Pada keluaran minggu yang sudah, kita sama-sama melihat apakah faedah sebatang pokok kepada kita. Kali ini, sesamamu ingin kongsikan satu lagi cerita sebatang pokok dan sumbangnya kepada kita manusia.
"Jam" di sungai Rejang...
Ini bukan "jam" biasa oleh kerana kesesakan lalu lintas oleh banyaknya perahu ataupun bot ekpress di sepanjang sungai Rejang, tetapi berlakunya "jam" sampah bekas pembalakan , selepas berlakunya hujan lebat.
Mungkin kita masih ingat apa yang berlaku di sungai Rajang-Sarawak pada tahun lepas apabila sampah kayu balak dihanyutkan oleh arus yang deras selepas hujan yang lebat di hulu sungai Rejang. Ini menyebabkan berlaku "Jam" kayu balak sepanjang beberapa kilometer di sungai Rejang. Pengangkutan sungai pada ketika itu juga tergendala.
Kesan daripada kejadian tersebut, banyak pihak menuding jari dan menuduh ini angkara si pembalak haram, "si penjaga hutan Sarawak" dituduh tidak memantau, dan tidak kurangnya menuduh "tuhan-tuhan hutan di ulu Sungai Rejang" marah sehinggakan terpaksa seorang orang kerajaan yang memerintah tu membuat upacara memohon restu dan belas kasihan daripada "tuhan-tuhan hutan di Ulu Rejang tu".
Tetapi, walau apapun alasan kita, semua yang berlaku ini adalah angkara kita manusia juga. Manusia yang tidak pernah puas!
Memperlahankan aliran air...
Pokok selalu bercerita kepada kita dan melalui pemerhatian sesamamu terhadap sebatang pokok ini. Ada cerita si sebatang pokok ingin luahkan kepada kita...
Ceritanya..." Apabila berlakunya hujan yang lebat terutamanya di pergunungan ataupun di ulu-ulu sungai, aliran air yang banyak ini akan mengalir dengan derasnya. Kalau di kawasan bukit-bukau, aliran air yang deras ini akan menyapu bersih segala apa jenis benda yang didalam laluannya. Tetapi, dengan adanya walau sebatang pokok pun boleh memperlahankan aliran air yang deras ini.
Sebagai contoh, sebatang pokok balak yang dewasa akan dapat menyerap 1000 gallon air dalam satu-satu masa. Bermakna, dalam masa yang sama, ia dapat memperlahankan aliran air yang deras itu. Ini kerja sebatang pokok! Kalau 10? kalau 100? kalau 1000?
Jadi, dapat kita bayangkan, kalau kawasan bukit-bukau ini terdedah serta habis gondol akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Sudah pasti aliran air yang banyak selepas hujan ini akan laju serta memusnahkan setiap benda yang di dalam kawasan laluannya. Yang pasti, sesudah air ini melalui kawasan berbukit dan sampai ke lembah atau aliran sungai, kesannya amat ketara dengan segala "sampah hutan" nyata di sungai-sungai. Begitu juga lumpur akibat hakisan tanah yang terdedah mengeruhkan ulu-ulu sungai itu. Satu manifastasi yang Buruk akibat kurangnya pokok-pokok yang berfungsi menghalang air yang banyak itu mengalir dengan deras di kawasan perbukitan."
Sudah berpuluhan tahun berlaku....
Lagu Hijau-Zainal Abidin diperkenalkan pada pertengahan tahun 80an menjadi penentu kepada sesamamu betapa isu pembalakan tanpa terkawal ini sudah berlaku di negara kita. Sekarang sudah tahun 2011, iaitu hampir 30 tahun isu ini diketengahkan, namun masih pokok-pokok di negara kita ditebang dengan rakusnya...kalau di ambil kira kempen penanaman semula berbanding yang ditebang, peratusannya adalah mungkin sekitar 5% - tanam semula, 95% tebang dengan rakusnya.
Buktinya...lihatlah sungai-sungai kita...apa sudah berlaku dengan warna sungai-sungai kita di bahagian ulu ataupun pergunungan? Bukti sudah nyata, tiada lagi Pokok yang mampu menghalang aliran air yang deras itu lagi.
Bukti yang kedua...tiap kali hujan lebat berlaku, sudah pastinya berlaku banjir kilat di sana sini. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan seperti membesarkan sungai ataupun menaik taraf sistem perparitan, pun masih berlaku juga masalah banjir kilat. Kenapa??? sudah pasti si pokok akan kata , " kamu potong saya dan rakan-rakan saya nun jauh di kawasan pendalaman dan bukit, apabila hujan lebat turun, tiadalah lagi kamu untuk menyerap serta menahan aliran air yang begitu banyak itu."
HENTIKAN-Pemotongan pokok !!!
No comments:
Post a Comment