sesamamu

Tuesday, January 31, 2012

Hospital : Si Ibu sesak nafas...tapi disuruh balik!!!

21 Januari, jam 4 pagi, si ibu di hantar ke Hospital Limbang setelah mengalami kesukaran bernafas. Semasa berjumpa pegawai yang bertugas di bahagian kecemasan, si ibu disuruh balik sahaja. Malah Pegawai perubatan yang bertugas ketika itu  mempersoalkan kehadiran si ibu ke Hospital tersebut, dan menyuruh balik ke hospital Lawas!

22 Januari, 5pm, si ibu yang masih lagi mengalami masalah pernafasan, sekali lagi bertandang ke Hospital Limbang, dan atas bantuan beberapa jururawat yang secara kebetulannya adalah saudara terdekat si ibu, maka si ibu dimasukkan ke Hospital dan di tahan untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Dan di tahan!

Selama 4 hari dengan bantuan mesin pernafasan...

Setelah di bawa masuk ke Hospital, si ibu terus diberikan bantuan pernafasan dari hari pertama di tahan sehinggalah 4 hari selepas itu. Selama berada disanalah, para pegawai perubatan yang bertugas mengawasi perkembangan si ibu ini, sehingga lah si ibu keluar dan pulih semula pada hari yang ke - 5. Terima kasih banyak bagi semua yang perihatin terhadap setiap pesakit yang memerlukan seperti si ibu ini.

Kenapa mesti suruh balik Lawas???

Yang menjadi persoalan bagi si ibu dan keluarga yang terdekat di sana ialah,  Adakah si Pegawai Perubatan yang bertugas ini "bergurau" di kala orang betul-betul bertarung nyawa ketika itu, ataupun didorong oleh keadaan kerja yang "stress" sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal!

Syukur, ketika itu si ibu masih boleh bertahan sehingga keesokan harinya sebelum datang kembali ke Hospital untuk "cuba nasib" kalau-kalau sakitnya di beri perhatian. Kalau sebalinya yang berlaku? Apa mau cerita?

Hak untuk setiap orang...

Sesamamu percaya dan sedia maklum betapa sibuknya dan stressnya kerja mana-mana pegawai perubatan. Kerana mereka pertarungkan kareer mereka demi nyawa seseorang manusia itu. Mereka tidak mengenal penat lelah malah kehidupan sosial mereka kadang-kala langsung tidak ada kerana betapa mereka perihatin kepada setiap pesakit yang memerlukan mereka.

Tetapi, mungkin harus diingatkan lagi kepada mereka bahawa setiap manusia ada haknya dan hak untuk mendapatkan perubatan yang sewajarnay adalah sesuatu yang perlu diingatkan selalu. Jangan oleh kerana kesibukan dan tekanan kerja yang membebankan ini membuat mereka lupa dan lalai akan tanggung jawab tersebut.

Jadi, untuk pegawai yang berkenaan, sesamamu doakan ada ketenangan di dalam menjalani tugas-tugas harian anda. Supaya semua yang anda lakukan diberkati adanya.

Wednesday, January 25, 2012

BR1M-Untuk kegunaan Pejabat; P:....N:...?

Selama ini banyak cerita yang kita dengar tentang kepincangan perlaksanaan BR1M teruytama cara pengagihan wang BR1M tersebut ke kawasan luar bandar.

Tidak kurangnya, banyak pihak yang mempersoalkan melihat BR1M ini seakan-akan "wang" untuk pancing undi memandangkan pilihan raya ke-13 akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Apa tidaknya, acara-acara rasmi kerajaan dilakukan dengan besarnya untuk mengagihkan baucer wang BR1M ini.

Menafikan...

Tetapi kerajaan menafikan segala tuduhan yang mengatakan wang ini adalah "wang" pancing undi pilihan raya kelak. Tetapi segala bukti dan maklumat telah banyak dikumpul untuk mengesahkan bahawa wang ini adalah wang pancing undi ataupun wang sogokan untuk memilih kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Cuba lihat pada borang BR1M ini pada bahagian UNTUK  KEGUNAAN PEJABAT.  Pegawai yang bertugas akan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan huruf P dan N pada kolum tersebut. Dan soalan yang ditanya ialah, "Kamu mengundi di kawasan P:Parlimen mana? dan Kawasan N: Dewan Undangan Negeri mana?

Jadi...kalau pemohon tersebut datang dari kawasan yang bukan kawasan yang "dipegang" kerajaan, bermakna untuk si pemohon mendapatkan BR1M ini agaknya tipis?

Mana perginya Bantuan Rakyat 1Malaysia? Rakyat di dahulukan? sedangkan siapapun yang memerintah, kerajaan yang berintigriti serta mengambil berat akan rakyatnya seharusnya mengenepikan sentimen "Kalah" politik semasa pilihan raya tersebut!

http://www.kpkk.gov.my/pdf/Borang_BR1M.pdf

Saturday, January 21, 2012

BR1M RM500 untuk kamu....

Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberikan kepada satu-satu isi rumah yang pendatannya kurang daripada RM3000.00 sebulan diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara. Setelah dilancarkan tempoh permohonan pada tahun lepas, tahun ini, dalam masa 2 minggu yang lepas, ramai yang telah memohon serta layak menerima habuan daripada kerajaan BN sebanyak RM500 itu.

Berbaris panjang...

Pada tahun lepas, semasa sesamamu datang berurusan di LHDN, keadaan di luar mahupun dalam pejabat LHDN pada ketika itu penuh sesak dengan orang ramai untuk mendapatkan borang BR1M itu. Mereka terpaksa berbaris panjang sehingga ke luar ibu pejabat LHDN Kuching berjam-jam di bawah panas terik. Di maklumkan juga, bukan sahaja ibu pejabat LHDN dipenuhi ribuan rakyat Malaysia yang sanggup datang dari pendalaman untuk mendapatkan borang tersebut. Itu baru kes untuk mendapatkan borang.

Terima habuan RM500 lain pula kesnya...

Dan 2 minggu yang lepas, wang tersebut telah diberikan kepada penerima-penerima yang berjaya setelah melalui proses permohonan tempoh hari. Pelbagai karenah dan respon yang kita dengar. Ada yang tidak tersenarai sebagai penerima walaupun hakikatnya layak. Ada yang sungguh gembira kerana RM500 begitu besar nilainya kepada mereka dan tidak kurangnya, masih ramai lagi yang belum menerima ataupun tidak mahu ambil kisah tentang BR1M ini kerana mereka jauh dipendalaman. Alasan mereka ialah, kos yang dibiayai untuk mendapatkan BRIM RM500 itu sendiri melebihi daripada pemberian tersebut!

Itu pun dalam bentuk Baucer bukannya tunai. Pelikkan? Satu kerja lagi mau tunaikan Baucer tu...

Idea BR1M sangat bagus tetapi....

Idea sangat bagus tetapi...
1- Kerajaan seakan terlepas pandang bagaimana dapat mengagihkan RM500 kepada mereka yang dipendalaman. Pernah pergi ke ulu-ulu , pendalaman Sarawak kah? Tambang kereta guna jalan balak sudah RM80-120 sekali jalan, kalau pulang balik? Tempat tinggal lagi? Belanja makan lagi?

2- Kurang percaya kah Kerajaan kepada para MP BN mereka sendiri untuk mengagihkan wang tersebut ke kawasan pendalaman nun jauh di sana. Ini lah masanya para MP turun ke Pendalaman bagi wang BR1M ini.

3- Sesamamu rasa semua isi rumah di ulu-ulu , pendalaman Sarawak ada lah layak dan selayaknya untuk menerima wang BR1M ini. Jadi kenapa perlu isi borang kalau "Database" tersebut ada dengan para MP BN tersebut.

4- Kajian tidak menyeluruh sebelum pelaksanaan BR1M ini. Seakan-akan kerajaan menggunakan BR1M ini hanya untuk "memancing undi", atas nama BR1M...


Harapan Sesamamu, mereka yang telah menikmati pemberian BR1M ini akan meraskan pemberian ini dengan lebih bermakna lagi. Bukan selalu oooooooo.....

Friday, January 13, 2012

Orang mahu tengok DAYAK berpecah???

Sesamamu ingin meuahkan apa yang tersirat selama ini setelah melihat apa yang berlaku keastas keadaan parti-parti politik yang ada di Sarawak. Terutamanya parti-parti politik yang mengaku mereka adalah parti BERBILANG KAUM (Multiracial) di Sarawak ini. Tetapi, ia sebenarnya disebaliknya!

Lihat lah, siapa yang yang menjadi KEPALA? dan Siapa yang MAJORITI di sana? Ada 2 parti politik yang bangganya mengatakan mereka adalah parti BERBILANG KAUM tetapi dalam masa yang sama juga mengambil peduli tentang hal ehwal kaum-kaum yang lain.

Pandangan sesamamu disini adalah pandangan peribadi dan secara pemerhatian dari sudut seorang yang TIDAK MEMPUNYAI LATAR BELAKANG POLITIK apatah lagi AHLI POLITIK.

Parti politik untuk KUASA...

Apabila mana-mana parti itu mengakui ia sebagai parti politk yang menjaga kepentingan serta hal ehwal semua kaum, ini merupakan pembohangan semata-mata. Hanya menggunakan perkataan "Parti Politik pelbagai kaum" sebagai satu tiket untuk menjadikan parti itu terus relevan di pandang mata. Walha, hakikatnya, semuanya ahli baik dari KEPALA hingga ke EKOR adalah dikuasai oleh satu kaum-DAYAK-CINA-MELAYU dan sebagainya.

Persoalanya, sampai bilakah Parti Politik di negara kita, terutamanya partiparti politik di pihak kerajaan -BN akan terbuka matanya untuk melihat, permainan parti politik perkauman ini sangat ketinggalan zaman! EGO serta pentingkan diri sendiri!

Parti politik alat PERPECAHAN...

Di Sarawak kita ada dua parti politik yang pada dasarnya adalah diterajui oleh dua pemimpin dari majoriti DAYAK sendiri. Dan kedua-dua parti ini, PRS dan SPDP masing-masing menyatakan pindirian mereka adalah ebagai parti pelbagai kaum. Ya sesamamu setuju dengan kenyataan itu, tetapi, tidak kah "mereka" sedar bahawa mereka dari cabang parti yang dahuunya menyatukan keseluruhan DAYAK di Sarawak dalam satu parti politik?

Ini lah yang ingin sesamamu nyatakan disini, parti -parti politik seperti inilah yang memecah belahkan DAYAK di Sarawak. Masing-masing ingin menjaga kepentingan parti serta kedudukan sendiri sehingga menyebabkan perpecahan berlaku! Cuba  lihat apa yang berlaku di konflik dalaman SPDP, apa yang berlaku? Pecat sana- Berhenti sini. Apabila "kawan" dari parti yang lain bagi nasihat, kenak tengking pulak si kawan supaya "jangan sibuk tentang hal rumah tangga orang lain".

Tidak kurangnya dengan SUPP. Suatu ketika dahulu merupakan parti politik yang memperjuangkan hak kaum Cina, tetapi mulai hilang taringnya kepada seterunya, DAP apabila wujudnya "puak-puak" tertentu di dalam parti sehingga menjurus kepada perpecahan secara langsung keatas kaum Cina!

Dari dulu lagi ada orang tidak mahu DAYAK BERSATU...

Sesamamu ingin menyatakan di sini, dari dahuu lagi ada orang tidak mahu melihat DAYAK di Sarawak bersatu, Bayangkan, IBAN-BIDAYUH-ORANG ULU bersatu atas nama DAYAK, sesamamu pasti demografi politik Sarawak akan berbeza. Dan bayangkan DAYAK yang majoriti di bumi kenyalang ini bersatu dibawah nama DAYAK, betapa kukuhnya DAYAK dari semua segi, baik Politik-Sosial-Ekonomi.

Tetapi, dengan adanya segelintir manusia yang GILA KUASA-GILA NAMA, DAYAK majoriti di Sarawak di lagakan! Malah mereka gembira melihat kita DAYAK berpecah belah, berpuak-puak dan membenci satu dengan yang lain. Jadi, dengan penubuhan parti-parti politik inilah mereka ini memecah belahkan DAYAK di Sarawak!

Dari zaman Ketua Menteri Sarawak yang pertama lagi, Stephen Kalong Ningkan dan rakannya Temenggong Jugah, "mereka" tahu akan betapa Kuat dan Kukuhnya DAYAK apabila bersatu, oleh itu, mulailah isu-isu kepentingan etnik ini dimainkan sehinggalah berakunya perpecahan itu.


Walau bagaimanapun, sesamamu mengajak semua rakan dari mana-mana etnik di Sarawak terus bersatu di bawah idea kaum DAYAK ini. Ini akan dapat menyatukan kita semua kita dari pelbagai kumpulan etnik yang berbeza ini untuk bersatu. Tidak salahnya kita membanggakan kumpulan etnik kita masing-masing, tetapi itu akan membuat kita lebih kecil dan lemah.

Perpecahan DAYAK akan mengakibatkan kita lemah dan "mereka" ketawa dan terus berkuasa ke atas kita!

Saya Lun Bawang dahulu, dan bangga menjadi DAYAK majoriti di Sarawak serta megah sebagai Bangsa Anak Malaysia!!!

Monday, January 9, 2012

Sarawak kaya kah? Tapi jalan raya "TRUNK " Borneo apa macam itu???

Sesamamu ingin meng "Echo" apa yang dikatakan oleh Persatuan Lori dan Trak Sarawak hari  ini di dalam akhbar tempatan (Borneo Post) yang mahu kerajaan Negeri menggunakan sumber kewangan negeri Sarawak sendiri untuk menaikkan taraf jalan tersebut dan tidak hanya menunggu peruntukan kewangan dari kerajaan Pusat.

Sesamamu menyokong penuh apa yang disuarakan oleh persatuan ini. Malah mereka juga mempersoalkan mana perginya hasil daripada sumebr yang kaya Sarawak ini yang sepatutnay boleh disumberkan kepada penaikkan taraf Jalan "TRUNK" Borneo ini.

Kematian akibat kemalangan jalan raya merugikan kerajaan Negeri...

Berjuta ringgit kerajaan Negeri Sarawak rugi jika ada kematian akibat kemalangan jalan raya. Ini adalah salah satu laporan akhbar tempatan baru-baru ini. Sesamamu juga ingin menarik perhatian kementerian yang terlibat untuk melihat bahawa kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak akibat kematian kemalangan bukan sahaja dipertanggung jawabkan kepada sebelah pihak seahaja-pengguna Jalan Raya tetepi, ingin sesamamu katakan di sini, keadaan jalan raya yang di bawah tahap standar yang sepatutnya juga punca akibat kerugian kematian ini.

Menteri yang membuat laporan dalam aknbar tersebut harus sedar., mereka juga punca kepada kerugian akibat kematian kemalangan jalan raya, kerana tidak membekalkan pengguna dengan jalan raya yang sempurna!

Sampai bila???

Sudah hamoir 50 Malaysia dibentuk, tetapi sampai bila kita rakyat Sarawak menikmati keadaan jalan raya yang baik? dan selamat untuk digunakan?
Mahu tunggu pilihan raya yang seterusnya atau itu semua YB Kerajaan yang memerintah ini disingkirkan selepas pilihan yara umum ke 13 nanti???

Buat kerajaan Negeri Sarawak....peringatan halus dari seroang rakyat biasa..."Rakyat didahulukan..."...dan jangan sampai "Rakyat bersuara lagi dengan LANTANG..."

Friday, January 6, 2012

Hujan lagi...Banjir kilat pulak!!!

Hujan yang tidak henti-henti dari malam hari rabu di hari ke -3 di tahun 2012 telah menyebabkan banjir kilat di bandaraya Kuching pada keesokan harinya. Hujan tersebut telah menyebabkan beberaopa jalan utama di Kuching dipenuhi air. Malah ini telah menyebabkan satu keadaan lalu lintas yang kalang kabut ditambah pula kebanyakan pengguna jalan raya bergegas ke tempat kerja.

Sesamamu sendiri mengakami keadaan yang sama semasa ingin menghantar anak kesekolah. ada ada 4 jalan yang boleh dilalui untuk menghantar anak sesamamu ke sekolah dengan masing-masingnya mempunyai jarak yang berbeza untu sampai ke distinasi. Tetapi, semalam sesamamu tidak memilih jarak untuk asalkan sampai. Walaupun telah mencubai kesemua arah untuk ke sekolah tersebut, keadaan banjir telah menyebakkan kesesakan lalu lintas yang teramat sangat. Oleh sebab itu sesamamu mengambik keputusan untuk patah balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, sesamamu diberitahu bahawa sekolah anak sesamamu telah dilanda oleh banjir.

Tidak pernah banjir pun kena

Kebanyakan tempat yang berlakunya banjir kilat pada kali ini adalah kawasan yang tidak pernah mengalami banjir dalam satu jangka masa yang lama. Sebagai contoh, kawasan sekolah anak sesamamu, banjir kilat kali ini adalah diakibatkan saluran air yang tersumbat akibat kerja pembangunan di sekitar kawasan tersebut.

Kalau ditinjau sekitar jalan utama disekitar Kuching, kita akan mendapati banyak kerja-kerja pembangunan baik bangunan mahupun jalan sedang hebat dilakukan. Jadi, adakah semua kerja-kerja pembangunan ini yang menjadi punca kepada terhasilnya banjir kilat ini?

Menurut pandangan Sesamamu sendiri, banjir kilat ini berlaku apabila saliran pengairan yang tidak memenuhi standard dan akhirnya tersumbat di sana-sini. Dan dalam masa yang sama, pihak-pihak yang bertanggung jawab di dalam memantau aktiviti pembangunan sesebuah kawasan tidak perihatin tentang sistem pengairan yang sepatutnya. Akhirnya, ini teklah mengundang perkara yang merugikan banyak pihak.

Korban akibat banjir kilat

Bukan sahaja harta benda menjadi korban banjir kilat kali ini, tetapi dalam masa yang sama, dilaporkan 2 orang dikhuatiri lemas (Berita setakat hari ini) ataupun hilang dibawa arus air yang deras di dalam satu longkang besar. Korban kali ini adalah seorang pelajar sekolah tingkatan 6 yang tergelincir di dalam longkang yang dipenuhi air dan seorang pekerja station minyak yang berhampiran tempat mangsa tergelincir tersebut. Pemuda ini cuba menyelamatkan pelajar ini tetapi, dalam ,masa yang sama dia juga telah dibawa arus deras tersebut. Satu tragedi malang yang tidak diundang berlaku.

Alam sekali lagi berseru...

Harapan sesamamu untuk manusia sejagat kali ini ialah, supaya kita belajar daripada pengalaman ini. Alam sekali lagi menyeru dan menyatakan, siapakah yang lebih berkuasa jika kita tidak mahu sama-sama memelihara alam ini dengan seikhlas hati kita.

Bagi kerajaan yang sedang memerintah negari kita sekarang, hati-hati didalam mengejar ''PEMBANGUNAN' fizikal ini sehingga mengabaikan keseimbangan sumber alam ini.

Mari belajar dari apa yang berlaku ...

Kenapa mesti bunuh kanak-kanak itu dengan kejam???

Negara kita digemparkan dengan satu kes jenayah yang melibatkan pembunuhan kejam terhadap 2 orang kanak-kanak bersama ayah serta nenek mereka.  Dan seorang lagi di dalam keadaan kritikal diterbangkan ke HUS.

Jenayah kejam ini berlaku di Sibu-Sarawak dalam minggu ini, selang beberapa hari masuk tahun baru 2012.

Kenapa harus terjadi?

Banyak spekulasi cerita di kedai kopi tentang kejadian ini. Setelah ibu tiri mangsa yang merupakan isteri kedua bagi orang kaya tokey balak ini ditahan polis untuk menolong penyiasatan. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang punca membawa kepada keempat-empat mangsa ini ditetak sebegitu rupa.

Tetapi kenapa mesti kanak-kanak menjadi korban? Bayangkan betapa sedihnya si ibu kandung kepada kanak-kanak malang ini untuk menerima apa yang berlaku kepada anaknya. Tidak dapat dibayangkan, betapa sedihnya si ibu ini.

Si pelaku jenayah ini pula sungguh tidak mempunyai perasaan "kemanusian" langsung. Adakah dengan hanya kerana kuasa WANG membuta seseorang itu BUTA akan nilai-nilai kemanusian tersebut? Ataupun, timbul rasa CEMBURU yang teramat sangat terhadap keluarga ini mendorong kepada melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini?

Tiada ruang untuk hidup rukun harmoni?

Adakah tiada ruang lagi untuk kita hidup aman damai di dalam dunia ini? Rumah yang kita anggap selamat untuk kita diami seakan-akan bukan tempat yang selamat lagi dengan keadaan persekitaran yang ada disekliling kita sekarang. Bukan sahaja rumah kita dipaggari dengan pagar ruma yang tinggi serta kunci yang tertutup rapat menjamin keselamatan isi rumah kita, malah CCTV juga tidak menjamin akan perlindungan seisi rumah kita.


Bak kata lagu "Black eye pea - Where's the Love?"