Sekarang tepat pukul 8.11pm, 31 Disember 2012 dan tinggal beberapa jam lagi untuk tahun 2012 melabuhkan tirainya. Dan sebelum itu, Sesamamu ingin menyatakan ucapan syukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan untuk melalui tahun 2012 yang penuh dengan onak dan durinya dengan jaya. Untuk tahun 2013, Sesamamu ingin menyatakan "Shalom".
Di dada-dada akhbar tempatan hari ini menyelitkan laporan perkara-perkara yang berlaku di tahun 2012 untuk para pembaca akhbar nya mengimbas kembali peristiwa penting yang berlaku pada tahuntersebut.
Tidak kurangnya dengan beberapa artikel tentang apa yang segelintir penulis akhbar tersebut ingin capai pada tahun 2013. Bagaiman pula anda? Apakah impian ataupun resolusi yang anda ingin kecapi pada tahun 2013? Sudah ada senarai semak untuk tahun 2013?
Senarai semak Sesamamu untuk tahun 2013...
Pertama: Teruskan dengan "Keep GREEN"- STOP! Chopping the tree"- Kempen.
Agenda ini untuk menimbulkan kesedaran kepada manusia sejagat, ini harus terus dilakukan. Biar timbul kesedaran untuk setiap umat manusia untuk menjaga dan memelihara bumi kita ynag kian usang ini. Cukup sudah dengan kata-kata, sekarang kita harus segera BERTINDAK!
MEmakai baju warna HIJAU setiap hari rabu juga menjadi satu kemestian bagi Sesamamu untuk menambahkan lagi rasa tanggung jawab akan bumi ini.
Kedua: "Thursday in Black-STOP! violence against women, child abuse, rape and baby dumping"- Kempen
Memakai baju serba hitam setiap hari Khamis juga menjadi tema warna yang sudah pasti sama pentingnyya! Sikap "Ada ku Kesah" tentang hal ehwal sosial yang berlaku di dalam masyarakat kita yang semakin menjadi-jadi ini memberi satu kekuatan kepada Sesamamu untuk meneruskan kempen "Thursday in Black" ini. Sehinggalah pada suatu hari nanti, apabila kita keluar ke bandar mahupun pekan ataupun desa, setiap hari khamis orang akan berpakaian serba hitam untuk menyatakan kita perihatin terhadap masalah sosial ini!
Ketiga: Keadaan politik negara yang stabil.
Tidak dinafikan keadaan politik sesebuah negara memainkan peranan yang penting untuk memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara itu. Jadi, dengan PRU 13 yang semakin dekat ini, Sesamamu berharap, rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk mendaftar dan yang sudah mendaftar, ramai-ramai turun mengundi.
Juga harapan Sesamamu di tahun 2013, sesiapa pun yang akan memerintah, biarlah Negara diperintah dengan ADIL dan SAKSAMA. Dan biar RUKUN Negara benar-benar menjadi tonggak pemerintahan...terutama Rukun yang pertama!
Oleh yang demikian, Warna Kuning menjadi pilihan Sesamamu untuk diguna pada hari Sabtu. Setaip hari Sabtu!
Keempat: Tiada lagi sikap PERKAUMAN dan mengagungkan perbedaan yang ada.
Panggilan untuk Sesamamu menyokong kuat cabaran untuk membina Jambatan Anak Malaysia (JAM) serta menjadi agen kepada terbentuknya sebuah negara Malaysia yang pelbagai tetapi hidup rukun dan aman. Perbezaan yang ada pada rakyat Malaysia ini dibenarkan oleh Tuhan yang maha esa supaya kita BERSATU. Tiada perbedaan tiada ertinya perkataan KESATUAN itu. Tetapi terjadinya perbedaan adalah supaya kita bersatu. Jadi, menjadi kerinduan Sesamamu untuk melihat satu Bangsa Anak Malaysia yang hidup harmoni kerana perbezaan yang ada itu.
Hari Jumaat menjadi pilihan Sesamamu untu menggunakan pakaian yang melambangkan pelbagai warna. Jadi tema warna hari Jumaat ialah, Warna-warni.
Kelima: Setia untuk Warna-Warna setiap hari bagi Sesamamu...dan berdoa untuk nya.
Hari Ahad, Isnin dan Selasa warna temanya adalah bebas tetapi tertakluk kepada kempen yang Sesamamu akan terlibat bersama.
Rabu - Hijau (Keep GREEN)
Khamis - Hitam (Thursday in Black)
Jumaat - Warna-warni (JAM)
Sabtu - Kuning (Bersih-adil dan saksama)
Mari sama-sama mengingati tahun 2012 dan mendongak kehadapan untuk menjangkakan apa yang belum kita pasti akan berlaku pada tahun 2013 dan serahkan segalanya kepada DIA yang maha agung itu.
SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK KITA SEMUA SESAMA INSANI.
No comments:
Post a Comment