sesamamu

Wednesday, August 31, 2011

Detik 12 tengah Malam penuh makna...

Sesamamu berkesempatan bersama-sama dengan sekumpulan pelajar IPTA yang meraikan detik kemerdekaan buat kali keduanya. Kali ini ia lebih bermakna lagi kerana perayaan hari kemerdekaan diraikan bersama dengan bulan Syawal- Hari Raya Aidilfitri yang dirayakan oleh rakan-rakan muslim kita.

Kenapa detik 12 tengah malam penuh makna?

Sebelum Tunku bersama-sama rakyat Tanah Melayu ketika itu melaungkan kemerdekaan diawal pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, detik 12 tengah malam, jatuh tanggal 31 Ogos adakah detik yang  bersejarah. Pada tengah malam tersebut, buat kali terakhirnya bendera British-Union Jack diturunkan dari kedudukannya dari Tanah Melayu. Bukan itu sahaja, selain bendera Union Jack ini diturunkan buat kali terakhir, malah lagu kebangsaan British itu  juga berkumandang untuk kali terakhirnya pada detik 12 tengah malam itu.

Sesudah Union Jack diturunkan, Tunku bersama-sama rakyat Tanah Melayu yang berada di Dataran Merdeka ketika itu bersama-sama melaungkan - MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA buat julung kalinya. Dan laungan MERDEKA itu adalah yang pertama disorakkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan yang mutlak.

Dalam masa yang sama, setelah Tunku dan rakyat jelata ketika itu melaungkan MERDEKA, dengan rasa megah dan bangganya, ribuan rakyat di Dataran merdeka pada ketika itu menyanyikan lagu NEGARA KU buat kali pertama dan dalam masa yang sama jalur gemilang dinaikkan dan terus berkibar megah diangkasa pada detik 12 tengah malam itu.

Itu adalah beberapa rentetan sejarah kenapa detik 12 tengah malam ini begitu bererti dan bermakna sekali...

Detik 12 tengah malam 31 Ogos terus bermakna.

Tidak sabar rasanya untuk menyertai detik 12 tengah malam ini untuk tahun yang hadapan. Biar detik ini terus bermakna bagi semua rakyat Malaysia. Biar detik ini terus dinanti-nantikan setiap tahun. Biar detik ini membawa pengertian yang lebih bermakna untuk generasi muda pada masa sekarang. Dan biar detik ini terus diraikan bersama-sama...

Menceritakan pengalaman bersama-sama dengan beberapa pelajar IPTA ini, sesamamu merasakan begitu terharu apabila tepat 12 tengah malam, laungan MERDEKA disorakkan, dan seterusnya diakhiri dengan menyanyikan lagu kebangsaan kita - NEGARA KU ditengah malam buta.

Dan pastinya, sebelum detik 12 tengah malam itu, mereka telah sama-sama kongsikan impian mereka kepada Negara yang tercinta ini, disusuli pula dengan mendoakan Negara mereka yang tercinta ini.

Terima kasih MMC (Midnight Merdeka Celebration) geng kerena sanggup bersengkang mata untuk menunggu Detik 12 tengah Malam penuh Makna ini...

p/s Tahun depan kita buat lagi ya...




















Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...(BERMAKNA)

Sesamamu ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan Muslim yang meraikannya. Hari dimana rakan-rakan Muslim kita meraikannya dengan penuh makna setelah melalui segala cobaan dan godaan sepanjang sebulan berpuasa, menahan segala keinginan daging ini serta mendekatkan diri mereka kepada Tuhan.

Sesamamu sungguh kagum dengan segala pengorbanan sepanjang Bulan Ramadhan yang lepas bagi rakan-rakan Muslim kita. Dan di hari Raya ini adalah hari dimana mereka meraikannya untuk menyatakan KEMENANGAN terhadap segala cobaan dan dugaan selama sebulan ini. Syabas!!!

Kemaafan dipinta...

Untuk Aidilfitri tahun ini, sesamamu tertarik dengan sebuah iklan yang memberi mesej kepada kita sebagai rakyat Malaysia khususnya untuk memohon maaf keatas kesilapan masa lalu yang pernah kita buat yang menyakiti orang lain baik secara kita sedar mahupun tidak.
Iklan tersebut sungguh menyentuh perasaan sesamamu kerana, perkataan "Minta maaf" ataupun "I'm sorry" kadang-kala sukar untuk kita lafazkan tetapi setelah kita katakannya, ia sebenarnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua-dua pihak, baik yang meminta maaf dan yang dimaafkan.

Jadi, dibulan yang mulia ini, sempena kita sama-sama menyambut Aidilfitri, mari kita sama-sama menghulurkan kesepuluh jari, memohon kemaafan daripada orang yang pernah kita lukai mahupun sakiti, baik secara sengaja ataupun tidak sengaja... Ikuti Video ini Ehsan DiGi Dear Malaysians...


 



SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN 

SEAMAMU MEMOHON MAAF KERANA TIDAK AMBIL KISAH KEATAS MEREKA YANG TERANIAYA DAN TERASING DI LUAR SANA ...

SEAMAMU MEMOHON MAAF KERANA MEMPUNYAI SIKAP PREJUDIS TERHADAP KAMU...

Sunday, August 28, 2011

Berhati-hati di jalan raya...Tapi 48 Tahun Jalan satu lorong jak!!!!

Dalam selang 2 minggu, sesamamu telah memandu selama 12 jam perjalanan dari Kuching ke Mukah. Ini selepas jalan Selangau - Mukah telah siap sepenuhnya diturap. Pernah sekali sesamamu menggunakan bas ke Mukah dari Kuching, dari Jam 10 malam dari Kuching dan sampai keesokan harinya jam 1pm, akibat jalan Selangau-Mukah ketika itu belum lagi diturap sepenuhnya.

Tetapi sesamamu bukan mahu ceritakan perjalanan yang memakan masa sehari suntuk itu tetapi cuma ingin berkongsi pengalaman memandu di jalan UTAMA atau yang dikenali sebagai jalan Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching ke Negara Brunei dan seterusnya ke Sabah. Apa yang menyedihkan ialah, apabila sesmamu sendiri telah melalui pengalaman memandu di jalan lebuh raya di Semenanjung Malaysia yang kebanyakan jalan utama adalah 3 lorong dari kedua-dua arah.

Jalan utama tetapi satu lorong...

Jalan utama di Semenanjung Malaysia rata-ratanya adalah 3 lorong dari kedua-dua arah. Memandu dari Johor ke Pulau Pinang tidak sampai pun setengah perjalanan Kuching-Mukah. Ini kerana semua jalan raya di sana adalah 3 lorong ataupun setidak-tidaknya 2 lorong dari kedua-dua arah.

Perjalanan Kuching-Mukah selama 12 jam ini terpaksa sesamamu lalui dengan hanya satu lorong sahaja. Bayangkan, banyak kali sesamamu terpaksa memperlahankan kenderaan akibat kenderaan di hadapan memandu begitu perlahan dan untuk memotong, kita terpaksa memperjudikan nyawa kita apatah lagi  memotong di selekoh-selekoh yang kadang kala kereta dari arah yang bertentangan meluru dengan tiba-tiba. Di malam hari pula, lain cabarannya.

Boleh dikatakan, jalan raya Pan - Borneo ini mengundang malapetaka yang tidak berbau. Seperti pusara yang setia menunggu sesiapa sahaja yang menggunakannya. Kalau kita mengambil pendekatan pemanduan yang 110% berhati-hati, belum tentu pengguna jalan raya yang lain berhati-hati seperti kita?

Satu lorong yang besar berkuasa...

Dalam keadaan jalan raya satu lorong ini, mana-mana kenderaan yang besar seperti Bas, Lori - lori besar dari 8 ke 32 tayar ini menguasai atau raja kepada jalan raya ini. Bayangkan lagi kalau kita hendak memotong lori panjang ini...kalau salah jangkaan ataupun kuasa memecut untuk memotong tidak cukup, sudah pasti kita akan bertembung dengan mana-mana kenderaan besar ini lagi...ayooooo!!!

Dalam tempoh selang 3 hari sahaja, ada 2 kemalangan yang membabitkan 10 kematian disepanjang jalan Sri Aman - Betong ini. Kedua-dua kemalangan berlaku setelah pertembungan kedua-dua kenderaan dari arah yang bertentangan.

Mana janji manis mu???

Sudah 48 tahun penubuhan Malaysia, bermakna  sudah 48 tahun hasil bumi Sarawak telah diagihkan kepada kerajaan pusat yang kelihatan berat sebelah di dalam pembangunan insfrastruktur terutamanya kemudahan jalan raya ini. Di Semenanjung Malaysia, setiap kali memandu di jalan raya di sana baik di jalan persekutuan mahupun negeri, keadaan jalan rayanya begitu baik sekali. Ulang sekali lagi, baik sekali!!! Ini sesamamu akui apabila memandu di jalan raya di dari Kuching - Miri dan terus ke Lawas yang mengambil masa 20 - 26 Jam untuk sampai di Lawas.

Seorang YB dari pihak pembangkang telah menyuarakan pendapatnya mengenai keadaan jalan raya di Sarawak minggu ini dan telah dijawap oleh seorang MP dari pihak kerajaan ...dengan alasan, "Kita sudah meminta setiap budget Rancangan Malaysia untuk dimasukkan menaik taraf jalan raya Pan-Borneo di Sarawak". Tetapi menurut MP ini, "wang tidak cukup" dan dia kata tunggu lagi Rancangan Malaysia yang seterusnya supaya dimasukkan ke dalam budget. Bak kata salah satu skrip wayang gambar arwah P. Ramlee..."Berapa banyak tunggu da...."


Slogan "Berhati-hati dijalan raya" di ubah suai untuk Sarawak...

Untuk pengguna jalan raya di Sarawak, terutama jalan raya UTAM Pan-Borneo highway? Highway?  mimpilah...Pan-Borneo alur lorong jalan maut tidak berbau...slogan ini patut diubah suai kepada "Berhati-hati tujuh lapis berhati-hati apabila dijalan raya di Pan -Borneo jalan raya".

Selamat Beraya di kampung dan bercuti bersama-sama keluarga yang tercinta...

"Berhati-hati tujuh lapis berhati-hati di jalan raya".

Selamat Hari Raya...


Tuesday, August 23, 2011

Saya dari Sarawak..."Selamat datang ke Malaysia."

Sebenarnya kenyataan ini pernah sesamamu dengar pada tahun lepas apabila bercuti di sebuah negeri di Malaysia. Tetapi sesamamu tidak mahu hebohkan kerana ia sesmamu beranggapan ia hanya pengalaman seorang individu sahaja. Tetapi setelah melihat komen di facebook tentang hal ini, sesamamu ingin mengambil kesempatan untuk kongsikan tentang isu ini.

Ikuti perbualan ini. Perbualan sebenar adalah menggunakan bahasa Inggeris;

Pekerja Hotel: Kamu dari mana?
Sesamamu: Saya dari Sarawak.
Pekerja Hotel: "Selamat datang ke Malaysia."
Sesamamu: ???

Kemungkinan daripada kenyataan tersebut...
1- Pekerja Hotel ini pekerja dari negara luar?
2- Pekerja Hotel ini kurang pengetahuan sejarahnya jika dia seorang Malaysia la?
3- Pekerja Hotel ini saja mahu cuba pengetahuan am?

Tindakan sesamamu sepatutnya...
1- Perbetulkan kenyataan si Pekerja Hotel tersebut.
2- Terus beredar (Itu yang sesamamu lakukan, respon kerana terlampau kecewa...tidak mahu cerita panjanglah tu)

Bukan tujuan seamamu ingin mengungkitkan perkara ini dan menimbulkan rasa tak puas hati antara kita, tetapi perkara sekecil dan penting ini masih berlaku dikalangan kita lebih-lebih lagi ianya banyak berlaku dikalangan anak-anak muda sekarang. Ini sungguh memalukan dan memilukan bagi kita rakyat Malaysia!

Sudah 48 Tahun...

Ya, sudah 48 tahun Sarawak dan Sabah bersama-sama kepulauan Tanah Melayu membentuk gagasan Malaysia. Dan tidak akan masih ramai lagi rakan-rakan kita se- Malaysia di Tanah Seemenanjung masih ingat kami di Sarawak dan Sabah luar daripada Malaysia?  Sesamamu pasti bilangan mereka ini sedikit sahaja, tetapi setelah diamati komen dan pengalaman di laman Facebook baru-baru ini tentang beberapa cerita mereka yang dari Sabah dan Sarawak yang berkerja mahupun belajar di Semenanjung, kebanyakan cerita mereka ini amatlah menyedihkan. Menunjukkan seakan-akan masih ramai lagi rakan senegara kita di Kepulauan Semenanjung di sana masih ingat kita yang dari Sabah dan Sarawak ini bukan sebahagian daripada Malaysia.

Ini berlaku dikalangan generasi-generasi muda Malaysia pada masa sekarang. Kenapa ini harus terjadi? Adakah fakta sejarah di dalam buku teks kita telah menyeleweng jauh. Ataupun, generasi sekarang ini tidak lagi begitu berminat untuk mengetahui fakta sebenar negara kita sekarang akibat terlalu banyak fakta sebenar telah "diselewengkan?"

"Sarawak dan Sabah sama-sama membentuk Malaysia..."

Arwah Datuk James Wong berkali-kali menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah bersama-sama dengan kepulaluan Tanah Melayu membentuk Malaysia dan bukannya "MASUK MALAYSIA".  Fakta dan kenyataan ini haruslah kita sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat ingat sampai selama-lamanya. Apabila kita mengatakan "Sarawak dan Sabah MASUK Malaysia", ini akan mengakibatkan pelbagai persepsi yang menjurus kepada kedudukan "Rakyat Sabah dan Sarawak" itu sendiri. Sehingga boleh mengakibatkan "Rakyat Sabah dan Sarawak" seakan hilang hak untuk dipanggil rakyat Malaysia. Itulah sebabnya setiap kali terdengar perkataan, "Saya dari Sabah ataupun Sarawak", jawapannya sudah pasti "Selamat datang ke Malaysia".

Malaysia...Tanah tumpahnya darah ku...

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri...lebih baik di negara sendiri,  kerana Malaysia adalah tanah tumpahnya darah ku...

Mari kita sama-sama menghayati hari pembentukan Malaysia ini bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian ini serta hidup saling hormat menghormati. Kerana kepelbagaian inilah kita menjadi kuat dan bersatu.

Sunday, August 14, 2011

Serba tak kena...Kita kibar ...dia kata kita tidak faham, tak kibar, dia kata tidak kenang jasa...

Sesamamu ingin komen satu petikan akhbar tempatan (Borneo post, 11 August 2011) yang telah mengambil pendapat seorang bekas pegawai Pasukan Polis Hutan yang bersama-sama melawan pengganas komunis pada satu ketika. Sekarang pegawai yang berpangkat DSP(Bersara) bersama PPH(Pasukan Polis Hutan) atau juga dikenali sebagai PFF(Police Field Force) ini telah mempunyai gelaran Datuk.

Apa yang menyedihkan tentang komen si pejuang kemerdekaan ini ialah dia mengatakan generasi muda sekarang yang mengibar jalur gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku serta Ibu pertiwi ku tidak memahami erti sebenar kemerdekaan ini. Malah dia berkata, kebanyakan generasi muda sekarang mengibarkan bendera jalur gemilang ini hanya suka-suka dan bernyanyi lagu kebangsaan ini sekadar hanya bernyanyi.

Datuk Aba tunjukkan pingat yang Beliau perolehi
Kamu "Salute" Tuan DSP...

Ya, kamu "Salute" perjuangan Tuan, Kami "Salute" pengorbanan Tuan dan rakan-rakan menggadai akan nyawa demi kemerdekaan negara kita. Kami tidak akan lupa akan pengorbanan Tuan ataupun para wira-wira yang dibawah Tuan suatu ketika dahulu yang telah bersemadi dipusara "WIRA NEGARA".

Tetapi, tolong fahami kami generasi muda sekarang mempunyai cara kami sendiri untuk menyatakan betapa kami CINTA akan negara kami Malaysia.
Kalau kami mahu kibarkan jalur gemilang, kenapa mesti dipersoalkan semangat patriotik kami? Ya, dahulu kalau kita ingin mempertahankan negara kita daripada dicerobohi oleh anasir-anasir komunis, kita harus berjuang sehingga ke titisan dari yang terakhir seperti Tuan dan wira-wira tuan lakukan. Tetapi sekarang, zaman sudah berbeza. Tak akan Tuan mahu kami membawa senjata dan pergi ke medan perang untuk menunjukkan betapa "patriotiknya" kami?


Kami Cinta negara kami...

Ya, kami cinta negara kami dan kami bangga mempunyai wira-wira seperti Tuan yang telah mengorbankan nyawa untuk Negara kita. Tetapi tolong jangan persoalkan apabila kami kibarkan Panji kebanggaan kami iaitu jalur gemilang. Apabila kamu menyanyikan lagu NEGARA KU  dan IBU PERTIWI KU... kami mendalami akan ertinya "Tanah Tumpahnya darah ku ini..." dan  fahami maksud "Sarawak tanah air ku...".

Jadi ...tolong JANGAN PERSOALKAN SEMANGAT KENEGARAAN GENERASI MUDA SEKARANG...kami ada cara kami untuk mempertahankan Tanah Tumpah Darah kami ini ya Datuk Aba R. Huk!!! Beri kami peluang dan ruang untuk menyatakan dan bukan cemohan dan kritikan yang langsung tidak membina!!!

Apa-apapun...terima kasih atas jasa Tuan...(Saya juga anak bekas PFF@PPH) oleh itu saya faham perjuangan Tuan dan wira-wira dibawah Tuan dahulu...kerana saya tahu bagaimana seorang anak berumur 8 tahun ditinggalkan selama 6 bulan diperbatasan medan perang....

"Saya makan apabila saya rasa lapar"-Mahatma Gandhi

"Saya makan apabila saya rasa lapar", kata-kata yang suatu ketika dahulu pernah dikatakan oleh seorang pejuang kebebesan India yang tersohor, Mahatma Gandhi. Kata-kata ini bermain lagi diminda sesamamu kerana melihat apa yang berlaku di sekeliling kita pada bulan Ramadan dimana bulan yang mulia bagi rakan-rakan kita yang beragama Islam menunaikan ibadah berpuasa mereka.

Apa yang menjadi isu kepada sesamamu kali ini adalah sikap kita manusia yang masih lagi mahu membazir makanan yang kita ada.

Makan-makan jua...

Ya, makan-makan juga. Maklumlah pada bulan Ramadan ini, sana-sini kita dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk , kuih muih dan banyak macam lagi jenis-jenis makanan yang dijual untuk juadah berbuka kepada rakan-rakan Muslim kita. Ini menyebabkan rambang mata apabila melihat pelbagai makanan yang menyelerakan ini dijual di mana-mana bazaar Ramadan.
Tidak kurang juga, bazaar Ramadan ini menarik minat mereka yang bukan muslim untuk mengambil kesempatan untuk bersama-sama rakan-rakan Muslim yang berpuasa membeli juadah yang menyelerakan di bazaar Ramadan yang disediakan.

Tetapi, yang menjadi isu disini ialah, kita membeli ikut suka "mulut" dan dompet. Kalau mulut kata sedap, "ON", beli sahaja asalkan wang cukup untuk membeli sesuatu judah pada hari tersebut. Dan akhirnya, apabila sampai waktu berbuka ataupun untuk makan, bukan semua makanan tersebut habis dimakan, malah selalunya akan adalah sisa makanan tersebut yang seterusnya menjadi penghuni tong sampah kita. Kan membazir namanya tu????

Ingat-Ingatlah mereka yang serba kekurangan...

Sesamamu selalu dengar perkataan ini dari mereka yang "kaya", yang cukup makan hidup dia ataupun yang mampu menyara hidup dia dengan wang ringgit yang ada..."Apa aku kisah, ini duit aku, aku boleh beli makanan yang aku suka...aku yang makan, bukan untuk perut mereka".

Bayangkan, kalau kita berada dinasib mereka yang waktu berbuka tu, belum ada sessuap nasi dinikmati ataupun seteguk air yang diminum, ataupun belum tentu tidur dengan perut yang berisi.

Sesamamu bukan bermaksud, kalau ada lebih makanan tu, cari fakir-fakir miskin ini dan sedekah makanan lebih tu kepada mereka, tetapi, sesamamu mahu kita cuba INGAT bahawa kesederhanaan kita didalam hal makanan ini akan memberi keseimbangan keperluan makanan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, kita dapat menyumbang didalam pengawalan harga makanan yang semakin meningkat ini sehingga membebankan orang yang serba kekurangan ini. Manakan tidak harga makanan semakin meningkat naik, permintaan manusia terhadapnya semakin meningkat, apatah lagi pada musim bulan Ramadan ini, peningkatannya dua kali ganda, akibatnya, penawaran bekalan makanan itu semakin berkurangan, akhirnya menyumbang kepada kenaikan harga makanan.....

Jadi, untuk menyelesaikan isu ini, kita harus hidup sederhana. Ingat juga tentang mereka yang serba kekurangan itu. Sesamamu percaya, semua agama mengajar kita untuk tidak membazir!!!

Mari renungkan video ini sejenak...5 minit sahaja...


Selamat berpuasa bagi rakan-rakan Muslim sekalian...

Sunday, August 7, 2011

Kenali-Fahami-Bantu mereka

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan satu pendedahan yang esklusif apabila seorang pemuda/pemudi yang memohon untuk menukar namanya kepada nama perempuan dan telah ditolak oleh hakim  makhamah tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustaffa pada 17 Julai.

Mohd Ashraf Hafiz, 26 tahun bukan sahaja gagal menukar namanya kepada Alesha  Farhana tetapi, arwah telah meninggal dunia dan dipercayai akibat tekanan yang diterimanya.

Kecelaruan jantina

Menurut Presiden Genetik Malaysia merangkap pakar Perunding Klinikal Sitogenetik, Dr Rozina Ariffin berkata, faktor hormon, persekitaran dan psikologi juga menyumbang kearah kecelaruan jantina ini. menurutnya, seseroang manusia boleh ditakrifkan normal dari segi sitogenetik apabila mempunyai set kromosom lengkap iaitu 46 kromosom X dan Y badi lelaki dan 46 kromosom X bagi wanita. (Harian Metro, Kahmis, 4 Ogos 2011,MS H20).
Beliau juga berpendapat bahawa "Ketidaknormalan kromosom boleh berlaku apabila seseorang lelaki yang sepatutnya 46 XY, tetapi disebabkan keselahan dalam pembahagian sel, dia mewarisi kromosom 46 XX.(Harian Metro, Khamis, 4 Ogos 2011, MS H20)
Jadi, persoalannya sekarang ialah, patutkah dia mempunyai naluri seorang perempuan sedangkan tubuhnya adalah seorang lelaki tulen disebabkan ketidaknormalan kromosom ini?

Tukar jantina

Dia didakwa telah menukar jantinanya pada tahun 2009 di Hyatyai, Thailand selepas disahkan layak dari segi psikologi oleh pusat perubatan Pantai, Kuala Lumpur. (Harian Metro, Khamis, 4 Ogos 2011, MS H20).
Tetapi bagi masyarakat kita, tindakan menukarkan jantina ini adalah satu kesongsangan norma hidup apatah lagi dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan adat serta norma hidup yang mengutamakan ajaran agama yang menuntut kita menghargai diri dan segala ciptaan TUHAN ini.

Menurut Pakar, walaupun seseroang itu mengambil keputusan untuk menukar jantinanya, tetapi, ia tidak akan berfungis secara normal.

Sebaliknya kenali-fahami-bimbing mereka...

Walaupun perbuatan segelintir golongan ini sememangnya melanggar norma hidup kita, sebaliknya kita yang normal ini harus cuba kenali mereka dengan lebih dekat lagi dan mendalami atau memahami kenapa mereka mempunyai naluri yang bertentangan dengan naluri asal mereka serta membimbing mereka. Bukan mencaci serta mencemuh mereka, tetapi kita sama-sama membawa mereka kembali ke jalan yang betul.

Yang membezakan kita yang normal ini dengan mereka ialah naluri kewanitan yang ada di dalam tubuh seorang lelaki itu. Teapi mereka berhak hidup dan mendapat sokongan serta dorongan untuk terus hidup seperti orang lain juga.

Temohan, carcian kita tanpa ingin kenali dan fahami "derita" mereka ini akan manambah tekanan kepada golongan ini. Sesamamu pasti, ada ramai golongan ini diluar sana yang mahu ataupun telah menukar jantina mereka dan yang pasti mereka memerlukan bimbingan untuk meneruskan kelangsungan hidup, walaupun belum ada mana-mana program atau model khusus untuk mendidik dan melatih golongan ini.

Tindakan sewajarnya KEMENTERIAN!!!!

Ya, negara kita harus mengambil ikhtibar tentang kejadian ini. Kementerian yang berkenan harus mengambil pendekatan yang lebih proaktif untuk bukan sahaja menangani masalah golongan ini tetapi membimbing golongan ini yang mungkin mengalami "penderitaan" kecelaruan jantina ini.
Mungkin kementerian yang berkenaan wujudkan satu mekanisma yang dapat mendokong kelangsungan hidup bagi golongan yang telah  menukar jantina ini. ya...mungkin ada kan????

Bukan bermaksud sesamamu menyokong tindakan golongan ini menukar jantina mereka yang pada awalnya sememangnya telah menyangkal ciptaan TUHAN itu, tetapi, tindakan mereka yang SALAH (BERDOSA) itu harus kita fahami serta mengerti-KENAPA mereka berlaku sedemikian rupa, dan pendidikan serta bimbingan sewajarnya harus kita berikan untuk mereka melangsungkan kehidupan mereka. Ya, setiap manusia ciptaan TUHAN ini ada hak untuk bernafas serta mendapatkan hak mereka dengan saksama. Ya...mereka salah! mereka ingkar TUHAN tetapi, tidak sewajarnya kita sisihkan dari masyarakat?

Wednesday, August 3, 2011

Tangisan si Orangutan #3

Cerita tangisan si orangutan #3 kali ini sesamu ingin kongsikan video ini...

sama-sama kita renungkan....tangisan si orangutan...

Klik video di bawah....

1-Sarawak menjaga hutan rimbanya?


2. Disebalik Dokumentari "Sarawak deforestation".
3. Yakah ?






Dan...

Sama-sama kita renungkan....

Monday, August 1, 2011

Tahukah kamu Sarawak, Sabah dan Singapore sama-sama membentuk Malaysia?

Buku yang ditulisnya sendiri
Pada 2 minggu yang Lepas, sesamamu sempat pergi ke upacara pengkebumian seorang tokoh yang bertanggungjawab di dalam pembentukan Malaysia, iaitu Datuk Amar James Wong. Dia merupakan salah seorang perwakilan daripada Sarawak yang berbincang dan membantu bersama-sama di dalam pembentukan gagasan Malaysia bersama Sabah dan Singapura.

Apa yang menjadi dorongan kepada sesamamu ketika berada dihari terakhir memperingati akan mendiang Datuk Amar James Wong ialah apabila seorang daripada anaknya mengulangi apa yang pernah suatu ketika dahulu ayahnya berulang kali mengingatkan kita terutama golongan muda bahawa Sarawak bukan masuk di dalam Malaysia tetapi sarawak bersama Sabah dan Singapura membentuk gagasan Malaysia.

Diulangi untuk kali terakhir??

Delegasi Sarawak-Foto terbitan terdahulu
Apabila salah seorang anaknya membaca surat yang ditujukan khas kepada ayah tercinta itu. Anak kepada mendiang Datuk Amar James Wong ini sekali lagi mengulangi apa yang pernah ayahnya katakan kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya pada beberapa tahun dahulu apabila beberapa rakyat Sarawak yang memohon akan pengikhtirafan 16 September sebagai hari cuti umum untuk Malaysia. Sehinggalah pada tahun lepas, kerajaan Malaysia buat pertama kalinya mengisytiharkan 16 September sebagai hari cuti umum persekutuan Malaysia.
Anak mendiang mengatakan didalam suratnya yang dia baca pada upacara memperingati mendiang Datuk Amar James Wong pada ketika itu
" Ini adalah satu penyataan Ayah yang pasti semua rakyat Sarawak dan Malaysia khususnya sedia maklum, dan mungkinkah ini kali terakhir kita akan mendengar kenyataan ini. Kenyataan ayah adalah 'Sarawak bukan masuk dalam Malaysia tetapi Sarawak., Sabah dan Singapura bersama-sama membantu didalam pembentukan gagasan Malaysia".

Ketika anak Mendiang membacakan barisan ayat kenyataan ayah tercintanya itu, dewan gereja di mana upacara memperingati mendiang Datuk Amar James Wong dipenuhi dengan sorakan dan tepukan yang gemuruh seakan-akan bagai sesamamu bahawa kenyataan itu bukan kali terakhir kita akan dengar tetapi akan terus bermain dikotak minda setiap rakyat Sarawak dan Malaysia yang mahu tahu asal usul pembentukan gagasan Malaysia yang ada pada ketika ini.

Menyeru...

Delegasi Sarawak-Foto Bernama
Kenyataan dan surat anak mendiang ini seakan-akan menyeru semua rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya untuk mengenal sejarah serta menghormatinya demi sebuah negara yang aman makmur dan maju adanya. Oleh yang demikian, sebagai anak jati yang negara ini ingin mengucapkan, jutaan terima kasih kepada mendiang Datuk Amar James Wong ke atas jasa mu. Jasa mu tetap dikenang dan dingati bagi generasi muda untuk selama-lamanya. Kenyataan mu tentang pembentukan gagasan Malaysia akan sentiasa berseru mengingatkan kami sentiasa...