Sesamamu sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk respon kepada petikan akhbar tempatan tentang isu penjualan rokok kepada remaja bawah umur dan terutamanya pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah.
Isu ini telah lapok dan lama sudah dipersoalkan dan ia menjadi semakin parah. Buktinya, mana-mana kita pergi sewaktu musim sekolah, kebanyakan pelajar yang kita temui baik di luar perkarangan sekolah sedang menunggu bas mahupun di pusat-pusat membeli belah tidak segan silu merokok dengan pakaian seragam sekolah nya.
Jadi, dari mana datangnya rokok tersebut? sudah pasti daripada kedai yang menjualnya kan?
Ada aku kesah? yang penting UNTUNG!
Sesamamu sendiri selalu melihat dan menegur beberapa pekedai yang secara terbuka menjual rokok ini kepada pelajar sekolah yang berpakaian lengkap sekolahnya. Pernah Sesamamu menegur pekedai ini kerana menjual rokok kepada pelajar bawah umur, tetapi dengan sinisnya di jawab, "wa apa peduli, bukan lu punya kedai!". Ini adalah segelintir sikap pekedai yang tidak menghiraukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian, walaupun terpampang poster besar melarang rokok dijual kepada pelajar bawah umur!
Tiadanya tindakan yang serius
kampen ataupun larangan ini hanya keluar seketika sahaja di dada-dada akhbar tempatan dan tiada pemantauan yang tegas mahupun tindakan yang dilakukan oleh kementerian yang berkaitan. Adakah gimik politik sahaja untuk menunujuk-nunjuk yang mereka "sibuk"?.
Tolonglah pantau pekedai-pekedai yang berhampiran dengan sekolah. Tak kan mau tanya sama pokok kenapa ia goyang? Secara lahiriah manusia normal ini, kita tahu bahawa, memang wujud pekedai yang berhampiran sekolah menjual rokok kepada pelajar sekolah!. Tak kan tak dapat mengenal pasti siapa bawah umur dan siapa tidak? Mereka membeli rokok dengan baju sekolah dan pekedai ambil tidak peduli sahaja.
Cukup sudah hanya dengan berkata-kata...
Zaman sekarang menghendaki kita lebih proaktif dan "melakukan" lebih sealain daripada bercakap-cakap yang penuh dengan kata-kata yang berbunga-bunga. Tetapi pada dasarnya, setiap tahun akan mengeluarkan laporan yang sama. Menuding jari sesamama kita. Ayoh! Berrtindak! Baik Penguatkuasa - Ibu Bapa - Guru - dan orang ramai, kita sama-sama katakan TIDAK kepada pekedai yang menjual rokok kepada pelajar bawah umur dan Boikot kalau boleh. Ini belum lagi rokok-rokok seludup dan tiruan!
No comments:
Post a Comment