sesamamu
Wednesday, December 12, 2012
12.12.12 bagi sesamamu..."HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN"
Pada tahun 11.11.11, 1002 pasangan, 10.10.10, 859 pasangan memilih tarikh - tarikh berikut untuk melangsungkan hari perkahwinan mereka tetapi tahun ini, tarikh 12.12.12 tidak begitu popular, hanya sebanyak 696 pasangan yang mendaftar melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Hong Kong, menurut satu laopran akhbar tempatan.
Apakah oleh kerana kepercayaan "fung sui" menyebabkan tarikh tersebut tidak begitu popular?
Bukan sahaja tarikh 12.12.12 ini menjadi pilihan kepada pasangan-pasangan yang ingin melangsungkan hari perkahwinan mereka, ada juga yang mengharapkan cahaya matanya lahir pada trikh ini. Dan banyak juga perkara-perkara yang menarik ingin dilakukan oleh kita untuk mengingati tarikh tersebut dan menjadikannya satu peristiwa yang Bersejarah bagi sesetangah kita.
Kenapa ya...???
Bagi Sesamamu, ada beberapa sebab kenapa 12.12.12 ini begiti istimewa dan dipilih;
1- Hanya sekali dalam seumur hidup dan usia dunia ini.
2 - Untuk senang diingati
3 - Mahu dipanggil "wah bertuah kamu", wah "untung kamu". ...Mahu pujilah!
4 - Bagi peniaga, ini adalah peluang meningkat "penjualan". teruatama package perkahwinan dan peristiwa-peristiwa yang penting.
5 - Tarikh BERTUAH bagi sesetengah pihak.
6 - Nombor yang menarik.
Ya...ada banyak 1001 sebab kenapa 12.12.12
Tetapi bagi Sesaamu secara peribadi, 12.12.12 ini adalah tarikh dimana Sesamamu ingin memanggil manusia sejagat sama-sama 'MEMPERTAHANKAN KEHIJAUAN BUMI INI" dan 'HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN". Contoh; "HENTIKAN CADANGAN PEMBINAAN EMPANGAN-EMPANGAN DI SARAWAK'.
Jadi, apa kata anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment