3.7 Juta rakyat Malaysia yang layak tetapi belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Kenapa?
Adakah kerana kesibukan kita sehingga langsung tidak ada masa untuk mendaftar? Kalau di lihat pada angka tersebut, Sesamamu dapat merumuskan bahawa 3.7 Juta ini kebanyakannya dari golongan generasi muda. Betul kan?
Adakah generasi sekarang tidak mahu mengambil kisah tentang apa yang berlaku kepada negara kita? Tidak mahu menyumbang kembali kepada negara Tanah Tumpah nya Darah Ku?
Adakah landskap politik kita yang penuh dengan cemuhan dan ugutan serta kekecewaan sistem yang telah lama diguna pakai sudah sekian lama ini menyebabkan kita tidak mahu mendaftar?
Tidak pedulikah kita tentang isu siu sperti;
i. Cadangan pembinaan 12 empangan di Sarawak?
ii. Kes Lynas?
iii. Tuduhan penglibatan orang teratas Negara tentang kematian gadis Mongolia?
iv. Naiknya harga barang keperluan harian?
v. Korupsi?
vii. Kes Pembuangan bayi dan pemerdagangan Manusia?
viii. kemiskinan tegar yang masih ADA di sana-sini?
dan banyak lagi...adakah kita masih tidak mahu kisah? Tidak mahu mendaftar? ataupun sudah daftar, tapi tidak mahu mengundi?
Undi anda sangat berNILAI...
Hanya dengan pencil dan kertas undi ini, dan tidak lebih 5 minit pun proses menanda serta membuat pilihan di atas kertas undi ini, sebenarnya sangat-sangat berNILAI dan berharga untuk menentukan hala tuju Negara kita. Jika selama ini kita terlalu kecewa dengan pemerintah yang sedia ada dan sudah berkhidmat buat sekian lama, semasa pilihanraya inilah waktunya untuk menyatakan kuasa yang ada pada kita.
Satu undi kita sangat berNILAI, bukan sahaja untuk diri kita sekarang tetapi generasi kita yang seterusnya. Tetapi amat menyedihkan apabila mengetahui 3.7 Juta rakyat Malaysia yang layak tetapi tidak mendaftar sebagia pengundi ketika ini. Ini tidak termasuk bagi mereka yang sudah mendaftar tetapi tidak membuang undi! Sangat menyedihkan.
Jangan, setelah apa yang berlaku kepada sosio ekonomi yang meninggalkan kesan kepada kita baru kita mahu bersuara? Suara kita tidak akan kedengaran sehingga pilihan raya yang seterusnya. Jadi, sekaranglah waktunya jika ingin bersuara. Daftar dan pergi mengundi! Jangan tunggu lagi!
Seruan Negara ku...
Kalau kita mahu hentikan sistem yang tidak guna pakai dan tidak lagi sesuai yang kerajaan yang sedia ada telah sekian lama aplikasikan, disinilah masa dan ketikanya, turun mengundi. Nyatakan suara serta pilihan kita keatas kekecewaan kita selama ini. Oleh yang demikian, kalau anda tergolong di dalam 3.7 juta ini, JOM DAFTAR dan JOM VOTE!
Kenapa harus berdiam diri? Manusia mana yang tidak tergerak hatinya melihat negaranya di dalam kancah Isu yang tak habis-habis dan mungkin suatu hari nanti akan memudaratkan negara dan rakyatnya? Sesamamu berharap, kita mempunyai hati dan mata yang penuh Perihatin kepada apa yang berlaku kepada Negara kita.
No comments:
Post a Comment