Minggu yang lepas seamamu telah berjanji mulai hari ini akan menyediakan kisah sebatang pokok untuk bebrapa keluaran yang akan mendatang.
Ianya adalh untuk "mengingatkan" dan "menegur" kita betapa sebatang pokok ini boleh meninggalkan kesan terhadap hidupan di sekelilingnya. Bukan hany manusia, malah semua hidupan dipersekotarannya.
Oleh kerana manusia dicipta menurut "gambaran Nya", jadi memadailah kalau kita tahu dan tidak lupa betapa kita diciptakan untuk MEMULIHARAKAN alam sekeliling yang diamanahkan oleh si PENCIPTA itu.
Untuk keluaran kali ini, sesamamu ingin mengingatkan kita bahawa sebatang pokok itu memberi nafas kepada kita...
Memberi O2
Mungkin kita sudah lupa ataupun buat-buat lupa apabila telah hidup dengan senang lenang di bumi ini. Tanpa kita sedari udara yang kita sedut setiap saat itu hasil daripada proses pembebasan Oksigen O2 daripada sebatang pokok!
Ya, sebatang pokok yang sedia matang itu boleh menghasilkan O2 untuk kegunaan 10 orang di dalam lingkungan persekitarannya. Jadi, dapat kita bayangkan, kalau pokok ini seudah habis lenyap dan di tebang botak, di mana kiat akan dapat membeli Oksigen ataupun O2 tu? Walaupun sebatang, peranannya sangatlah besar kepada kita untuk memastikan kita masih mampu bernafas di dalam dunia ini.
Menjadi Penapis (Filter)
Dan, perlu kita ketahui juga, sekawan pokok-pokok yang akan membentuk hutan rimba ini akn menjadi "filter" kepada udara yang kita sedut setiap saat ini. Jadi, selain membebaskan O2, hutan rimba kita ini juga berperanan untuk menapis udara kita yang sedia kotor ini.
Jadi, dapat kita bayangkan kalau tiada sebatang pokok pun suatu hari nanti, bukan sahaja O2 berkurangan malah udara yang kita sedut itu pun penuh dengan kotoran!
Mari kawan-kawan...kita hargai walau sebotong pokok pun yang ada di muka bumi ini...akhir sekali, cuba lihat bagaimana Kejadian alam dan ciptaan ini oleh sang PENCIPTA itu....ada maksud dan tujuan nya ia berlaku sedemikian rupa kan????
No comments:
Post a Comment