Keputusan penuh pilihan raya Sarawak telah diketahui semalam, BN-55, DAP-12, PKR-3 dan bebas -1. Walaupun BN mengekalkan 2/3 majoriti di Sarawak, BN juga kehilangan 8 kerusi.
Tetapi, bukan itu yang sesamamu ingin kongsikan kali ini, apa yang sesamamu ingin nyatakan didalam artikel kali ini adalah tentang betapa "ramainya" golongan belia anak-anak muda di luar sana belum mendaftar sebagai pengundi.
Tersengih....
Pada suatu ketika, sesamamu berada disebuah pondok sebuah parti yang bertanding di Lawas, kebanyakan petugasnya adalah daripada anak-anak muda yang penuh semangat. Dan apabila sesamamu bertanya, "kamu sudah register".? Punya lah terkejut Badak sumbu bebal sesamamu apabila "mereka"...bukan "dia"...tetapi "Mereka", lebih daripada 5 orang petugas di bawah pondok tu mengatakan beeluuuummmmm!!!! Ceh!!!
Sesamamu mu mrasakan begitu tertipu dan tergadai maruah bangsa ku apabila semangat pilihan raya yang ditunjukkan itu begitu "hipokrit"!!!.
Peringatan!!!! lain kali kalau mau sibuk tentang pilihan raya, REGISTER dulu.
Tiket bilun mahal...
Ada juga yang tidak berkesempatan pulang kerana tempat mengundi jauh di kampung halaman. Sesamamu faham akan hal ini, sesamamu sendiri terpaksa terbang dari Kuching dan memandu 6 jam ke Lawas dari Miri. tetapi, apa yang penting ialah melihat pelaburan RM500 itu untuk 5 tahun yang akan mendatang.
Tetapi sungguh sedih kerana banyak anak-anak muda yang telah mendaftar tetapi oleh kerana masalah kewangan dan tiket bilun mahal, mereka terpaksa membatalkan hajat patriotik mereka ku untuk pulang mengundi.
Tentang hal ini, sesamamu memohon SPR untuk mempertimbangkan membuka pusat-pusat mengundi di mana kebanyakan anak-anak muda yang merantau jauh nun di semenanjung Malaysia menunaikan tanggung jawab mereka kepada negeri dan bangsa mereka.
SPR..saya nak tanya, ada undang-undang yang menyatakan tidak boleh membuka pusat-pusat mengundi di luar kawasan pilihan raya satu-satu negeri di Malaysia kah?
Itu undi pos hanya untuk Polis dan tentera saja kah?
DIAM jangan buat bising...
Ya, sesamamu cabar semua mereka yang belum mendaftar di luar sana DIAM dan jangan buat bising kalau belum mendaftar sebagai pengundi ya! Peringatan lembut lagi sinis untuk kamu semua yang belum register tu. Tolong register kalau suara kamu mahu didengar suatu hari nanti...
Jangan hanya pandai Mengomen hal satu-satu kerajaan yang memerintah di dalam FB tu. Malu lah sikit kalau buat bising tapi belum register...
Panggilan untuk BANGKIT
Wahai anak-anak muda di luar sana, kalau anda tahu yang diri kamu tu belum mendaftar, mari kita sama-sama pergi mendaftra ya. Pilihan raya umum akan tiba bila-bila masa dari sekarang.
Kalau sudah mendaftar, berusaha lah untuk balik kalau pilihan raya umum akan diberitahu nanti...
BNAGKIT!!!!! adalah panggilan mu hari ini.
"Sesama Mu" - Next articles tulis pasal kes ini: "Pengundi-pengundi lama yg kena 'drop' oleh SPR dari senarai Mengundi" - Minta Penjelasan drpd pihak SPR!!
ReplyDeleteDalam Senarai Hard-copy yg dipakai oleh SPR nama org lama yg sudah mengundi dalam 2-3 P/Raya tiba2 pandai tiada! Padahal bila kita semak dalam online, ternyata nama mereka udah 'bisi'!Tapi tidak dapat mengundi kerana SPR pakai list hard-copy itu!!