sesamamu

Monday, December 31, 2012

Senarai semak Sesamamu untuk tahun 2013

Sekarang tepat pukul 8.11pm,  31 Disember 2012 dan tinggal beberapa jam lagi untuk tahun 2012 melabuhkan tirainya. Dan sebelum itu, Sesamamu ingin menyatakan ucapan syukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan untuk melalui tahun 2012 yang penuh dengan onak dan durinya dengan jaya. Untuk tahun 2013, Sesamamu ingin menyatakan "Shalom".

Di dada-dada akhbar tempatan hari ini menyelitkan laporan perkara-perkara yang berlaku di tahun 2012 untuk para pembaca akhbar nya mengimbas kembali peristiwa penting yang berlaku pada tahuntersebut.

Tidak kurangnya dengan beberapa artikel tentang apa yang segelintir penulis akhbar tersebut ingin capai pada tahun 2013. Bagaiman pula anda? Apakah impian ataupun resolusi yang anda ingin kecapi pada tahun 2013? Sudah ada senarai semak untuk tahun 2013?

Senarai semak Sesamamu untuk tahun 2013...


Pertama: Teruskan dengan "Keep GREEN"- STOP! Chopping the tree"- Kempen. 

Agenda ini untuk menimbulkan kesedaran kepada manusia sejagat, ini harus terus dilakukan. Biar timbul kesedaran untuk setiap umat manusia untuk menjaga dan memelihara bumi kita ynag kian usang ini. Cukup sudah dengan kata-kata, sekarang kita harus segera BERTINDAK!

MEmakai baju warna HIJAU setiap hari rabu juga menjadi satu kemestian bagi Sesamamu untuk menambahkan lagi rasa tanggung jawab akan bumi ini.

Kedua: "Thursday in Black-STOP! violence against women, child abuse, rape and baby dumping"- Kempen

Memakai baju serba hitam setiap hari Khamis juga menjadi tema warna yang sudah pasti sama pentingnyya! Sikap "Ada ku Kesah" tentang hal ehwal sosial yang berlaku di dalam masyarakat kita yang semakin menjadi-jadi ini memberi satu kekuatan kepada Sesamamu untuk meneruskan kempen "Thursday in Black" ini. Sehinggalah pada suatu hari nanti, apabila kita keluar ke bandar mahupun pekan ataupun desa, setiap hari khamis orang akan berpakaian serba hitam untuk menyatakan kita perihatin terhadap masalah sosial ini!

Ketiga: Keadaan politik negara yang stabil.

Tidak dinafikan keadaan politik sesebuah negara memainkan peranan yang penting untuk memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara itu. Jadi, dengan PRU 13 yang semakin dekat ini, Sesamamu berharap, rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk mendaftar dan yang sudah mendaftar, ramai-ramai turun mengundi.
Juga harapan Sesamamu di tahun 2013, sesiapa pun yang akan memerintah, biarlah Negara diperintah dengan ADIL dan SAKSAMA. Dan biar RUKUN Negara benar-benar menjadi tonggak pemerintahan...terutama Rukun yang pertama!
Oleh yang demikian, Warna Kuning menjadi pilihan Sesamamu untuk diguna pada hari Sabtu. Setaip hari Sabtu!

Keempat: Tiada lagi sikap PERKAUMAN dan mengagungkan perbedaan yang ada.

Panggilan untuk Sesamamu menyokong kuat cabaran untuk membina Jambatan Anak Malaysia (JAM) serta menjadi agen kepada terbentuknya sebuah negara Malaysia yang pelbagai tetapi hidup rukun dan aman. Perbezaan yang ada pada rakyat Malaysia ini dibenarkan oleh Tuhan yang maha esa supaya kita BERSATU. Tiada perbedaan tiada ertinya perkataan KESATUAN itu. Tetapi terjadinya perbedaan adalah supaya kita bersatu. Jadi, menjadi kerinduan Sesamamu untuk melihat satu Bangsa Anak Malaysia yang hidup harmoni kerana perbezaan yang ada itu.
Hari Jumaat menjadi pilihan Sesamamu untu menggunakan pakaian yang melambangkan pelbagai warna. Jadi tema warna hari Jumaat ialah, Warna-warni.

Kelima: Setia untuk Warna-Warna setiap hari bagi Sesamamu...dan berdoa untuk nya.

Hari Ahad, Isnin dan Selasa warna temanya adalah bebas tetapi tertakluk kepada kempen yang Sesamamu akan terlibat bersama.

Rabu - Hijau (Keep GREEN)
Khamis - Hitam (Thursday in Black)
Jumaat - Warna-warni (JAM)
Sabtu - Kuning (Bersih-adil dan saksama)

Mari sama-sama mengingati tahun 2012 dan mendongak kehadapan untuk menjangkakan apa yang belum kita pasti akan berlaku pada tahun 2013 dan serahkan segalanya kepada DIA yang maha agung itu.

SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK KITA SEMUA SESAMA INSANI.

Wednesday, December 26, 2012

Kekejaman dan Diskriminasi terhadap wanita: Minda yang JAHIL

Minggu lepas, kita dikejutkan dengan satu kisah yang sangat menyedihkan berlaku di dalam zaman yang serba moden ini. Malah negara di mana perkara ini berlaku juga adalah negara yang terkenal dengan paka-pakar IT - nya.
Kisah ini berlaku di India, apabila sepasang kekasih yang baru pulang dari menonton wayang telah menaiki bas yang sebenarnya adalah naiki oleh 6 orang pemuda yang sedang "off duty" serta dalam keadaan yang mabuk. Sejurus pasangan ini memasuki bas tersebut, 6 pemuda yang mabuk ini telah melakukan kekerasan terhadap kedua pasangan ini dan berakhir dengan merogol si gadis berusia 23 tahun in. Mereka bergilir-gilir merogol si gadis ini dan kejaman itu tidak berhenti disitu sahaja, malah si gadis didera berkali-kali sebelum di lontar dari bas itu begitu sahaja bersama pasangannya. Nasib masih berpihak kepada mereka berdua, kerana mereka masih bernyawa lagi.

Rakyat bangkit  di India

Akibat daripada kisah tersebut yang tersebar luas, satu kebangkitan yang besar berlaku, terutama oleh kaum wanita supaya undang-undang yang lebih adil kepada wanita terutamanya digubal semula. Kebangkitan serta kemarahan rakyat ini sebenarnya menimbulkan satu rusuhan yang besar diantara pihak berkuasa India dan para pendemonstrasi.

Kebangkitan rakyat ini juga sebenarnya mendedahkan betapa kerajaan India masih mengamalkan diskiminasi terhadap wanitanya. Kali ini, kebanyakan rakyat yang bangkit terutamanya wanita bangkit menyatakan ketidak  puasan hati terhadap layanan yang berat sebelah kepada wanita.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa-POLIS India seperti merestukan perbuatan ini sehingga tiada tangkapan dibuat terhadap pesalah ini. Malah, apabila rakyta bangkit, terutamanya wanita di seluruh India, pendemonstrasi ini terpaksa melalui satu halangan Polis anti rusuhan.

Minda yang JAHIL

Oleh kerana sistem yang berat sebelah terhadap wanita ini telah bertapak di Negara ini di sokong pula dengan budaya yang memihat atau menganggap perempuan manusia kelas bawahan , maka 6 pemuda ini selain dikuasai alkohol, mereka sebenarnya mempunyai minda yang JAHIL.

JAHIL dalam erti kata konteks cerita ini, perbuatan dan perlakuan mereka adalah tidak ubah seperti BINATANG dan MINDA manusia tahap purba kala!

Sesamamu juga menyokong kebangkitan rakyat India ini dan menyeru adanya tindakan yang setimpal terhadap para pelaku ini. Ini adalah kemuncak KETIDAKPUASAN HATI terhadap DISKRIMINASI terhadap wanita ini.

Menyokong: Thursday In Black...gunakan baju warna HITAM setiap khamis...STOP violence against woman, Rape, Child abuse and baby dumping.

Tuesday, December 18, 2012

Selamat hari Natal di jalan Trunk Borneo...M.A.K.S.I.M.A strategi pemanduan jauh kita...

Sekali lagi Sesamamu ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua pengguna jalan Trunk Borneo yang akan balik ke kampung masingmasing dihari perayaan Natal ini. Dan sudah semestinya, kita kena gandakan perhatian kita di jalan yang tidak sepatutnya dipanggil "highway".

2 minggu yang lepas, seorang wakil Parlimen memperingatkan kerajaan pusat tentang betapa jalan trunk Borneo ini sangat berbahaya dan tidak selayaknya dipanggil jalan raya!

Dan baru - baru ini, seorang YB dari pihak kerajaan juga memberi peringatan bagi rakyat Sarawak yang menggunakan jalan ini balik ke kampung masing-masing supaya menggandakan sikap yang penuh berhati-hati semasa di jalan raya ini.

Apa yang kita harus buat?

Selain menunaikan tanggung jawab kita kelak di PRU13 nanti, bagi kita yang balik ke kampung, sejauh 26 jam dair Kuching ke Lawas, mahupun Kuching ke Miri, 14 Jam pemanduan, ada baiknya kita persiapkan diri kita mahupun kenderaan yang kita gunakan.

Di sini Sesamamu ingin kongsikan persiapan kita yang memandu berjam-jam jauhnya ini...Strategi Sesamamu UNTUK pemanduan yang jauh ini di jalan Trunk Borneo:...M.A.K.S.I.M.A

M - Minyak
Sebelum memulakan perjalanan yang jauh ini, setidak-tidaknya kita memeriksa dan menukar minyak kereta dan "break" supaya perjalanan akan berjalan dengan lancar.

A - Anda
Kita yang sebagai pemandu haruslah mempersiapkan diri kita supaya dalam keadaan yang "segar" - cukup tidur dan cukup rehat sebelum memulakan pemanduan yang jauh ini. Ini sangat penting beberapa jam sebelum memulakan perjalanan.

 K- Kereta
Selain menukar minyak kenderaan tadi, haruslah kita perhatikan dan membuat penelitian yang menyeluruh tentang keadaan kereta kita secara menyeluruh. Tayar-Lampu-Radiator semuanya dalam keadaan yang baik dan siap untuk perjalanan yang jauh tersebut.

S - Sahabat
Lebih baiknya ada teman yang bersama-sama dengan anda dalam perjalanan yang jauh ini. Sahabat yang boleh bersama dan dibawa bersembang. Lebih baik lagi kalau sahabat ini boleh dan mempunyai pengalaman memandu perjalanan yang jauh ini.
Tetapi, kalau anda memandu keseorangan, pastikan juga ada "sahabat" yang akan sentiasa memberi anda cergas dan "alert". Cth...kopi..gula-gula getah...lagu-lagu kegemaran...

I -IPHONE
emmm...semasa memandu, TOLONG-TOLONG jauhkan daripada berIPHONE atau dalam erti kata lain, bertelefon , bermesej, ber FB semasa memandu...teramatlah berbahaya!

M - Masa
Perancangan yang baik untuk perjalanan yang jauh ini amat penting. Masa sangat penting. Masa untuk memulakan pemanduan, masa untuk memandu, masa untuk rehat. Harus ada perancangan yang teliti tentang pembahagian masa yang baik untuk pemanduan yang jauh ini.

A -Amaran
Tolong ambil perhatian yang sepenuhnya kepada setiap papan-papan tanda jalan raya yang memberi AMARAN untuk kita PERLAHAKANKAN KENDERAAN-KAWASAN KERAP KEMALANGAN-SELEKOH TAJAM-JALAN KAMPUNG...sangat penting untuk mengambil perhatian yang sepenuhnya terhadap MARAN-AMARAN INI! Ada tujuan ia diletakkan AMARAN  di sana.

Dengan mengamalkan M.A.K.S.I.M.A  ini, Sesamamu mendoakan agar pemanduan kita untuk perayaan hari Natal ini akan membawa kesejahteraan pergi dan balik kita nanti.

Akhir kata dari Sesamamu, kalau orang lain tidak berhati-hati, kita pula gandakan supaya kita yang lebih berhati-hati...

"mana perginya sifat kemanusiaan"?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penemuan 105 pembantu rumah yang dikurung di dalam sebuah bilik kecil. Dan kesemua mereka adalah rakyat asing yang datang ke Malaysia dengan menggunakan pas kerja yang sah melalui agensi yang sah.

Tetapi, cerita mereka ditahan, dikurung serta tidak diberi gaji yang sepatutnya yang telah dijanjikan kepada mereka telah menjadi satu penanda aras betapa kes pemardagangan manusia serta sikap kamanusian ini sangat goyah di dalam sifat dan sikap rakyat negara ini, terutamanya agensi-agensi yang terbabit membawa masuk orang asing untuk melakukan kerja pembantu rumah di negara kita.

Sangat memalukan...

Cerita tentang pembantu rumah serta bagaimana Malaysia menangani kes pemerdagangan manusia ini sangat memalukan. Malah kita juga digemparkan dengan satu tuduhan yang amat memalukan apabila perempuan asing diperlakukan dengan tidak beradab oleh penguatkuasa! sangat memalukan!

Sesamamu pasti, apa yang didedahkan diruang akhbar baru-abru ini adalah sebilangan kecila daripada beribu-ribu agensi pekerjaan pembantu rumah di Malaysia yang menyalahgunakan hak kemanusian sejagat. Masih banyak kes yang serupa tetapi tidak kita ketahui di mana dan siapa yang terlibat. Jika pun ada kes seperti yang berkenaan berlaku, Sesamamu pasti, tiada seorang pun "pekerja asing" ini yang sanggup membuat aduan kerana ugutan yang keras dari agensi pekerja asing berkenan.

Agensi pekerjaan yang tidak berperikemanusian...

Inilah yang berlaku jika wang telah menjadi raja dan menguasai manusia yang amat tamak ini. Sehinggakan manusia yang mencari sesuap nasi dan belas kasihan daripada mereka dilayan seperti binatang. Ya, layanan serupa ini bukan layanan terhadap manusia tetapi lebih kepada binatang. Adakah patut dikurung di dalam bilik yang sempit dan tidak diberi makanan sehingga mereka dipaksa makan kertas! manusia kah agnesi ini? TIDAK! mereka syaitan yang bertopengkan manusia! Ataupun manusia yang bertopengkan binatang!

Ya, alasan mereka ialah, Gaji di potong terhadap yuran untuk membawa mereka masuk  RM4k +++. Kalau ia pun, tak kan potongan 100% setiap bulan sehingga mereka tidak diberi sesen pun?

Gaji satu hal, bagaimana pula tempat tinggal serta makan minum mereka seperti yang (mungkin) termaktub di dalam perjanjian sebelum mereka di bawa ke nagara kita?

Bagai mana dengan pihak imigrasi negara kita? serta agensi yang memberi lesen kepada agensi pekerjaan asing ini? adakah pemantauan dilakukan? Atau apabila ada kes seperti ini, barulah kita mahu bertindak? Ini menyebabkan agensi kerajaan yang seperti ini terbabit bersama dan sama seperti mereka yang menindas tadi, tiada sifat peri kemanusiaan langsung!

Sebagai rakyat biasa, pemerdagangan manusia serta penindasan ini hanya dapat kita elekkan jika kita sama-sama ambil peduli dan membuat laporan jika ada perkara yang sedemikian rupa berlaku dikawasan kejiranan kita.


JOM Vote! : Suara kita hanya kedengaran pada pilihanraya seterusnya...

3.7 Juta rakyat Malaysia yang layak tetapi belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Kenapa?

Adakah kerana kesibukan kita sehingga langsung tidak ada masa untuk mendaftar? Kalau di lihat pada angka tersebut, Sesamamu dapat merumuskan bahawa 3.7 Juta ini kebanyakannya dari golongan generasi muda. Betul kan?

Adakah generasi sekarang tidak mahu mengambil kisah tentang apa yang berlaku kepada negara kita? Tidak mahu menyumbang kembali kepada negara Tanah Tumpah nya Darah Ku?

Adakah landskap politik kita yang penuh dengan cemuhan dan ugutan serta kekecewaan sistem yang telah lama diguna pakai sudah sekian lama ini menyebabkan kita tidak mahu mendaftar?

Tidak pedulikah kita tentang isu siu sperti;

i. Cadangan pembinaan 12 empangan di Sarawak?
ii. Kes Lynas?
iii. Tuduhan penglibatan orang teratas Negara tentang kematian gadis Mongolia?
iv. Naiknya harga barang keperluan harian?
v. Korupsi?
vii. Kes Pembuangan bayi dan pemerdagangan Manusia?
viii. kemiskinan tegar yang masih ADA di sana-sini?

dan banyak lagi...adakah kita masih tidak mahu kisah? Tidak mahu mendaftar? ataupun sudah daftar, tapi tidak mahu mengundi?

Undi anda sangat berNILAI...

Hanya dengan pencil dan kertas undi ini, dan tidak lebih 5 minit pun proses menanda serta membuat pilihan di atas kertas undi ini, sebenarnya sangat-sangat berNILAI dan berharga untuk menentukan hala tuju Negara kita. Jika selama ini kita terlalu kecewa dengan pemerintah yang sedia ada dan sudah berkhidmat buat sekian lama, semasa pilihanraya inilah waktunya untuk menyatakan kuasa yang ada pada kita.

Satu undi kita sangat berNILAI, bukan sahaja untuk diri kita sekarang tetapi generasi kita yang seterusnya. Tetapi amat menyedihkan apabila mengetahui 3.7 Juta rakyat Malaysia yang layak tetapi tidak mendaftar sebagia pengundi ketika ini. Ini tidak termasuk bagi mereka yang sudah mendaftar tetapi tidak membuang undi! Sangat menyedihkan.

Jangan, setelah apa yang berlaku kepada sosio ekonomi yang meninggalkan kesan kepada kita baru kita mahu bersuara? Suara kita tidak akan kedengaran sehingga pilihan raya yang seterusnya. Jadi, sekaranglah waktunya jika ingin bersuara. Daftar dan pergi mengundi! Jangan tunggu lagi!

Seruan Negara ku...

Kalau kita mahu hentikan sistem yang tidak guna pakai dan tidak lagi sesuai yang kerajaan yang sedia ada telah sekian lama aplikasikan, disinilah masa dan ketikanya, turun mengundi. Nyatakan suara serta pilihan kita keatas kekecewaan kita selama ini. Oleh yang demikian, kalau anda tergolong di dalam 3.7 juta ini, JOM DAFTAR dan JOM VOTE!

Kenapa harus berdiam diri? Manusia mana yang tidak tergerak hatinya melihat  negaranya di dalam kancah Isu yang tak habis-habis dan mungkin suatu hari nanti akan memudaratkan negara dan rakyatnya? Sesamamu berharap, kita mempunyai hati dan mata yang penuh Perihatin kepada apa yang berlaku kepada Negara kita.


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 bagi sesamamu..."HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN"


Pada tahun 11.11.11, 1002 pasangan, 10.10.10, 859 pasangan memilih tarikh - tarikh berikut untuk melangsungkan hari perkahwinan mereka tetapi tahun ini, tarikh 12.12.12 tidak begitu popular, hanya sebanyak  696 pasangan yang mendaftar melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Hong Kong, menurut satu laopran akhbar tempatan.

Apakah oleh kerana kepercayaan "fung sui" menyebabkan tarikh tersebut tidak begitu popular?

Bukan sahaja tarikh 12.12.12 ini menjadi pilihan kepada pasangan-pasangan yang ingin melangsungkan hari perkahwinan mereka, ada juga yang mengharapkan cahaya matanya lahir pada trikh ini. Dan banyak juga perkara-perkara yang menarik ingin dilakukan oleh kita untuk mengingati tarikh tersebut dan menjadikannya satu peristiwa yang Bersejarah bagi sesetangah kita.

Kenapa ya...???

Bagi Sesamamu, ada beberapa sebab kenapa 12.12.12 ini begiti istimewa dan dipilih;

1- Hanya sekali dalam seumur hidup dan usia dunia ini.
2 - Untuk senang diingati
3 - Mahu dipanggil "wah bertuah kamu", wah "untung kamu". ...Mahu pujilah!
4 - Bagi peniaga, ini adalah peluang meningkat "penjualan". teruatama package perkahwinan dan peristiwa-peristiwa yang penting.
5 - Tarikh BERTUAH bagi sesetengah pihak.
6 - Nombor yang menarik.

Ya...ada banyak 1001 sebab kenapa 12.12.12

 Tetapi bagi Sesaamu secara peribadi, 12.12.12 ini adalah tarikh dimana Sesamamu ingin memanggil manusia sejagat sama-sama 'MEMPERTAHANKAN KEHIJAUAN BUMI INI" dan 'HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN". Contoh; "HENTIKAN CADANGAN PEMBINAAN EMPANGAN-EMPANGAN DI SARAWAK'.

Jadi, apa kata anda?

BOIKOT pekedai menjual rokok kepada pelajar bawah umur!

Sesamamu sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk respon kepada petikan akhbar tempatan tentang isu penjualan rokok kepada remaja bawah umur dan terutamanya pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah.

Isu ini telah lapok dan lama sudah dipersoalkan dan ia menjadi semakin parah. Buktinya, mana-mana kita pergi sewaktu musim sekolah, kebanyakan pelajar yang kita temui baik di luar perkarangan sekolah sedang menunggu bas mahupun di pusat-pusat membeli belah tidak segan silu merokok dengan pakaian seragam sekolah nya.

Jadi, dari mana datangnya rokok tersebut? sudah pasti daripada kedai yang menjualnya kan?

Ada aku kesah? yang penting UNTUNG!

Sesamamu sendiri selalu melihat dan menegur beberapa pekedai yang secara terbuka menjual rokok ini kepada pelajar sekolah yang berpakaian lengkap sekolahnya. Pernah Sesamamu menegur pekedai ini kerana menjual rokok kepada pelajar bawah umur, tetapi dengan sinisnya di jawab, "wa apa peduli, bukan lu punya kedai!". Ini adalah segelintir sikap pekedai yang tidak menghiraukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian, walaupun terpampang poster besar melarang rokok dijual kepada pelajar bawah umur!

Tiadanya tindakan yang serius

kampen ataupun larangan ini hanya keluar seketika sahaja di dada-dada akhbar tempatan dan tiada pemantauan yang tegas mahupun tindakan yang dilakukan oleh kementerian yang berkaitan. Adakah gimik politik sahaja untuk menunujuk-nunjuk yang mereka "sibuk"?.

Tolonglah pantau pekedai-pekedai yang berhampiran dengan sekolah. Tak kan mau tanya sama pokok kenapa ia goyang? Secara lahiriah manusia normal ini, kita tahu bahawa, memang wujud pekedai yang berhampiran sekolah menjual rokok kepada pelajar sekolah!. Tak kan tak dapat mengenal pasti siapa bawah umur dan siapa tidak?  Mereka membeli rokok dengan baju sekolah  dan pekedai ambil tidak peduli sahaja.

Cukup sudah hanya dengan berkata-kata...

Zaman sekarang menghendaki kita lebih proaktif dan "melakukan" lebih sealain daripada bercakap-cakap yang penuh dengan kata-kata yang berbunga-bunga. Tetapi pada dasarnya, setiap tahun akan mengeluarkan laporan yang sama. Menuding jari sesamama kita. Ayoh! Berrtindak! Baik Penguatkuasa - Ibu Bapa - Guru - dan orang ramai, kita sama-sama katakan TIDAK kepada pekedai yang menjual rokok kepada pelajar bawah umur dan Boikot kalau boleh. Ini belum lagi rokok-rokok seludup dan tiruan!

Sunday, December 2, 2012

Indahnya laungan Malaysia-Malaysia di padang Bola



Sesamamu ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa berada bersama-sama lebih daripada 60 ribu penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia di stadium Bukit Jalil dan menjadi saksi kepada satu sukan yang berjaya ,menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung.

Syabas untuk pasukan Malaysia kerana berjaya meneruskan perjuagan mereka untuk mempertahankan piala AFF yang mereka julang dua tahun yang lepas. Tetapi pujian juga harus diberikan kepada ribuan penyokong setia Pasukan Bolasepak Malaysia tanpa mengira latar belakang seseorang itu, telah berjaya memainkan peranan sebagai pemain yang ke 12 pasukan bolasepak Malaysia.

Layaklah pemain ke 12 di puji...

Sesamamu menjadi saksi sendiri bagaimana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bersatu, berpadu suara memberi sokongan yang idak berbelah bahagi kepada pasukan Bolasepak Malaysia. Terlebih lagi apabila jaringan telah dlakukan, sorakan riang meraikan "goal" tersebut benar-benar mengegar stadium Bukit Jalil. Jelas terpancar diwajah setiap penyokong.

Perasaan riang-puas hati juga terus ditunjukkan sehingga diakhir perlawanan malah melarat hingga ke jalan-jalan raya.

Alangkah indahnya...

Sesamamu terus membayangkan betapa indahnya jika semangat sorakan ini berlaku di dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan yang ada. Nyata sekali, satu permainan yang sangat mudah dan sederhana ini dapat menyatukan rakyat Malaysia di sebuah padang bola! Tiada formula sains yang sangat canggih mahupun strategi politik yang begitu strategik pun dapat menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung!

Kesatuan masih ada peluang...

Ya, Sesamamu dapat merasakan bahwa masih ada peluang untuk rakyat Malaysia yang berbilang ini untuk terus bersatu. Buktinya, satu permainan yang sederhana dan mudah ini telah menolak apapun formula yang ada di dunia ini untuk menyatukan masyarakat yang berbeza ini.

Dalam erti kata lain, kesederhanaan itulah yang menyatukan kita yang sedia berbeza ini.