sesamamu

Saturday, April 23, 2011

kumpul sisa makanan untuk terus hidup...

Di Putatan-Sabah, kisah seorang ibu yang bekerja di sebuah restaurant dengan bergajikan RM450.00 sebulan dan mengumpul sisa-sisa makanan untuk membesarkan 5 orang anaknya yang berumur 16, 13, 10, 7 dan 3 tahun. Kesempitan hidup itu telah mendorong si ibu untuk mengumpul mana-mana sisa makanan daripada restauran di tempat dia bekerja ini dan di bawa pulang untuk di  makan bersama-sama dengan anak-anaknya.

Walaupun berpendapatan RM450.00 sebulan ,  ia pasti masih tidak mencukupi untuk perbelanjaan anak-anaknya ke sekolah. Belum lagi dikira dengan perbelanjaan lain persekolahan seperti alat-alat tulis. Ini menyebabkan si ibu sanggup mengumpulkan sisa makanan tersebut.

Kasih seorang ibu...

Si ibu tunggal berumur 30 tahun ini sanggup berbuat demikian kerana ingin memberi yang terbaik kepada anak-anaknya. Dia percaya, dengan memberi pendidikan yang sempurna walaupun dalam keadaan yang kesempitan hidup ini, suatu hari nanti akan mengubah hidup, kalau bukan si ibu tetapi nasib anak-anaknya suatu hari nanti. Bayangkan, si ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anaknya sendirian setelah suaminya mati lemas satu tahun yang lepas semasa pergi memancing. Ini adalah kasihnya ibu. Kasih yang membawa ke mati demi masa hadapan anak yang tersayang.

Masih ada yang lapar...

Kisah keluarga ini menarik perhatian sesamamu kerana, walaupun kita hidup di zaman serba moden ini, masih ada lagi segelintir manusia yang kelaparan. Yang esok hidupnya belum tentu akan merasa sesuap nasi pun! Mereka hidup dengan keadaan serba kekurangan. Sesamamu percaya, bukan kehendak mereka dilahirkan ke dunia ini dengan hidup kais pagi makan pagi, kais petang ...kalau ada makan petang la. Tetapi sebagai manusia biasa, mereka pasti inginkan hidup yang serba cukup itu. Siapa mahu berlaparkan????

Hidup dengan sederhana...

Sesamamu percaya pernah mengutarakan hidup dengan penuh kesederhanaan ini. Ya, hidup dengan sederhana kerana ada orang yang di luar sana dihimpit dengan kesempitan hidup yang susah. Mari kita sama-sama peka ataupun sensitif dengan orang di sekeliling kita, sesamamu pasti ada yang menunggu-nunggu sisa makanan kita. Jadi, kalau tidak mahu memberi sisa itu kepada mereka yang menunggu itu, kalau sejumlah itu makanan yang kita pesan, habiskan! Atau kalau tidak mahu memberi sisa, pesanlah makanan dengan sederhana. "Saya makan apabila saya lapar". (Mahatma Gandhi)

Bukan sahaja dari segi tabiat pemakanan yang sederhana sahaja, tetapi banyak perkara dalam hidup ini kita boleh bersederhana. Bagaimana?....Mulakan dengan "INGATKAN" mereka yang serba kekurangan dalam hidup ini setiap hari sebelum kita membuat keputusan kepenggunaan kita....

Selamat "bersederhana"...

1 comment: