sesamamu

Tuesday, December 18, 2012

"mana perginya sifat kemanusiaan"?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penemuan 105 pembantu rumah yang dikurung di dalam sebuah bilik kecil. Dan kesemua mereka adalah rakyat asing yang datang ke Malaysia dengan menggunakan pas kerja yang sah melalui agensi yang sah.

Tetapi, cerita mereka ditahan, dikurung serta tidak diberi gaji yang sepatutnya yang telah dijanjikan kepada mereka telah menjadi satu penanda aras betapa kes pemardagangan manusia serta sikap kamanusian ini sangat goyah di dalam sifat dan sikap rakyat negara ini, terutamanya agensi-agensi yang terbabit membawa masuk orang asing untuk melakukan kerja pembantu rumah di negara kita.

Sangat memalukan...

Cerita tentang pembantu rumah serta bagaimana Malaysia menangani kes pemerdagangan manusia ini sangat memalukan. Malah kita juga digemparkan dengan satu tuduhan yang amat memalukan apabila perempuan asing diperlakukan dengan tidak beradab oleh penguatkuasa! sangat memalukan!

Sesamamu pasti, apa yang didedahkan diruang akhbar baru-abru ini adalah sebilangan kecila daripada beribu-ribu agensi pekerjaan pembantu rumah di Malaysia yang menyalahgunakan hak kemanusian sejagat. Masih banyak kes yang serupa tetapi tidak kita ketahui di mana dan siapa yang terlibat. Jika pun ada kes seperti yang berkenaan berlaku, Sesamamu pasti, tiada seorang pun "pekerja asing" ini yang sanggup membuat aduan kerana ugutan yang keras dari agensi pekerja asing berkenan.

Agensi pekerjaan yang tidak berperikemanusian...

Inilah yang berlaku jika wang telah menjadi raja dan menguasai manusia yang amat tamak ini. Sehinggakan manusia yang mencari sesuap nasi dan belas kasihan daripada mereka dilayan seperti binatang. Ya, layanan serupa ini bukan layanan terhadap manusia tetapi lebih kepada binatang. Adakah patut dikurung di dalam bilik yang sempit dan tidak diberi makanan sehingga mereka dipaksa makan kertas! manusia kah agnesi ini? TIDAK! mereka syaitan yang bertopengkan manusia! Ataupun manusia yang bertopengkan binatang!

Ya, alasan mereka ialah, Gaji di potong terhadap yuran untuk membawa mereka masuk  RM4k +++. Kalau ia pun, tak kan potongan 100% setiap bulan sehingga mereka tidak diberi sesen pun?

Gaji satu hal, bagaimana pula tempat tinggal serta makan minum mereka seperti yang (mungkin) termaktub di dalam perjanjian sebelum mereka di bawa ke nagara kita?

Bagai mana dengan pihak imigrasi negara kita? serta agensi yang memberi lesen kepada agensi pekerjaan asing ini? adakah pemantauan dilakukan? Atau apabila ada kes seperti ini, barulah kita mahu bertindak? Ini menyebabkan agensi kerajaan yang seperti ini terbabit bersama dan sama seperti mereka yang menindas tadi, tiada sifat peri kemanusiaan langsung!

Sebagai rakyat biasa, pemerdagangan manusia serta penindasan ini hanya dapat kita elekkan jika kita sama-sama ambil peduli dan membuat laporan jika ada perkara yang sedemikian rupa berlaku dikawasan kejiranan kita.


No comments:

Post a Comment