Sekali lagi Sesamamu ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua pengguna jalan Trunk Borneo yang akan balik ke kampung masingmasing dihari perayaan Natal ini. Dan sudah semestinya, kita kena gandakan perhatian kita di jalan yang tidak sepatutnya dipanggil "highway".
2 minggu yang lepas, seorang wakil Parlimen memperingatkan kerajaan pusat tentang betapa jalan trunk Borneo ini sangat berbahaya dan tidak selayaknya dipanggil jalan raya!
Dan baru - baru ini, seorang YB dari pihak kerajaan juga memberi peringatan bagi rakyat Sarawak yang menggunakan jalan ini balik ke kampung masing-masing supaya menggandakan sikap yang penuh berhati-hati semasa di jalan raya ini.
Apa yang kita harus buat?
Selain menunaikan tanggung jawab kita kelak di PRU13 nanti, bagi kita yang balik ke kampung, sejauh 26 jam dair Kuching ke Lawas, mahupun Kuching ke Miri, 14 Jam pemanduan, ada baiknya kita persiapkan diri kita mahupun kenderaan yang kita gunakan.
Di sini Sesamamu ingin kongsikan persiapan kita yang memandu berjam-jam jauhnya ini...Strategi Sesamamu UNTUK pemanduan yang jauh ini di jalan Trunk Borneo:...M.A.K.S.I.M.A
M - Minyak
Sebelum memulakan perjalanan yang jauh ini, setidak-tidaknya kita memeriksa dan menukar minyak kereta dan "break" supaya perjalanan akan berjalan dengan lancar.
A - Anda
Kita yang sebagai pemandu haruslah mempersiapkan diri kita supaya dalam keadaan yang "segar" - cukup tidur dan cukup rehat sebelum memulakan pemanduan yang jauh ini. Ini sangat penting beberapa jam sebelum memulakan perjalanan.
K- Kereta
Selain menukar minyak kenderaan tadi, haruslah kita perhatikan dan membuat penelitian yang menyeluruh tentang keadaan kereta kita secara menyeluruh. Tayar-Lampu-Radiator semuanya dalam keadaan yang baik dan siap untuk perjalanan yang jauh tersebut.
S - Sahabat
Lebih baiknya ada teman yang bersama-sama dengan anda dalam perjalanan yang jauh ini. Sahabat yang boleh bersama dan dibawa bersembang. Lebih baik lagi kalau sahabat ini boleh dan mempunyai pengalaman memandu perjalanan yang jauh ini.
Tetapi, kalau anda memandu keseorangan, pastikan juga ada "sahabat" yang akan sentiasa memberi anda cergas dan "alert". Cth...kopi..gula-gula getah...lagu-lagu kegemaran...
I -IPHONE
emmm...semasa memandu, TOLONG-TOLONG jauhkan daripada berIPHONE atau dalam erti kata lain, bertelefon , bermesej, ber FB semasa memandu...teramatlah berbahaya!
M - Masa
Perancangan yang baik untuk perjalanan yang jauh ini amat penting. Masa sangat penting. Masa untuk memulakan pemanduan, masa untuk memandu, masa untuk rehat. Harus ada perancangan yang teliti tentang pembahagian masa yang baik untuk pemanduan yang jauh ini.
A -Amaran
Tolong ambil perhatian yang sepenuhnya kepada setiap papan-papan tanda jalan raya yang memberi AMARAN untuk kita PERLAHAKANKAN KENDERAAN-KAWASAN KERAP KEMALANGAN-SELEKOH TAJAM-JALAN KAMPUNG...sangat penting untuk mengambil perhatian yang sepenuhnya terhadap MARAN-AMARAN INI! Ada tujuan ia diletakkan AMARAN di sana.
Dengan mengamalkan M.A.K.S.I.M.A ini, Sesamamu mendoakan agar pemanduan kita untuk perayaan hari Natal ini akan membawa kesejahteraan pergi dan balik kita nanti.
Akhir kata dari Sesamamu, kalau orang lain tidak berhati-hati, kita pula gandakan supaya kita yang lebih berhati-hati...
No comments:
Post a Comment