihan raya di kebanyakan kawasan bandar di Sarawak berbau unsur-unsur perkauman. Kenapa mahu dituduh satu-satu kaum itu "tidak berterima kasih!"? Inikan kehendak rakyat yang mahu pemimpin yang mereka mahu memimpin kawasan mereka serta mewakili suara mereka. Kenapa harus menuduh satu-satu kaum itu "memberi tuba" kepada bekas pemimpinnya?
Tolong lah! Rakyat sudah bersuara, dan bagi mana-mana pemimpin atau parti politik yang kalah, kita harus mengambil kekalahan ini dengan hati terbuka dan periksa diri kita sendiri sebelum membuat kenyataan yang bukan-bukan. Sungguh mengaibkan, segala kenyataan ini didedahkan di dada-dada akhbar perdana kita. Komen-komen mereka serta kenyataan-kenyataan mereka amatlah berbahaya dari segi keharmonian berbilang kaum di Sarawak ini.
Tolong hentikan kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman ini demi menjaga keharmonian serta kesejahteraan rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.
Pembangunan adalah hak asasi...
Ada juga kenyataan yang berbaur "pembalasan dendam" kerana menolak kerajaan yang memerintah. Bagi 15 Kawasan yang dimiliki oleh Pihak pembangkang serta 1 kawasan oleh YB Bebas ini, rakyat di kawasan tersebut mulai dihantui oleh kenyataan-kenyataan yang mengelirukan serta menguggut kesejahteraan mereka. Adakah rakyat yang telah memilih pihak pembangkang ini harus dihukum dengan tidak diberi projek-projek pembangunan yang asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya? Adakah semua agenda pembangunan ini dihentikan untuk menghukum rakyat yang tidak memikah kepada kerajaan yang dipilih sekarang ini?
Setahu sesamamu, pembangunan itu adalah hak asasi sebagai rakyat mahupun manusia. Ianya bukanlah "HADIAH" kepada rakyat jika rakyat memilih mereka! Ini bukan politik "santa claus", apabila kita berlaku baik, kita akan diberi hadiah! atau apabila kita memilih "mereka" kita akan dapat hadiah!.
Sesamamu merayu demi kepentingan "sesamamu manusia", hentikan kenyataan yang menakutkan tentang pembangunan tidak disalurkan kepada 15 kawasan yang dari kem pembangkang ini! Kerana setiap kita manusia mempunyai hak untuk mendapat sekurang-kurangnya pembangunan asas untuk kelangsungan hidup. Tetapi dalam masa yang sama, wahai YB-YB dari kerajaan yang memerintah, tolong bangunkan kawasan anda dengan seimbang, jangan kerana tamak haloba, persekitaran , alam semulajadi, pokok-pokok terus ditebang!
Jagalah hak sesamamu manusia...
Khas untuk para YB-YB yang dipilih, baik dari kerajaan mahupun pembangkang, jagalah kah rakyat di kawasan anda. Berilah pembangunan yang seimbang kepada mereka. Terutama sekali kepada kerajaan yang memerintah, 15 kawasan pembangkang itu juga diduduki oleh manusia yang mempunyai hak keatas negeri yang mereka tinggal serta sumber yang ada daripada negeri itu. Jangan kerana mereka mengamalkan demokrasi berpelembagaan dengan mengundi pemimpin dari pihak pembangkang, segala pembangunan yang seharunya jadi hak mereka DIHENTIKAN sama sekali! Sebab itu 'PEMBANGUNAN ITU HAK KITA SEBAGAI MANUSIA...BUKANNYA HADIAH!!!".
Sekali lagi sesamamu berseru kepada para YB-YB, biar kita sama-sama mengamalkan keadilan dan kebenaran serta bekerja dengan penuh kasih terhadap sesamamu insani, rendahkan diri dan jangan bongkak, kerana kamu dipilih oleh rakyat...jadi suara rakyat.

Saturday, April 23, 2011
kumpul sisa makanan untuk terus hidup...
Di Putatan-Sabah, kisah seorang ibu yang bekerja di sebuah restaurant dengan bergajikan RM450.00 sebulan dan mengumpul sisa-sisa makanan untuk membesarkan 5 orang anaknya yang berumur 16, 13, 10, 7 dan 3 tahun. Kesempitan hidup itu telah mendorong si ibu untuk mengumpul mana-mana sisa makanan daripada restauran di tempat dia bekerja ini dan di bawa pulang untuk di makan bersama-sama dengan anak-anaknya.
Walaupun berpendapatan RM450.00 sebulan , ia pasti masih tidak mencukupi untuk perbelanjaan anak-anaknya ke sekolah. Belum lagi dikira dengan perbelanjaan lain persekolahan seperti alat-alat tulis. Ini menyebabkan si ibu sanggup mengumpulkan sisa makanan tersebut.
Kasih seorang ibu...
Si ibu tunggal berumur 30 tahun ini sanggup berbuat demikian kerana ingin memberi yang terbaik kepada anak-anaknya. Dia percaya, dengan memberi pendidikan yang sempurna walaupun dalam keadaan yang kesempitan hidup ini, suatu hari nanti akan mengubah hidup, kalau bukan si ibu tetapi nasib anak-anaknya suatu hari nanti. Bayangkan, si ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anaknya sendirian setelah suaminya mati lemas satu tahun yang lepas semasa pergi memancing. Ini adalah kasihnya ibu. Kasih yang membawa ke mati demi masa hadapan anak yang tersayang.
Masih ada yang lapar...
Kisah keluarga ini menarik perhatian sesamamu kerana, walaupun kita hidup di zaman serba moden ini, masih ada lagi segelintir manusia yang kelaparan. Yang esok hidupnya belum tentu akan merasa sesuap nasi pun! Mereka hidup dengan keadaan serba kekurangan. Sesamamu percaya, bukan kehendak mereka dilahirkan ke dunia ini dengan hidup kais pagi makan pagi, kais petang ...kalau ada makan petang la. Tetapi sebagai manusia biasa, mereka pasti inginkan hidup yang serba cukup itu. Siapa mahu berlaparkan????
Hidup dengan sederhana...
Sesamamu percaya pernah mengutarakan hidup dengan penuh kesederhanaan ini. Ya, hidup dengan sederhana kerana ada orang yang di luar sana dihimpit dengan kesempitan hidup yang susah. Mari kita sama-sama peka ataupun sensitif dengan orang di sekeliling kita, sesamamu pasti ada yang menunggu-nunggu sisa makanan kita. Jadi, kalau tidak mahu memberi sisa itu kepada mereka yang menunggu itu, kalau sejumlah itu makanan yang kita pesan, habiskan! Atau kalau tidak mahu memberi sisa, pesanlah makanan dengan sederhana. "Saya makan apabila saya lapar". (Mahatma Gandhi)
Bukan sahaja dari segi tabiat pemakanan yang sederhana sahaja, tetapi banyak perkara dalam hidup ini kita boleh bersederhana. Bagaimana?....Mulakan dengan "INGATKAN" mereka yang serba kekurangan dalam hidup ini setiap hari sebelum kita membuat keputusan kepenggunaan kita....
Selamat "bersederhana"...

kumpul sisa makanan untuk hidup...

Selama "bersederhana"...

Wednesday, April 20, 2011
cerita sebatang pokok #1
Minggu yang lepas seamamu telah berjanji mulai hari ini akan menyediakan kisah sebatang pokok untuk bebrapa keluaran yang akan mendatang.
Ianya adalh untuk "mengingatkan" dan "menegur" kita betapa sebatang pokok ini boleh meninggalkan kesan terhadap hidupan di sekelilingnya. Bukan hany manusia, malah semua hidupan dipersekotarannya.
Oleh kerana manusia dicipta menurut "gambaran Nya", jadi memadailah kalau kita tahu dan tidak lupa betapa kita diciptakan untuk MEMULIHARAKAN alam sekeliling yang diamanahkan oleh si PENCIPTA itu.
Untuk keluaran kali ini, sesamamu ingin mengingatkan kita bahawa sebatang pokok itu memberi nafas kepada kita...
Memberi O2
Mungkin kita sudah lupa ataupun buat-buat lupa apabila telah hidup dengan senang lenang di bumi ini. Tanpa kita sedari udara yang kita sedut setiap saat itu hasil daripada proses pembebasan Oksigen O2 daripada sebatang pokok!
Ya, sebatang pokok yang sedia matang itu boleh menghasilkan O2 untuk kegunaan 10 orang di dalam lingkungan persekitarannya. Jadi, dapat kita bayangkan, kalau pokok ini seudah habis lenyap dan di tebang botak, di mana kiat akan dapat membeli Oksigen ataupun O2 tu? Walaupun sebatang, peranannya sangatlah besar kepada kita untuk memastikan kita masih mampu bernafas di dalam dunia ini.
Menjadi Penapis (Filter)
Dan, perlu kita ketahui juga, sekawan pokok-pokok yang akan membentuk hutan rimba ini akn menjadi "filter" kepada udara yang kita sedut setiap saat ini. Jadi, selain membebaskan O2, hutan rimba kita ini juga berperanan untuk menapis udara kita yang sedia kotor ini.
Jadi, dapat kita bayangkan kalau tiada sebatang pokok pun suatu hari nanti, bukan sahaja O2 berkurangan malah udara yang kita sedut itu pun penuh dengan kotoran!
Mari kawan-kawan...kita hargai walau sebotong pokok pun yang ada di muka bumi ini...akhir sekali, cuba lihat bagaimana Kejadian alam dan ciptaan ini oleh sang PENCIPTA itu....ada maksud dan tujuan nya ia berlaku sedemikian rupa kan????

Sunday, April 17, 2011
DIAM!!! Kalau belum register sebagai pengundi...
Keputusan penuh pilihan raya Sarawak telah diketahui semalam, BN-55, DAP-12, PKR-3 dan bebas -1. Walaupun BN mengekalkan 2/3 majoriti di Sarawak, BN juga kehilangan 8 kerusi.
Tetapi, bukan itu yang sesamamu ingin kongsikan kali ini, apa yang sesamamu ingin nyatakan didalam artikel kali ini adalah tentang betapa "ramainya" golongan belia anak-anak muda di luar sana belum mendaftar sebagai pengundi.
Tersengih....
Pada suatu ketika, sesamamu berada disebuah pondok sebuah parti yang bertanding di Lawas, kebanyakan petugasnya adalah daripada anak-anak muda yang penuh semangat. Dan apabila sesamamu bertanya, "kamu sudah register".? Punya lah terkejut Badak sumbu bebal sesamamu apabila "mereka"...bukan "dia"...tetapi "Mereka", lebih daripada 5 orang petugas di bawah pondok tu mengatakan beeluuuummmmm!!!! Ceh!!!
Sesamamu mu mrasakan begitu tertipu dan tergadai maruah bangsa ku apabila semangat pilihan raya yang ditunjukkan itu begitu "hipokrit"!!!.
Peringatan!!!! lain kali kalau mau sibuk tentang pilihan raya, REGISTER dulu.
Tiket bilun mahal...
Ada juga yang tidak berkesempatan pulang kerana tempat mengundi jauh di kampung halaman. Sesamamu faham akan hal ini, sesamamu sendiri terpaksa terbang dari Kuching dan memandu 6 jam ke Lawas dari Miri. tetapi, apa yang penting ialah melihat pelaburan RM500 itu untuk 5 tahun yang akan mendatang.
Tetapi sungguh sedih kerana banyak anak-anak muda yang telah mendaftar tetapi oleh kerana masalah kewangan dan tiket bilun mahal, mereka terpaksa membatalkan hajat patriotik mereka ku untuk pulang mengundi.
Tentang hal ini, sesamamu memohon SPR untuk mempertimbangkan membuka pusat-pusat mengundi di mana kebanyakan anak-anak muda yang merantau jauh nun di semenanjung Malaysia menunaikan tanggung jawab mereka kepada negeri dan bangsa mereka.
SPR..saya nak tanya, ada undang-undang yang menyatakan tidak boleh membuka pusat-pusat mengundi di luar kawasan pilihan raya satu-satu negeri di Malaysia kah?
Itu undi pos hanya untuk Polis dan tentera saja kah?
DIAM jangan buat bising...
Ya, sesamamu cabar semua mereka yang belum mendaftar di luar sana DIAM dan jangan buat bising kalau belum mendaftar sebagai pengundi ya! Peringatan lembut lagi sinis untuk kamu semua yang belum register tu. Tolong register kalau suara kamu mahu didengar suatu hari nanti...
Jangan hanya pandai Mengomen hal satu-satu kerajaan yang memerintah di dalam FB tu. Malu lah sikit kalau buat bising tapi belum register...
Panggilan untuk BANGKIT
Wahai anak-anak muda di luar sana, kalau anda tahu yang diri kamu tu belum mendaftar, mari kita sama-sama pergi mendaftra ya. Pilihan raya umum akan tiba bila-bila masa dari sekarang.
Kalau sudah mendaftar, berusaha lah untuk balik kalau pilihan raya umum akan diberitahu nanti...
BNAGKIT!!!!! adalah panggilan mu hari ini.

Wednesday, April 13, 2011
Cerita sebatang pokok...
Mulai hari ini, setiap hari rabu, sempena mengingati hari rabu khas untuk - GREEN Campaign, sesamamu akan mengeluarkan cerita tentang "POKOK".
ya, cerita sebatang pokok yang banyak pengorbanannya kepada kita manusia dengan tanpa kita sedari. Sungguh mneyedihkan apabila mendengar dari sumber yang terdekat dan boleh dipercayai, pokok-pokok di Sarawak telah habis ditebang dan hanya dianggarkan tinggal sebanyak 10% sahaja. Apa yang sesamamu maksudkan disini ialah, pokok-pokok yang di hutan belantara dan bukannya pokok-pokok komersial seperti pokok kelapa sawit, pokok kelapa dan pokok-pokok bunga.
Manusia sudah seperti lupa daratan sehingga begitu rakus tebang pokok-pokok ini demi memuaskan "perut" mereka yang tidak tahu bila akan PUAS!!!
Sehinggakan di sana sini kita boleh lihat dari udara, hutan dara di Sarawak gondol-botak!
Sesamamu khuatir, suatu hari nanti kita akan terus merana kerana kehilangan khazanah hutan yang begitu banyak menyumbang kepada kehidupan di muka bumi ini sekian lama. Jadi, kita manusia yang Tuhan ciptakan untuk memelihara walau sebatang pokok pun telah berpaling daripada tanggung jawab itu...
Jadi, ikutilah kisah sebatang pokok ini yang sesamamu akan cuba bawa dari perspektif erti menjadi sebatang pokok dan sedikit khaitannya secara saintifik pada keluaran-keluaran artikel "Cerita sebatang pokok" setiap hari rabu.
GREEN- Save our nature...

Sunday, April 10, 2011
Mari lah mari pergi mengundi...
" aku bukan seorang penyanyi,
aku juga bukan seorang pelakon,
jauh sekali menjadi selebrati,
menghibur hati yang yang penuh harapan"
dan
"aku bukan seorang penceramah agama,
mahupun yang dipanggil Yang Berhormat,
apatah lagi si petah berkata-kata,
manis berbicara tersembunyi matlamat"
Sempena dengan pilihan raya negeri Sarawak yang ke10 ini, sesamamu juga mengambi kesempatan untuk mencelah beberapa perkara yang mungkin kita boleh sama-sama renungkan jika kita mahu melakukan sesuat kepada "sesamamu manusia".
Ya, seperti pantun di atas, sesamamu akui bahawa sesamamu sendiri bukan seprang selebriti mahupun ahli politik, tetapi sebagi rakyat Malaysia yang hiudp didalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, sesamamu dapat rasakan ia menjadi hak dan tanggung jawab sesaamamu sebagai RAKYAT Malaysia.
Politik itu kotor...???
Tetapi, sesamamu ada dengar suara-suara sumbang yang mengatakan politik itu kotor. Dan sebagai orang Kristien tidak baik melibatkan diri dengan politik.
Satu kenyataan yang tidak masuk akal oleh sesamamu sendiri apabila kenyataan tersebut keluar dari mulut seorang yang dipanggil Kristien. Pelikkan?? kenapa politik itu kotor? Bersih sangat kah kamu orang Kristien yang menjauhkan diri daripada politik itu. Bersih sangat kah kamu yang memerapkan diri di dalam gereja kamu itu? Bersih sangatkah diri kamu itu?
Sehingga, golongan ini, menjauhkan diri daripada apa-apa hal yang berkaitan dengan politik. Apatah lagi tentang pilihan raya. Langsung jauh daripada "kamus hidup" mereka.
Mulut berbuih...
Ada juga sesetengah suara yang memang lantang dilaman web sosial seperti "facebook" dengan komen-komen yang berapi. Dan ada juga bila bersembang di kedai-kedai kopi, fu...lamak, cakap macam ahli-ahli politik. Mengalahkan Barack Obama!. Tetapi, apabila sesamamu tanya, "sudah mendaftar sebagai pengundi?", Tersengih dan menjawab..BELUM!!!.
Jawapan yang seakan-akan membakar telinga sesamamu. Apa tidaknya, kalau ikutkan kelayakan, hanya perlu mencecah 21 tahun dan layak sudah mendaftar sebagai pengundi, dan kelayakan itu telah matang 5 tahun yang lalu tetapi hingga ke hari ini belum mendaftar sebagai pengundi.
Yang lebih menraik lagi, alasannya ialah, "Saya penyokong kuat BN, kerana saya kerja dengan kerajaan sekian lama, taka perlulah saya undi mereka sebab mereka pasti menang dan kalau undi pembangkang, takut kena buang kerja pulak!"
Takut dipulaukan...
Kesinambungan dengan jawapan "takut kena buang kerja" tadi, ada juga sesamamu terdengar suara-suara "out of tune" mengatakan, "nanti kalau saya undi pembangkang, saya seperti kacang lupakan kulit".
Ini adalah negara demokrasi, kalau kita diugut dengan pelbagai ugutan yang akan memudaratkan diri kita, kerja kita, kampung kita, masyarakat kita, mahupun masa depan kita kerana memilih wakil daripada parti pembangkang, perlu kita tahu itu adalah satu TANGGAPAN YANG SEMPIT tentang amalan demokrasi.
Kenapa perlu takut? Kalau kamu seorang yang beragama terutama Kristien, boleh sesamamu tanya? " Siapa yang kamu takut, manusia ataupun TUHAN?" Jadi kenapa perlu takut untuk melakukan kebenaran?
Undi sekarang untuk masa mendatang...
Kita sebenarnya yang menjadi penentu kepada generasi negara kita di masa yang akan mendatang. Ini kerana, mereka yang akan kita pilih adalah mereka yang bakal mengubal undang-undang serta polisi negara kita.
Kalau kita lihat apa yang berlaku di negara kita, dengan pelbagai isu nasional yang kadang-kala juga melibatkan negeri kita Sarawak, kita sepatutnya keluar menyatakan hak kita semasa pilihan raya ini memilih pemimpin yang bakal menjadi suara kita di Dewan Undangan Negeri Sarawak nanti.
Isu-isu seperti;
- Penggunaan Alkitab di dalam Bahasa Malaysia serta kebebasan beragama di Sarawak
- Isu tanah adat
- Isu kemisikinan
- Isu kemudahan insfrasturktur yang asas
- Isu ketidakadilan sosial
- Isu pemanasan Global dan pemuliharaan alam
Dan banyak lagi isu yang kita tahu yang hanya dapat dilaksanakan dari wakil-wakil yang kita pilih kelak. Jadi, pemilihan kita biarlah mereka yang SANGGUP berjuang untuk rakyat dan daripada rakyat sahaja dalam menentukan setiap polisi yang dapat menangani isu-isu yang sedia ada itu kelak.
Dengan ini, sesamamu menggalakkan kita semua menunaikan hak dan tanggung jawab kita di dalam memilih pemimpin yang benar-benar ingin membantu rakyat dan untuk rakyat....
Selamat mengundi ya...

Sunday, April 3, 2011
ada orang kehilangan yang tersayang....
Sesamamu mengambil kesempatan untuk menulis satu artikel tentang apa yang berlaku dalam keluarga sesamamu sendiri pada kali ini. Izinkan sesamamu untuk teruskan penulisan ini kerana terpanggil untuk menjadi suara si kecil yang berumur 3 tahun yang tidak tahu menahu apa yang berlaku kepada seseorang yang tersayang di dalam hidupnya walaupun buat seketika sahaja.
Kenapa terlalu awal Tuhan???
Si kecil ini tidak tahu menahu apa yang berlaku kepada ayahnya yang tersayang. Ayahnya "abang" (Panggilan manjan si kecil oleh ayahnya) sudah pergi buat selamanya walaupun si "abang" beranggapan dia ayah tersayang "tidur". Walaupun si kecil tidak tahu apa yang berlaku kepada ayahnya, mungkin terlalu awal untuk mengerti kenapa danmengapa si ayah tidak kunjung tiba, tetapi suatu hari nanti, si "abang" akan bertanya suatu persoalan yang pada suatu hari, seseorang perlu terangkan kepadanya.
"Kenapa terlalu awal Tuhan mengambil daddy balik kepada Nya?" Belum puas "abang" bermanja dengan daddy, tetapi daddy sudah tiada dan pergi meninggalkan "abang" dan ibu keseorangan?
Ya...segala sesuatu ada waktunya...
Ya, dalam firman PENGKHOTBAH ada menyatakan, segala sesuatu ada waktunya...tetapi, kenapa ianya berlaku di saat-saat ada orang yang masih memerlukan seseorang itu? ini satu misteri perbuatan Tuhan yang kita tidak mudah fahami kalau dengan hati naruni manusia kita sahaja. Tetapi, walaupun begitu mudah kita menyatakan bahawa "Tuhan melakukan segala sesuatu itu dengan sebabnya Nya sendiri", tetapi pada kenyataannya, begitu sukar bagi kita manusia untuk menerimanya...
Ajar kami mengerti...
Jadi, ajarkan kami mengerti ya Tuhan akan rencana Mu di dalam hidup kami. Ajar kami mengerti akan segala yang berlaku dengan kami walaupun kadang kala sukar untuk kami menerima kenyataannya. Ajari kami terus berpaut kepada DAMAI serta PENGHIBURAN untuk melalui hidup-hidup sukar ini....(Doa ku buat "Abang" dan mummynya)
Kehilangan...
Untuk kita yang masih hidup, hargailah kehidupan yang Tuhan berikan kepada kita untuk 24 jam yang seterusnya. Bererti, segala perbuatan kita, percakapan kita malah tingkah laku kita, biarlah semuanya untuk kemuliaan Tuhan.
Bagi yang memandu, ingat-ingatlah orang yang tersayang....walaupun kamu tidak kisah tentang hidup kamu apabila dijalan raya, tapi perlu ingat, ada orang lain yang memerlukan orang tersayang mereka pulang dengan selamatnya...
akhir sekali....sesamamu ingin katakan kepada "abang", suatu hari nanti, kalau "abang" sudah besar dan mengerti serta temui artikel ini, Sesamamu ingin katakan " Daddy "abang" sayang dengan "abang", dia tunggu "abang" suatu hari nanti bersama-sama dengan dia...dan jaga Mummy "abang" dengan baik ya...dan yang paling penting, HIDUP HARUS DITERUSKAN"
"Condolence "Sesamamu" buat "abang" dan Mummy "abang".

Subscribe to:
Posts (Atom)