sesamamu

Sunday, April 10, 2011

Mari lah mari pergi mengundi...

" aku bukan seorang penyanyi, 
aku juga bukan seorang pelakon,
jauh sekali menjadi selebrati,
menghibur hati yang yang penuh harapan"

dan

"aku bukan seorang penceramah agama,
mahupun yang dipanggil Yang Berhormat,
apatah lagi si petah berkata-kata,
manis berbicara tersembunyi matlamat"

Sempena dengan pilihan raya negeri Sarawak yang ke10 ini, sesamamu juga mengambi kesempatan untuk mencelah beberapa perkara yang mungkin kita boleh sama-sama renungkan jika kita mahu melakukan sesuat kepada "sesamamu manusia".
Ya, seperti pantun di atas, sesamamu akui bahawa sesamamu sendiri bukan seprang selebriti mahupun ahli politik, tetapi sebagi rakyat Malaysia yang hiudp didalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, sesamamu dapat rasakan ia menjadi hak dan tanggung jawab sesaamamu sebagai RAKYAT Malaysia.

Politik itu kotor...???

Tetapi, sesamamu ada dengar suara-suara sumbang yang mengatakan politik itu kotor. Dan sebagai orang Kristien tidak baik melibatkan diri dengan politik.
Satu kenyataan yang tidak masuk akal oleh sesamamu sendiri apabila kenyataan tersebut keluar dari mulut seorang yang dipanggil Kristien. Pelikkan?? kenapa politik itu kotor? Bersih sangat kah kamu orang Kristien yang menjauhkan diri daripada politik itu. Bersih sangat kah kamu yang memerapkan diri di dalam gereja kamu itu? Bersih sangatkah diri kamu itu?
Sehingga, golongan ini, menjauhkan diri daripada apa-apa hal yang berkaitan dengan politik. Apatah lagi tentang pilihan raya. Langsung jauh daripada "kamus hidup" mereka.

Mulut berbuih...


Ada juga sesetengah suara yang memang lantang dilaman web sosial seperti "facebook" dengan komen-komen yang berapi. Dan ada juga bila bersembang di kedai-kedai kopi, fu...lamak, cakap macam ahli-ahli politik. Mengalahkan Barack Obama!. Tetapi, apabila sesamamu tanya, "sudah mendaftar sebagai pengundi?", Tersengih dan menjawab..BELUM!!!.
Jawapan yang seakan-akan membakar telinga sesamamu. Apa tidaknya, kalau ikutkan kelayakan, hanya perlu mencecah 21 tahun dan layak sudah mendaftar sebagai pengundi, dan kelayakan itu telah matang 5 tahun yang lalu tetapi hingga ke hari ini belum mendaftar sebagai pengundi.
Yang lebih menraik lagi, alasannya ialah, "Saya penyokong kuat BN, kerana saya kerja dengan kerajaan sekian lama, taka perlulah saya undi mereka sebab mereka pasti menang dan kalau undi pembangkang, takut kena buang kerja pulak!"

Takut dipulaukan...

Kesinambungan dengan jawapan "takut kena buang kerja" tadi, ada juga sesamamu terdengar suara-suara "out of tune" mengatakan, "nanti kalau saya undi pembangkang, saya seperti kacang lupakan kulit".
Ini adalah negara demokrasi, kalau kita diugut dengan pelbagai ugutan yang akan memudaratkan diri kita, kerja kita, kampung kita, masyarakat kita, mahupun masa depan kita kerana memilih wakil daripada parti pembangkang, perlu kita tahu itu adalah satu TANGGAPAN YANG SEMPIT tentang amalan demokrasi.

Kenapa perlu takut? Kalau kamu seorang yang beragama terutama Kristien, boleh sesamamu tanya? " Siapa yang kamu takut, manusia ataupun TUHAN?" Jadi kenapa perlu takut untuk melakukan kebenaran?

Undi sekarang untuk masa mendatang...

Kita sebenarnya yang menjadi penentu kepada generasi negara kita di masa yang akan mendatang. Ini kerana, mereka yang akan kita pilih adalah mereka yang bakal mengubal undang-undang serta polisi negara kita.
Kalau kita lihat apa yang berlaku di negara kita, dengan pelbagai isu nasional yang kadang-kala juga melibatkan negeri kita Sarawak, kita sepatutnya keluar menyatakan hak kita semasa pilihan raya ini memilih pemimpin yang bakal menjadi suara kita di Dewan Undangan Negeri Sarawak nanti.
Isu-isu seperti;
- Penggunaan Alkitab di dalam Bahasa Malaysia serta kebebasan beragama di Sarawak
- Isu tanah adat
- Isu kemisikinan
- Isu kemudahan insfrasturktur yang asas
- Isu ketidakadilan sosial
- Isu pemanasan Global dan pemuliharaan alam

Dan banyak lagi isu yang kita tahu yang hanya dapat dilaksanakan dari wakil-wakil yang kita pilih kelak. Jadi, pemilihan kita biarlah mereka yang SANGGUP  berjuang untuk rakyat dan daripada rakyat sahaja dalam menentukan setiap polisi yang dapat menangani isu-isu yang sedia ada itu kelak.

Dengan ini, sesamamu menggalakkan kita semua menunaikan hak dan tanggung jawab kita di dalam memilih pemimpin yang benar-benar ingin membantu rakyat dan untuk rakyat....

Selamat mengundi ya...

1 comment:

  1. ada lagi yang mengatakan "kerana Taib UMNO tidak masuk Sarawak".. dia sajakah yang mampu mhalang UMNO tidak masuk Sarawak??Maksudnya, yang berfikiran begini lebih rela menjadi mangsa ketidakadilan si TAIB????

    ReplyDelete