Sekali lagi sesamamu terpanggil untuk menulis tentang apa yang berlaku selepas Pilihanraya Sarawak yang baru seminggu yang lepas. Setelah keputusan kita ketahui, banyak analisis serta pendapat tentang apa yang terpancar hasil daripada satu pilihan raya berlandaskan Demokrasi. Rakyat telah bersuara dengan memangkah pemimpin dari parti-parti politik yang bertanding, baik daripada kem Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Rakyat telah memutuskan diatas kertas undi pemimpin yang mereka mahu mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak nanti.
Jadi, siapapun yang yang kat telah pilih, maka para pemimpin yang telah bergelar YB ini haruslah melaksanankan tugas mereka untuk menjadi wakil rakyat di kawasan mereka. Segala keluhan serta impian rakyat haruslah diterjemahkan dengan penuh dedikasi.
Bagi kerajaan BN di Sarawak, mandat yang diberikan oleh rakyat Sarawak sekali lagi kepada YB-YB BN sudah semestinya pendorong kepada BN untuk terus membangunkan Sarawak dengan SEIMBANG adanya.
Hentikan komen perkauman...
Tetapi yang menyedihkan sesamamu sepanjang seminggu ini ialah komen-komen segelintir pemimpin mahupun bekas pemimpin yang suatu ketika kita segani menterjemahkan hasil pilihan raya di kebanyakan kawasan bandar di Sarawak berbau unsur-unsur perkauman. Kenapa mahu dituduh satu-satu kaum itu "tidak berterima kasih!"? Inikan kehendak rakyat yang mahu pemimpin yang mereka mahu memimpin kawasan mereka serta mewakili suara mereka. Kenapa harus menuduh satu-satu kaum itu "memberi tuba" kepada bekas pemimpinnya?
Tolong lah! Rakyat sudah bersuara, dan bagi mana-mana pemimpin atau parti politik yang kalah, kita harus mengambil kekalahan ini dengan hati terbuka dan periksa diri kita sendiri sebelum membuat kenyataan yang bukan-bukan. Sungguh mengaibkan, segala kenyataan ini didedahkan di dada-dada akhbar perdana kita. Komen-komen mereka serta kenyataan-kenyataan mereka amatlah berbahaya dari segi keharmonian berbilang kaum di Sarawak ini.
Tolong hentikan kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman ini demi menjaga keharmonian serta kesejahteraan rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.
Pembangunan adalah hak asasi...
Ada juga kenyataan yang berbaur "pembalasan dendam" kerana menolak kerajaan yang memerintah. Bagi 15 Kawasan yang dimiliki oleh Pihak pembangkang serta 1 kawasan oleh YB Bebas ini, rakyat di kawasan tersebut mulai dihantui oleh kenyataan-kenyataan yang mengelirukan serta menguggut kesejahteraan mereka. Adakah rakyat yang telah memilih pihak pembangkang ini harus dihukum dengan tidak diberi projek-projek pembangunan yang asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya? Adakah semua agenda pembangunan ini dihentikan untuk menghukum rakyat yang tidak memikah kepada kerajaan yang dipilih sekarang ini?
Setahu sesamamu, pembangunan itu adalah hak asasi sebagai rakyat mahupun manusia. Ianya bukanlah "HADIAH" kepada rakyat jika rakyat memilih mereka! Ini bukan politik "santa claus", apabila kita berlaku baik, kita akan diberi hadiah! atau apabila kita memilih "mereka" kita akan dapat hadiah!.
Sesamamu merayu demi kepentingan "sesamamu manusia", hentikan kenyataan yang menakutkan tentang pembangunan tidak disalurkan kepada 15 kawasan yang dari kem pembangkang ini! Kerana setiap kita manusia mempunyai hak untuk mendapat sekurang-kurangnya pembangunan asas untuk kelangsungan hidup. Tetapi dalam masa yang sama, wahai YB-YB dari kerajaan yang memerintah, tolong bangunkan kawasan anda dengan seimbang, jangan kerana tamak haloba, persekitaran , alam semulajadi, pokok-pokok terus ditebang!
Jagalah hak sesamamu manusia...
Khas untuk para YB-YB yang dipilih, baik dari kerajaan mahupun pembangkang, jagalah kah rakyat di kawasan anda. Berilah pembangunan yang seimbang kepada mereka. Terutama sekali kepada kerajaan yang memerintah, 15 kawasan pembangkang itu juga diduduki oleh manusia yang mempunyai hak keatas negeri yang mereka tinggal serta sumber yang ada daripada negeri itu. Jangan kerana mereka mengamalkan demokrasi berpelembagaan dengan mengundi pemimpin dari pihak pembangkang, segala pembangunan yang seharunya jadi hak mereka DIHENTIKAN sama sekali! Sebab itu 'PEMBANGUNAN ITU HAK KITA SEBAGAI MANUSIA...BUKANNYA HADIAH!!!".
Sekali lagi sesamamu berseru kepada para YB-YB, biar kita sama-sama mengamalkan keadilan dan kebenaran serta bekerja dengan penuh kasih terhadap sesamamu insani, rendahkan diri dan jangan bongkak, kerana kamu dipilih oleh rakyat...jadi suara rakyat.
No comments:
Post a Comment