Selama ini banyak cerita yang kita dengar tentang kepincangan perlaksanaan BR1M teruytama cara pengagihan wang BR1M tersebut ke kawasan luar bandar.
Tidak kurangnya, banyak pihak yang mempersoalkan melihat BR1M ini seakan-akan "wang" untuk pancing undi memandangkan pilihan raya ke-13 akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Apa tidaknya, acara-acara rasmi kerajaan dilakukan dengan besarnya untuk mengagihkan baucer wang BR1M ini.
Menafikan...
Tetapi kerajaan menafikan segala tuduhan yang mengatakan wang ini adalah "wang" pancing undi pilihan raya kelak. Tetapi segala bukti dan maklumat telah banyak dikumpul untuk mengesahkan bahawa wang ini adalah wang pancing undi ataupun wang sogokan untuk memilih kerajaan yang memerintah sekarang ini.
Cuba lihat pada borang BR1M ini pada bahagian UNTUK KEGUNAAN PEJABAT. Pegawai yang bertugas akan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan huruf P dan N pada kolum tersebut. Dan soalan yang ditanya ialah, "Kamu mengundi di kawasan P:Parlimen mana? dan Kawasan N: Dewan Undangan Negeri mana?
Jadi...kalau pemohon tersebut datang dari kawasan yang bukan kawasan yang "dipegang" kerajaan, bermakna untuk si pemohon mendapatkan BR1M ini agaknya tipis?
Mana perginya Bantuan Rakyat 1Malaysia? Rakyat di dahulukan? sedangkan siapapun yang memerintah, kerajaan yang berintigriti serta mengambil berat akan rakyatnya seharusnya mengenepikan sentimen "Kalah" politik semasa pilihan raya tersebut!
http://www.kpkk.gov.my/pdf/Borang_BR1M.pdf
Maaf ya saudara kenapa ya kita sekarang ini dengan mudah menuduh apa jua yang kerajaan buat itu salah. Sudah adakah bukti yang sah daripada pihak saudara yang mengatakan hanya pemohon daripada kawasan BN sahaja berjaya menerima wang RM500 ini. Bagi saya sekurang-kurangnya dengan adanya wang ini ada juga pihak yang terkurang bebannya.Manusia memang begitu kan, setiap yang orang buat kalau bukan dipihaknya memang selalu salah.
ReplyDeleteIngat lagikan bila Tun Mahathir melancarkan ASN dulu, ada pihak bercakap yang kerajaan sekarang hendak muflis, itulah nak kumpul duit rakyat...tapi bila hujung tahun..ada orang dapat untung hasil bunga simpanan ASN...ha..ha..yang menuduhpun putih mata.
Nasihat sayalah kalau benar anda tidak berjaya menerima RM500 kerana daripada kawasan pembakang silalah buat laporan...kita lihat berapa orang yang kena....
Jadi apa gunanya atau perlukah di tanay kamu mengundi kawasan P=Parlimen mana dan N=Kawasan undangan negeri yang mana?
ReplyDeleteDan apakah kaitanya maklumat kawasan mengundi tersebut dengan BR1M?
Cuba kerajaan perjelaskan sudah pasti tiada sak wasangka...
Dan minggu yang lepas, kawasan N bakelalan tidak lebih 50 orang terima BR1M...dan itu adalah kawasn PKR? Jadi cuba terangkan kenapa?
Baru Bian
ReplyDeleteI was informed today that only less than 50 people eligible for RM500 in N.70 Bakelalan n Lawas from the LB. MP Dk was fuming. So its ok becos it means we LB are very rich! Agree