Sesamamu ingin meng "Echo" apa yang dikatakan oleh Persatuan Lori dan Trak Sarawak hari ini di dalam akhbar tempatan (Borneo Post) yang mahu kerajaan Negeri menggunakan sumber kewangan negeri Sarawak sendiri untuk menaikkan taraf jalan tersebut dan tidak hanya menunggu peruntukan kewangan dari kerajaan Pusat.
Sesamamu menyokong penuh apa yang disuarakan oleh persatuan ini. Malah mereka juga mempersoalkan mana perginya hasil daripada sumebr yang kaya Sarawak ini yang sepatutnay boleh disumberkan kepada penaikkan taraf Jalan "TRUNK" Borneo ini.
Kematian akibat kemalangan jalan raya merugikan kerajaan Negeri...
Berjuta ringgit kerajaan Negeri Sarawak rugi jika ada kematian akibat kemalangan jalan raya. Ini adalah salah satu laporan akhbar tempatan baru-baru ini. Sesamamu juga ingin menarik perhatian kementerian yang terlibat untuk melihat bahawa kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak akibat kematian kemalangan bukan sahaja dipertanggung jawabkan kepada sebelah pihak seahaja-pengguna Jalan Raya tetepi, ingin sesamamu katakan di sini, keadaan jalan raya yang di bawah tahap standar yang sepatutnya juga punca akibat kerugian kematian ini.
Menteri yang membuat laporan dalam aknbar tersebut harus sedar., mereka juga punca kepada kerugian akibat kematian kemalangan jalan raya, kerana tidak membekalkan pengguna dengan jalan raya yang sempurna!
Sampai bila???
Sudah hamoir 50 Malaysia dibentuk, tetapi sampai bila kita rakyat Sarawak menikmati keadaan jalan raya yang baik? dan selamat untuk digunakan?
Mahu tunggu pilihan raya yang seterusnya atau itu semua YB Kerajaan yang memerintah ini disingkirkan selepas pilihan yara umum ke 13 nanti???
Buat kerajaan Negeri Sarawak....peringatan halus dari seroang rakyat biasa..."Rakyat didahulukan..."...dan jangan sampai "Rakyat bersuara lagi dengan LANTANG..."
No comments:
Post a Comment